SESI LIBAT URUS PROGRAM ADVOKASI KOD SUKAN SELAMAT PERINGKAT NEGERI TERENGGANU 2025

KUALA TERENGGANU, 10 SEPTEMBER 2025 - Hampir 400 peserta yang terdiri daripada pelajar sekolah, pelajar IPTA, persatuan sukan, persatuan belia, wakil agensi kerajaan negeri dan persekutuan, wakil agensi swasta, penggiat sukan, penggerak kecergasan, badan NGO, jurulatih atlit lelaki dan wanita serta kelab badan berkanun telah menghadiri Sesi Libat Urus Program Advokasi Kod Sukan Selamat Peringkat Negeri Terengganu 2025 pada hari ini bertempat di Dewan Utama Kompleks Belia dan Sukan Negeri Terengganu.

Program yang melibatkan 2 sesi iaitu pagi dan petang telah dikendalikan oleh Puan Nor Dalilah binti Haji Tajuddin, Pegawai Penggalakkan dan Pembangunan Sukan selaku jurucakap Program Advokasi Kod Sukan Selamat dari Jabatan Belia dan Sukan Negeri Pahang.

Majlis perasmian penutup telah disempurnakan oleh Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Terengganu, Tuan Haji Asmadi bin Mohamad.

Tahniah dan terima kasih diucapkan kepada semua yang hadir menyertai program ini. Semoga program ini dapat menjadi asas rujukan dan panduan kepada semua di peringkat negeri bagi mengenal pasti, mengatasi dan melaksanakan usaha-usaha penambaikan yang berterusan.

“Ke Arah Persekitaran Sukan Yang Selamat”

Hannah Yeoh
Adam Adli
Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara
JBSNegara
Rakan Muda

#JBSNKomited
#MalaysiaMadani
#KBSMalaysia
#TeamJBSN
#TeamJBSNT
#rakanmuda
#HSNTerengganu2025
#HSN2025
#MalaysiaAktif

Disediakan Oleh : Unit Pengurusan Portal JBSNT

Image
Jalan Pasir Panjang
21100 Kuala Terengganu,
Terengganu
Tel : 09-6222344/45 dan 09-6223693
Fax : 09-6236596

Web : http://www.jbsn.gov.my/jbs-terengganu

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 23-02-2026, 12:12:48

Copyright © 2026 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search