KUALA TERENGGANU, 17 JULAI 2025 - Sorotan sepanjang program Rakan Digital: Kursus Rakan Muda Artificial Intelligence Siri 2 Peringkat Negeri Terengganu 2025 Program ini telah berlangsung dengan penuh semangat dan energi pada 2 Julai 2025 (Rabu) bertempat di TALKSPACE, Terengganu Digital 1303, Kuala Terengganu. Majlis dirasmikan oleh Tuan Haji Asmadi bin Mohamad, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Terengganu, yang turut menyokong penuh inisiatif membina generasi belia celik digital dan teknologi. Seramai 145 anak muda berkumpul dengan satu misi – menjelajah dunia AI dan teknologi masa depan! Dari bengkel interaktif ke sesi hands-on, semangat belia Terengganu memang luar biasa Program ini bukan sekadar kursus, tapi permulaan gerakan belia digital yang bersedia memimpin masa depan! Terima kasih kepada rakan strategik: Kelab Belia Solidariti Pangsapuri Ladang Gemilang Terengganu Digital 1303 Jom terus mara ke hadapan — Belia Cakna Digital, Terengganu Gemilang! #RakanDigitalTerengganu2025 #RakanMudaAI #BeliaTerengganu #BeliaCaknaDigital #AIUntukBelia #JBSNegeriTerengganu
KUALA TERENGGANU, 2 JULAI 2025 - Program LiSOKU Peringkat Negeri Terengganu telah berlangsung dengan meriah pada 30 Jun & 1 Julai 2025 bertempat di Kompleks Belia dan Sukan (KOMBES) Negeri Terengganu dan Terengganu Equestrian Resort (TER), Kuala Ibai.
Acara yang dipertandingkan ialah: Bola Tampar Duduk Futsal Tenpin Boling
Program bertujuan untuk mencungkil bakat dan menggalakkan penglibatan aktif dalam kalangan OKU selain memperkukuhkan semangat kesukanan dan perpaduan.
Majlis Penutup dan Penyampaian hadiah disempurnakan oleh Tuan Haji Asmadi bin Mohamad, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Terengganu, diriingi oleh Puan Siti Mariam binti Ahmad Tobias Pengarah Cawangan Pembangunan Sukan Orang Kurang Upaya, Jabatan Belia Dan Sukan Negara serta Encik Fakruddin bin Zakaria selaku Presiden Persatuan Sukan dan Rekreasi Orang Kurang Upaya (PESRON) Negeri Terengganu.
Syabas dan tahniah diucapkan kepada semua peserta, jurulatih, pengiring dan urus setia yang telah menjayakan kejohanan pada kali ini.Teruskan menyokong pembangunan sukan OKU di Negeri Terengganu! #LiSOKU2025 #JBSNTerengganu #SukanUntukSemua
KUALA TERENGGANU,2 JULAI 2025 - Jabatan Belia dan Sukan Negeri Terengganu dengan kerjasama Persatuan Memanah Tradisional Negeri Terengganu telah berjaya melaksanakan Program Master Sports pada 29 Jun 2025 bagi acara Kejohanan Memanah Master Sports Peringkat Negeri Terengganu 2025.
Bertempat di Padang Polo Terengganu Equestarian Resort (TER) Kuala Ibai Terengganu, seramai 115 peserta telah menyertai program ini bagi merebut hadiah wang tunai, sijil, medal ekslusif dan hadiah cabutan bertuah.
Berikut adalah nama pemenang Kejohanan Memanah Master Sports Peringkat Negeri Terengganu 2025;
Johan Nama : Khairi bin Yusof (Black Tiger) Kelab : Kelab Prime Arrows Negeri : Terengganu
Naib Johan Nama : Ehsam bin Long Kelab : Kelab Memanah Masjid Anajjah Negeri : Pahang
Tempat ke 3 Nama : Mohd Shafi bin Ismail Kelab : Assiddinqin Archery Club Negeri : Kedah
Tempat ke 4 Nama : Idris bin Mahmud Kelab : Kelab Memanah Tradisional Tuan Abdullah Negeri : Pulau Pinang
Penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Terengganu, Tuan Haji Asmadi bin Mohamad diiringi Pengarah Urusetia Belia, Sukan dan NGO Terengganu, Encik Muhammad Irsyad Syafiq bin Burhanuddin dan Presiden Persatuan Memanah Tradisional Negeri Terengganu, Encik Mohd Ridhwan bin Talib.
Untuk makluman, Program Master Sports Peringkat Negeri Terengganu 2025 adalah satu program yang memfokuskan kepada penglibatan dan penyertaan komuniti yang menyeluruh untuk bersukan secara sukarela berumur 40 hingga 60 tahun. Dengan adanya program seperti ini, ianya dapat menambahkan aktiviti masyarakat dan sentiasa mengekalkan gaya hidup sihat dalam bersukan. #TeamJBSNT #KBSMalaysia #JBSNKomited #RoadToHSN2025 #KejohananMemanah2025 #ArcheryChallenge
KUALA TERENGGANU,2 JULAI 2025 – Majlis Perasmian dan Penyampaian Hadiah Drawbridge International Paramotor Challenge 2025 yang berlangsung di Dewan Dato’ Haji Abdullah Taib, Payang Scout Inn pada 28 Jun 2025 telah disempurnakan oleh Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Terengganu, Tuan Haji Asmadi bin Mohamad.
Dalam majlis tersebut, beliau turut menyampaikan cek Geran Padanan Sukan (GPS) Kementerian Belia dan Sukan (KBS) berjumlah RM105,000.00 kepada En. Muhammad Alias bin Ikhsan, Presiden Kelab Sukan Paramotor Jomfly selaku penganjur kejohanan.
Turut hadir memeriahkan majlis ialah En. Shahrul Azuan Mohamad @ Endut, Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri Terengganu, serta wakil-wakil persatuan dan komuniti sukan udara dari dalam dan luar negara. Drawbridge International Paramotor Challenge anjuran Kelab Sukan Paramotor Jomfly ini menghimpunkan peserta sukan paramotor dari pelbagai negara antaranya Vietnam, Thailand dan Indonesia selain dari peserta tempahan. Kejohanan ini juga merupakan platform penting dalam memperkenalkan Terengganu sebagai destinasi sukan udara bertaraf antarabangsa.
KUALA TERENGGANU, 2 JULAI 2025 – Satu kunjungan hormat telah diadakan pada 26 Jun 2025 oleh Kelab Sukan Paramotor JomFly ke atas Tuan Haji Asmadi bin Mohamad, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Terengganu (JBSNT), bagi memberi penerangan berkaitan pertandingan DRAWBRIDGE INTERNATIONAL PARAMOTOR CHALLENGE yang akan berlangsung seperti ketetapan berikut :
Tarikh : 27 hingga 29 Jun 2025 (Jumaat hingga Ahad) Lokasi : Seberang Takir, Kuala Terengganu, Terengganu
Kelab Sukan Paramotor Jomfly yang diketuai oleh Muhammad Alias bin Ikhsan, Pengerusi Kelab Sukan Paramotor Jomfly dan bendahari kelab, Muhammad ‘Afi Adly bin Muhammad Alias telah berkongsi perkembangan aktiviti kelab, termasuk pencapaian dan pelan jangka panjang untuk memperkasakan sukan paramotor di negeri Terengganu, kebangsaan dan juga antarabangsa. Kelab Sukan Paramotor Jomfly merupakan kelab sukan paramotor yang berdaftar dengan Pejabat Pesuruhjaya Sukan (PJS) dan merupakan ahli gabungan bagi Persekutuan Sukan Udara Malaysia.
Tuan Pengarah menzahirkan penghargaan atas inisiatif kelab dan menyatakan kesediaan pihak jabatan untuk terus menyokong pembangunan sukan ekstrem dan rekreasi udara yang semakin mendapat tempat dalam kalangan belia Terengganu.Turut hadir sama En. Mohd Fais bin Haji Mohd Sendek, Penolong Pengarah (Sukan) Jabatan Belia dan Sukan Negeri Terengganu. #JBSNKomited #TeamKBS #JBSNT #MalaysiaMadani
KUALA TERENGGANU, 2 JULAI 2025 - Kursus Penjenamaan Digital Dalam Industri Makanan Viral Peringkat Negeri Terengganu 2025 pada 19 hingga 20 jun 2025 [Program Intervensi Pemerkasaan Ekonomi (PIPE)] bertempat di Quinara Al- Safir Resort, Terengganu. Seramai 41 orang terlibat iaitu dari belia usahawan setempat, belia Ipt, belia berpersatuan dan belia minoriti yang ingin menambah ilmu pengetahuan dan kemahiran perniagaan.
Majlis perasmian penutup disempurnakan oleh Puan Nurul Afifa Sofina bt Azmi, Timbalan Pengarah, Jabatan Belia dan Sukan Terengganu. Majlis ini juga turut dihadiri Pegawai Bahagian Pembangunan Belia, Jabatan Belia dan Sukan Negara iaitu Puan Shaliza bt Samasudin.
Program ini merupakan inisiatif Kementerian Belia dan Sukan dibawah Pembangunan Belia Jabatan Belia dan Sukan Negara melalui anjuran Pembangunan Belia, Jabatan Belia dan Sukan Negeri Terengganu dalam memberi ruang untuk para belia kita dalam memperkasakan ilmu ekonomi belia dengan penggunaan sumber digital secara meluas untuk meningkatkan keupayaan dan daya saing belia dengan menggunakan sumber digital dalam penjenamaan produk secara menyeluruh Dan mampu bersaing ke peringkat yang lebih tinggi. Disamping mendapatkan input- input penting yang boleh diperolehi melalui agensi-agensi yang berkaitan seperti MARA, FAMA, MyIPO dan YPU Terengganu yang mana hanya melalui atas talian dapat membangunkan usahawan belia minoriti ini Dan meningkatkan taraf ekonomi hanya menggunakan Perniagaan Digital sebagai medium Dan platform untuk mempromosikan Dan menviralkan produk makanan dan barangan mereka.
Disediakan Oleh : Unit Pengurusan Portal JBSNT
Program ini juga menampilkan perkongsian daripada usahawan belia yang berjaya yang merupakan influencer makanan viral produk makanan tempatan Negeri Terengganu iaitu Nachik Cik Na Kopi Nisang yang mana bukan sahaja berkongsi cabaran dan kejayaan beliau didalam memajukan produk beliau malah dapat menyuntik semangat belia-belia tempatan di Negeri Terengganu khususnya dalam berjaya Dan menjadi usahawan Muda yang kreatif, cekal dan mempunyai nilai kendiri yang tinggi serta berdikari."Nok Berubah adalah Diri Sendiri, kalu malu, tak yakin, sampai bila- bila kita tak berjaya!" Itulah kata-kata daripada Usahawan yang berjaya yang bukan sahaja jutawan muda yang melonjak maju dan berjaya di usia sebelum 30 tahun tapi seorang iKon belia yang mempunyai semangat juang yang tinggi dalam mengetengahkan produk Negeri Terengganu dan berjuang untuk kebahagiaan keluarga iaitu Nachik Na Kopi Nisang atau nama sebenar adalah Puan Nur Nadhirah Syuhadah bt Rahmat, usahawan belia serta anak jati Terengganu yang berjaya.
Tahniah diucapkan kepada semua peserta yang telah memberikan kerjasama, dan bersama- sama berkongsi pendapat, idea-idea serta terus setia sepanjang program ini berlangsung. Perkongsian ilmu, pengalaman dan jaringan peluang serta ruang untuk usahawan belia, belia Ipt yang mencari ruang kemahiran Dan pekerjaan, belia persatuan serta belia yang ingin meningkatkan taraf ekonomi untuk membina masa depan dalam kemahiran Dan keusahawanan, semoga dapat digunakan sebaik mungkin.
KUALA TERENGGANU, 2 JULAI 2025 - Belia & AI: Gabungan Hebat! Kursus Rakan Muda Artificial Intelligence Terengganu 2025. Satu lagi program hebat yang berjaya melabuhkan tirai! Pada Isnin, 23 Jun 2025, telah berlangsung Program Rakan Digital: Kursus Rakan Muda Artificial Intelligence (AI) Siri 1 Peringkat Negeri Terengganu bertempat di Talkspace, Terengganu Digital 1303, Kuala Terengganu.
Majlis perasmian penutup disempurnakan oleh Encik Nor Hisham bin Mohamad, Pegawai Rakan Muda, Jabatan Belia dan Sukan Negeri Terengganu. Terima kasih atas sokongan dan kata-kata semangat buat para peserta! Program ini membuka ruang untuk anak muda Terengganu mendalami dunia Artificial Intelligence (AI) – dari asas AI hingga ke aplikasi dunia sebenar.
Tahniah diucapkan kepada semua peserta yang telah menunjukkan komitmen tinggi sepanjang program! Anda semua memang luar biasa! Semoga segala ilmu & pengalaman yang diperoleh menjadi titik tolak ke arah masa depan digital yang lebih cerah!
KUALA TERENGGANU, 2 JULAI 2025 - Mesyuarat Jawatankuasa Induk bagi penganjuran Cycling Tour ASEAN Solidarity 2025 telah diadakan pada 16 Jun 2025 bertempat di Jabatan Belia dan Sukan Negeri Terengganu. Mesyuarat telah dipengerusikan oleh YB Hishamuddin bin Abdul Karim, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan NGO Negeri Terengganu , dan turut dihadiri oleh : En. Aziz, Timbalan Ketua Pengarah Sukan, Jabatan Belia dan Sukan Negara En. Dharzuky, Pengarah Cawangan Kecergasan Nasional, JBSN Tuan Haji Asmadi, Pengarah JBS Negeri Terengganu Wakil-wakil agensi pelaksana dan pasukan teknikal
Antara agenda utama mesyuarat ialah penyelarasan logistik, keselamatan laluan, penglibatan komuniti serta promosi negeri Terengganu sebagai tuan rumah segmen laluan program ini. Program berbasikal bertaraf antarabangsa ini bakal menghimpunkan peserta dari negara-negara ASEAN dengan semangat solidariti dan gaya hidup sihat. Pendaftaran akan dibuka tidak lama lagi.
Nantikan Negeri Terengganu bakal menjadi lokasi penting dalam siri kayuhan ini yang dijadualkan berlangsung pada 9 Ogos 2025 (Sabtu) di Dataran Batu Buruk, Terengganu.
KUALA TERENGGANU, 2 JULAI 2025 - Program Summer Camp Rakan Muda Peringkat Negeri Terengganu 2025 yang bermula pada 12 Jun 2025 akhirnya melabuhkan tirainya dengan penuh kejayaan dan kenangan manis pada 14 Jun 2025! Seramai 40 orang peserta belia berumur 18 hingga 21 tahun dari seluruh negeri Terengganu telah berkumpul selama tiga hari dua malam di Redang Campstay, Pulau Redang. Pelbagai aktiviti menarik dan bermanfaat telah dilaksanakan, memberi peluang kepada peserta untuk mengenali diri, membina keyakinan serta menimba ilmu baru. Antara aktiviti utama sepanjang program: Ice Breaking & Pembentukan Kumpulan – kenal-kenal dan bina semangat pasukan Belia & Kesukarelawanan – faham erti memberi dan berbakti Belia & Potensi Diri – kenal kekuatan diri, bina masa depan Water Confident – cabar diri dan atasi ketakutan dalam air Snorkeling – nikmati keindahan alam marin Pulau Redang Asas Pertolongan Cemas – ilmu penting untuk situasi kecemasan Malam Kebudayaan – tunjuk bakat dan raikan kepelbagaian Majlis perasmian telah di sempunakan oleh Tuan Haji Asmadi bin Mohamad, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Terengganu dan turut diserikan dengan kehadiran tetamu-tetamu yang sangat dihormati dan memberikan sokongan: SI Mohamad bin Ibrahim – Ketua Polis Balai Pulau Redang Dr. Normah Awang Noh – Pensyarah Fakulti Sains Sosial Gunaan, UniSZA Dr. Siti Hajar binti Kamaruddin – Pensyarah Fakulti Perniagaan, Ekonomi dan Pembangunan Sosial, UMT En. Mohd Shahril bin Mazuki – Ketua Penerangan Majlis Belia Negeri Terengganu En. Muhammad Muzammil bin Mokhetar – Pengerusi MAYC Negeri Terengganu Encik Nor Rijam bin Ibrahim – Presiden Persatuan Jurulatih Rekreasi Malaysia Encik Mohd Zulkifli Abdul Ghafar – Presiden Kelab Rekreasi Kuala Berang Puan Juhaida binti Mohamad – Kelab Sukan Kecergasan Warisan Encik Mohd Aziruddin bin Majid - CO Redang CampStay Encik Mohd Naquib bin Mohammad - Penceramah Rakan Muda Rakan Ekspresi Setinggi-tinggi penghargaan kepada semua pihak yang menjayakan program ini – para penceramah, jurulatih, urus setia, dan tentunya para peserta yang sangat komited, berdisiplin dan penuh semangat dari awal hingga akhir! Semoga segala pengalaman sepanjang program ini menjadi bekalan untuk terus melangkah sebagai belia yang berilmu, aktif dan berdaya saing. Jumpa lagi dalam program akan datang!