- JBS Terengganu
- Hits: 110
TAHNIAH PENERIMA EMAS ANUGERAH REMAJA PERDANA RAKAN MUDA PERINGKAT KEBANGSAAN 2025
- JBS Terengganu
- Hits: 110
Bukit Jalil, 8 November 2025 - Seramai 10 penerima daripada SMK Bukit Payong & SMK Putra, Besut Terengganu telah berjaya menerima Pentauliahan Emas Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda (MPE ARPRM) Peringkat Kebangsaan Tahun 2025.
Majlis penuh bermakna ini telah disempurnakan oleh YB Puan Hannah Yeoh, Menteri Belia dan Sukan bertempat di Majlis Sukan Negara, Bukit Jalil. Turut hadir memberikan sokongan ialah Tuan Haji Asmadi bin Mohamad, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Terengganu.
Syabas kepada semua penerima atas usaha, semangat juang dan komitmen yang tinggi dalam menyempurnakan cabaran ARPRM! Terus melangkah ke hadapan sebagai inspirasi belia Terengganu!
Hannah Yeoh
Adam Adli
Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara
JBSNegara
Rakan Muda
#JBSNKomited
#MalaysiaMadani
#KBSMalaysia
#TeamJBSN
#TeamJBSNT
#RakanMuda
#YakinBoleh
#ARPRM2025
#SMKBukitPayung
#SMKPutra
Disediakan Oleh : Unit Pengurusan Portal JBSNT
