MARANG,TERENGGANU 14 JANUARI 2024- Membuka tirai tahun baru 2025 dengan mengadakan Kejohanan Tenpin Bowling Terengganu yang di anjuran oleh Jabatan Belia dan Sukan Negeri Terengganu dengan kerjasama Persatuan Tenpin Bowling Daerah Marang (PTBM) Seramai 32 orang peserta bagi Blok 1 sesi petang dan 48 orang peserta bagi Blok 2 sesi malam. Kejohanan ini berlangsung di WT Titans Bowl Centre, Marang. Penyampaian hadiah disempurnakan oleh Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Terengganu, Tuan Haji Asmadi bin Mohamad diiringi oleh Presiden Persatuan Tenpin Bowling Daerah Marang (PTBNT) En. Arfizzan bin Zulkifli. Kejohanan Tenpin Bowling Terengganu Hebak ini adalah anjuran Jabatan Belia dan Sukan Negeri Terengganu dengan kerjasama Persatuan Tenpin Bowling Daerah Marang (PTBM). Semoga dengan adanya program sebegini dapat mengasah minat anak-anak muda dan dapat memperkenalkan sukan Tenpin Bowling kepada masyarakat.
DISEDIAKAN OLEH:
URUSETIA PORTAL JBSNT
- JBS Terengganu
- Hits: 233
