- JBS Terengganu
- Hits: 127
PENYAMPAIAN CEK CURA GERAN PADANAN SUKAN (GPS) BAGI TOUR GATEH D’ TRANUNG 2025
- JBS Terengganu
- Hits: 127
Kuala Terengganu, 26 Oktober 2025 – Kementerian Belia dan Sukan (KBS) terus komited dalam usaha menyokong pembangunan sukan berbasikal negara melalui pemberian Geran Padanan Sukan (GPS) berjumlah RM180,000.00 kepada Persatuan Lumba Basikal Negeri Terengganu. Majlis penyerahan cek cura tersebut diadakan di Dewan Besar, Wisma Darul Iman, Kuala Terengganu, sempena penganjuran Tour Gateh D’ Tranung 2025.
Perlumbaan edisi keempat ini dengan jarak keseluruhan 910.5 kilometer (km) akan melibatkan lapan ( daerah di Terengganu, bermula 27 Oktober hingga 3 November 2025, dengan penyertaan 24 pasukan tempatan dan antarabangsa termasuk dari Jepun, Singapura, Indonesia, Thailand, Taiwan, Australia, Belanda dan Britain.
Encik Mohd Fais bin Haji Mohd Sendek, Penolong Pengarah Sukan Jabatan Belia dan Sukan Negeri Terengganu, mewakili KBS menyempurnakan penyerahan cek cura GPS kepada Setiausaha Kerajaan Terengganu, YB Dato’ Nara Setia, pada Majlis Perasmian dan Memperkenalkan Penaja serta Pasukan Tour Gateh D’ Tranung 2025.
Turut hadir Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan NGO Negeri Terengganu, YB Haji Hishamuddin bin Abdul Karim, dan Pengarah Majlis Sukan Negeri Terengganu, YBrs. Encik Ahmad Shahrizal bin Yahaya.
Kredit Foto Media : Ustaz Hishamuddin Abdul Karim
Hannah Yeoh
Adam Adli
Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara
JBSNegara
Rakan Muda
#JBSNKomited
#MalaysiaMadani
#KBSMalaysia
#JBSNT
#TeamJBSN
#TeamJBSNT
#rakanmuda
#MalaysiaAktif
Disediakan Oleh : Unit Pengurusan Portal JBSNT
