TERENGGANU, 16 OKTOBER 2024 ( SABTU) - Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia Tuan Haji Azman bin Haji Adnan menyempurnakan Majlis Perasmian Fit Malaysia @ Hari Sukan Negara Peringkat Negeri Terengganu 2024 bertempat di Kompleks Sukan Negeri Terengganu Pada 12 Oktober 2024 (Sabtu) .
Majlis turut dihadiri oleh Puan Ramona binti Mohd Razali Timbalan Ketua Setiausaha (Strategik) KBS, Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Terengganu Dato' Ab Rashid bin Jusoh, Tuan Haji Ahmad Azizi bin Zulkifli, Pegawai Daerah/Pentadbir Tanah Kuala Nerus dan Pengarah JBSNT Tuan Haji Asmadi bin Mohamad.
Seramai lebih kurang 10,000 orang telah membanjiri Kompleks Sukan Negeri Terengganu bagi menyertai acara Fit Malaysia merangkumi Fun Ride 30KM, Fun Run 5KM dan Fun Walk 3KM
Ayuh Rakyat Terengganu! Kita amalkan gaya hidup aktif dan cergas seterusnya menyokong hasrat menjadikan Malaysia sebuah
“Negara Bersukan”
“Negara Bersukan”
DISEDIAKAN OLEH :
URUSETIA PORTAL JBSNT
- JBS Terengganu
- Hits: 94