- JBS Terengganu
- Hits: 22
KEM BELIA @ RAKAN PRIHATIN PERINGKAT DAERAH BESUT 2025
- JBS Terengganu
- Hits: 22
BESUT, 9 September – Program Kem Belia @ Rakan Prihatin Peringkat Daerah Besut telah berlangsung dengan jayanya di Permai Beach Resort(7-9 September 2025) Program ini menghimpunkan para belia dari pelbagai komuniti bagi membina jati diri, semangat kesukarelawanan serta memperkukuh perpaduan dalam kalangan generasi muda.
Majlis Perasmian Penutup telah disempurnakan oleh Yang Berbahagia Tuan Haji Asmadi Mohammad, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Terengganu. Dalam ucapan beliau, Tuan Haji Asmadi menekankan bahawa belia hari ini perlu memiliki daya tahan mental, sahsiah mulia serta semangat kepedulian sosial bagi menghadapi cabaran dunia moden.
“Belia bukan sahaja aset masa depan, bahkan merupakan rakan strategik dalam agenda pembangunan negara. Semangat prihatin yang diterapkan melalui kem ini diyakini mampu melahirkan generasi belia yang lebih bertanggungjawab terhadap diri, keluarga, masyarakat dan negara,” katanya.
Sepanjang program, para peserta telah didedahkan dengan pelbagai aktiviti termasuk ceramah motivasi, aktiviti riadah berpasukan, latihan kepimpinan, serta sesi team building yang menekankan nilai kerjasama, kepedulian dan disiplin.
Program ini turut mendapat kerjasama daripada pelbagai agensi kerajaan dan NGO yang menjayakan penganjuran, sekali gus memperlihatkan komitmen bersama dalam melahirkan belia yang berfikiran kritis, kreatif dan berjiwa besar.
Kem Belia @ Rakan Prihatin ini diharap menjadi platform berterusan untuk memperkukuh jaringan belia daerah Besut serta memupuk nilai kesukarelawanan dan semangat kebersamaan dalam kalangan generasi muda.
Hannah Yeoh
Adam Adli
Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara
JBSNegara
Rakan Muda
#KBSMalaysia
#JBSNKomited
#MalaysiaMadani
#TeamPBSDBesut
#KemBeliaDaerahBesut
Disediakan Oleh : Unit Pengurusan Portal JBSNT