MESYUARAT JAWATANKUASA PELAKSANAAN HARI SUKAN NEGARA PERINGKAT NEGERI TERENGGANU 2025

KUALA TERENGGANU, 8 September 2025 – Mesyuarat Jawatankuasa Pelaksanaan Hari Sukan Negara (HSN) Peringkat Negeri Terengganu telah berlangsung di Bilik Mesyuarat Aras 3, Jabatan Belia dan Sukan Negeri Terengganu.

Mesyuarat tersebut dipengerusikan oleh YBhg. Dato’ Haji Abdul Kahar Bin Abdul Latif, Pengarah Pembangunan Negeri Terengganu. Turut hadir ialah Tuan Haji Asmadi Bin Mohamad, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Terengganu, bersama ketua-ketua jabatan serta wakil dari agensi persekutuan dan negeri.

Dalam mesyuarat berkenaan, turut dibentangkan konsep pelaksanaan Hari Sukan Negara 2025 yang akan berlandaskan aspirasi Malaysia Madani dengan mengetengahkan elemen sukan baharu dan sukan rakyat. HSN 2025 menekankan kesejahteraan masyarakat berteraskan prinsip saling hormat menghormati, dan akan diadakan serentak di seluruh negara pada 11 Oktober 2025, iaitu minggu kedua bulan Oktober.

Penganjuran tahun ini juga memberi penekanan kepada penglibatan pelbagai lapisan masyarakat termasuk warga emas, veteran, rakan muda, Orang Kurang Upaya (OKU), wanita serta kanak-kanak melalui aktiviti di peringkat kebangsaan, negeri dan daerah.

YBhg. Dato’ Haji Abdul Kahar dalam ucapannya berharap agar semua agensi yang hadir dapat memberikan komitmen serta kerjasama padu bagi memastikan kelancaran dan keberhasilan program ini. Beliau turut menegaskan bahawa agenda nasional ini memerlukan sinergi daripada semua pihak bagi merealisasikan hasrat menjadikan sukan sebagai gaya hidup rakyat Malaysia.

Mesyuarat pada hari ini juga mendengar pembentangan mengenai cadangan pelaksanaan HSN 2025 peringkat negeri Terengganu yang akan dilaksanakan bertempat di Kompleks Sukan Negeri Terengganu, Kuala Nerus pada 11 Oktober 2025 serta membincangkan peranan dan bentuk kerjasama daripada setiap agensi dalam menjayakan program tersebut.

Hannah Yeoh
Adam Adli
Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara
JBSNegara
Rakan Muda

#JBSNKomited
#MalaysiaMadani
#KBSMalaysia
#TeamJBSN
#TeamJBSNT
#rakanmuda
#HSNTerengganu2025
#HSN2025
#MalaysiaAktif

Disediakan Oleh : Unit Pengurusan Portal JBSNT

Image
Jalan Pasir Panjang
21100 Kuala Terengganu,
Terengganu
Tel : 09-6222344/45 dan 09-6223693
Fax : 09-6236596

Web : http://www.jbsn.gov.my/jbs-terengganu

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 08-10-2025, 09:57:39

Copyright © 2025 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search