PROGRAM DEMOKRASI : KLINIK DEMOKRASI PERINGKAT DAERAH BESUT 2025 SIRI 2

BESUT, 24 OGOS 2025 - Seramai 112 orang peserta menyertai Klinik Demokrasi Peringkat Daerah Besut 2025 Siri 2. Program berlangsung pada 18 Ogos 2025 (Isnin) bertempat di Dewan Auditorium IKM Besut.

  Objektif Program
  Meningkatkan pengetahuan belia mengenai sistem demokrasi negara.
  Melahirkan belia celik demokrasi yang bertanggungjawab dan berintegriti.
  Membina semangat kepimpinan serta kesedaran sivik dalam kalangan belia.
  Pengisian Program
  Penilaian Pra-Bengkel
  Pengenalan Inisiatif Kuasa Orang Muda
  Meneroka Demokrasi
  Harga Sekeping Undi
  Kuasa Orang Muda
  Penilaian Pasca-Bengkel & Sesi Debrief

Penceramah jemputan khas iaitu Prof Madya Dr. Mohd Yusri Ibrahim, dari Fakulti Perniagaan, Ekonomi dan Pembangunan Sosial, Universiti Malaysia Terengganu.

Majlis penutup dan penyampaian sijil penyertaan telah disempurnakan oleh Encik Ahmad Nur Al-Hadi bin Zolkefli, Penolong Pegawai Belia dan Sukan Daerah Besut dan penyampaian sijil penghargaan telah disempurnakan oleh Encik Zainal Abidin bin Yusof, Timbalan Pengarah Khidmat Pengurusan dan Hal Ehwal Pelajar IKM Besut.

Program ini diharap dapat mencetuskan kesedaran tinggi dalam kalangan generasi muda terhadap pentingnya demokrasi sebagai asas keharmonian, perpaduan dan kemajuan negara.

Hannah Yeoh
Adam Adli
Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara
JBSNegara
Rakan Muda

#KBSMalaysia
#JBSNKomited
#MalaysiaMadani
#TeamPBSDBesut
#KlinikDemokrasiSiri2

Disediakan Oleh : Unit Pengurusan Portal JBSNT

Image
Jalan Pasir Panjang
21100 Kuala Terengganu,
Terengganu
Tel : 09-6222344/45 dan 09-6223693
Fax : 09-6236596

Web : http://www.jbsn.gov.my/jbs-terengganu

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 08-10-2025, 09:57:39

Copyright © 2025 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search