MAJLIS PENYERAHAN CEK CURA BANTUAN AWAL PERSEKOLAHAN 2026 WARNAI SMK BUKIT TUNGGAL

Kuala Nerus, 12 Januari 2026 (Isnin) – Suasana penuh ceria menyelubungi Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Tunggal, Kuala Terengganu apabila berlangsungnya Majlis Penyerahan Cek Cura Bantuan Awal Persekolahan Pendidikan Tahun 2026 yang disempurnakan oleh YB Tuan Hasbie Muda, Senator Dewan Negara.

Majlis ini diadakan sebagai simbol komitmen berterusan kerajaan dalam memastikan kesejahteraan pendidikan rakyat terus menjadi keutamaan, di samping meringankan beban kewangan ibu bapa pada sesi persekolahan baharu.

Turut hadir menyerikan majlis ialah Datuk Wan Hashim bin Wan Rahim, Timbalan Ketua Setiausaha (Perancangan dan Pembangunan) Kementerian Pendidikan Malaysia, serta Tuan Kamsah @ Kamal bin Mohamed, Pengarah Pendidikan Negeri Terengganu.

Hadir sama Tuan Haji Asmadi bin Mohamad, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Terengganu yang mewakili YB Dr. Mohammed Taufiq bin Johari, Menteri Belia dan Sukan Malaysia.

Program Bantuan Awal Persekolahan ini merupakan inisiatif tahunan Kementerian Pendidikan Malaysia bagi memastikan setiap pelajar dapat memulakan sesi persekolahan dalam suasana ceria dan kondusif, tanpa terbeban dengan keperluan asas persekolahan.

Majlis berakhir dengan suasana penuh mesra dan semangat kebersamaan antara pihak kementerian, pentadbir sekolah, ibu bapa serta masyarakat setempat yang sama-sama menjunjung aspirasi pendidikan negara.

#TeamKBS #TeamJBSN #JBSNKomited #MalaysiaMADANI #RakanMuda #JBSNT

Disediakan Oleh : Unit Pengurusan Portal JBSNT

Image
Jalan Pasir Panjang
21100 Kuala Terengganu,
Terengganu
Tel : 09-6222344/45 dan 09-6223693
Fax : 09-6236596

Web : http://www.jbsn.gov.my/jbs-terengganu

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 23-02-2026, 09:32:41

Copyright © 2026 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search