KUALA NERUS, 30 DISEMBER 2024 (ISNIN) - Jabatan Belia dan Sukan Negeri Terengganu dengan kerjasama Akademi ATFC mengadakan Program Penggalakan Sukan Peringkat Negeri Terengganu 2024 - Karnival Bola sepak Akar Umbi bawah 13 tahun pada 28 Disember 2024 bertempat di Padang Sintetik Tok Jiring, Wakaf Tembesu, Kuala Nerus.
Majlis penutup dan penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh Penolong Pengarah (Sukan) Jabatan Belia dan Sukan Negeri Terengganu, Encik Mohd Fais bin Hj. Mohd Sendek.
Terdapat 18 pasukan yang telah terlibat dari seluruh Negeri Terengganu bagi kejohanan kali ini. Sekalung Tahniah juga kepada pasukan Cj FC daripada kemaman telah dinobat sebagai johan bagi bagi karnival bawah 13 tahun kali ini. Semoga karnival seperti ini dapat mencungkil bakat dan memberi peluang kepada para pemain-pemain muda menunjukan bakat masing - masing sekaligus menjadi platfom untuk para pemain muda menimba pengalaman dalam pertandingan bola sepak di peringkat yang lebih tinggi.
Jutaan terima kasih juga diucapkan kepada Akademi ATFC dan kepada semua yang terlibat dalam menjayakan program pada kali ini.
DISEDIAKAN OLEH:
URUSETIA PORTAL JBSNT
DISEDIAKAN OLEH:
URUSETIA PORTAL JBSNT
- JBS Terengganu
- Hits: 187
