- JBS Terengganu
- Hits: 82
TAKLIMAT DANA SUKAN KOMUNITI (DSK) TAHUN 2026
- JBS Terengganu
- Hits: 82
Taklimat Pengurusan Dana Sukan Komuniti (DSK) serta Penyerahan Surat Kelulusan bagi Jendela 1/2026 telah berlangsung dengan jayanya di Bilik Mesyuarat Aras 3, Jabatan Belia dan Sukan Negeri Terengganu (JBSNT).
Taklimat ini telah dipengerusikan oleh Tuan Haji Asmadi bin Mohamad, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Terengganu. Program ini bertujuan memberikan penerangan, perkongsian maklumat serta menjawab persoalan berkaitan pelaksanaan Dana Sukan Komuniti peringkat Negeri Terengganu kepada persatuan yang berjaya bagi jendela 1/2026.
Turut hadir Encik Mohd Fais bin Haji Mohd Sendek, Penolong Pengarah (Sukan), Jabatan Belia dan Sukan Negeri Terengganu.
Dana Sukan Komuniti (DSK) ialah peruntukan Kementerian Belia dan Sukan untuk menyokong aktiviti sukan komuniti, menggalakkan perkembangan industri sukan serta mengukuhkan perpaduan serta menggalakkan gaya hidup aktif. Ia terbuka kepada persatuan, kelab sukan dan pertubuhan belia yang berdaftar. Permohonan boleh dibuat melalui pautan berikut
https://www.kbs.gov.my/dsk
#TeamKBS #TeamJBSN #JBSNKomited #MalaysiaMADANI #RakanMuda #JBSNT
Taufiq Johari
Mordi Bimol
Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara
KBSMalaysia
Rakan Muda
belia.my
Disediakan Oleh : Unit Pengurusan Portal JBSNT
