- JBS Terengganu
- Hits: 79
Senamrobik Madani Sempena 2 Tahun Kerajaan Madani Peringkat Negeri Terengganu Tahun 2024
KUALA TERENGGANU, 28 NOVEMBER 2024 (KHAMIS) - Sempena sambutan ulang tahun ke-2 Kerajaan Madani, Bahagian Pembangunan Sukan, Jabatan Belia dan Sukan Negeri Terengganu telah berjaya menganjurkan Senamrobik Madani Peringkat Negeri Terengganu Tahun 2024 yang bertempat di Dewan Utama, Kompleks Belia dan Sukan Negeri Terengganu pada 24 November 2024 (Ahad)
Program ini bertujuan untuk mempromosikan gaya hidup sihat dalam kalangan masyarakat selain memupuk semangat perpaduan dan kebersamaan.
Acara bermula pada pukul 8:30 pagi dengan kehadiran lebih 103 peserta dari pelbagai lapisan masyarakat, termasuk kakitangan kerajaan, pelajar, dan orang awam. Senamrobik ini turut disertai oleh Tuan Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Terengganu, Tuan Haji Asmadi bin Mohamad, dan Penolong Pengarah (Sukan) Jabatan Belia dan Sukan Negeri Terengganu, En Mohd Fais bin Haji Mohd Sendek.
Senamrobik dipimpin oleh jurulatih bertauliah, En Mazuki dengan muzik yang rancak dan menyegarkan.
Program ini menerima sambutan yang amat baik, mencerminkan sokongan rakyat terhadap inisiatif Kerajaan Madani dalam mewujudkan masyarakat yang lebih sihat dan harmoni.
“MADANI di Hati, Rakyat Disantuni”
DISEDIAKAN OLEH:
URUSETIA PORTAL JBSNT
DISEDIAKAN OLEH:
URUSETIA PORTAL JBSNT
- JBS Terengganu
- Hits: 79