Saksikan sorotan yang penuh semangat & inspirasi daripada acara yang menggalakkan gaya hidup sihat dan mengeratkan hubungan komuniti tempatan bersama rakan-rakan serantau ASEAN. Terima kasih kepada semua peserta, sukarelawan & pihak yang menjayakan program ini. Semoga semangat kesukanan & persahabatan ASEAN terus segar! #CyclingTourASEANSolidarity2025 #TeamKBS #TeamJBSN #JBSNKomited #MalaysiaMadani #ASEAN
BESUT, 10 Ogos 2025 – Majlis Penutup Terengganu International Air Festival 2025 telah berlangsung meriah di Besut Paragliding Park, Bukit Bubus dengan penyertaan seramai 68 peserta dari dalam dan luar negara. Majlis turut diserikan dengan acara penyampaian hadiah serta penyerahan Geran Padanan Sukan (GPS) berjumlah RM105,000.00 kepada Kelab Luncur Udara 3A Bukit Bubus. Penyampaian hadiah dan penyerahan geran tersebut telah disempurnakan oleh Puan Junainah binti Mohd Zaid, Ketua Komunikasi Korporat Kementerian Belia dan Sukan (KBS) yang mewakili Kementerian Belia dan Sukan Malaysia. Turut bersama, Encik Yusof bin Mat Nor, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Besut yang mewakili Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Terengganu dan Haji Fahami bin Haji Zakaria, Presiden Kelab Luncur Udara 3A Bukit Bubus. Penganjuran festival ini bukan sahaja menjadi platform mengembangkan sukan udara di peringkat antarabangsa, malah memperkukuh peranan Terengganu sebagai destinasi utama sukan luncur udara di Malaysia. Dengan sokongan berterusan daripada kerajaan, komuniti sukan dan pihak swasta, diharapkan sukan luncur udara dapat terus berkembang sekali gus memberi impak positif terhadap sektor pelancongan, ekonomi setempat, dan penyertaan belia dalam aktiviti lasak yang sihat. Hannah Yeoh Adam Adli Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara Rakan Muda #KBSMalaysia #JBSNKomited #MalaysiaMadani #TeamPBSDBesut #RakanMuda
KUALA TERENGGANU, 12 OGOS 2025 - Alhamdulillah, tirai Cycling Tour ASEAN Solidarity 2025 dilabuhkan dengan penuh meriah menerusi Malam Gala yang diadakan sebagai penutup rasmi program. Sambil menikmati santapan malam, para jemputan dihiburkan dengan persembahan tarian tradisional “Gemalai Cilik Tok Jembal” oleh pelajar-pelajar berbakat di bawah bimbingan jurulatih Tunas SUKTRA, anjuran Jabatan Pelancongan Negeri Terengganu. Majlis turut menayangkan video rangkuman perjalanan program yang membangkitkan kembali memori sepanjang siri jelajah ini. Ucapan aluan telah disampaikan oleh YBrs. Puan Azura Binti Abidin, Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara, diikuti dengan penyampaian cenderamata kepada wakil delegasi ASEAN yang hadir dari: Brunei Darussalam Kingdom of Cambodia Republic of Indonesia Republic of the Union of Myanmar Kingdom of Thailand Socialist Republic of Vietnam Majlis diakhiri dengan sesi fotografi kenangan bersama para tetamu jemputan, peserta dan delegasi yang telah memeriahkan lagi acara ini. Terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang menjayakan program ini, semoga semangat perpaduan ASEAN terus subur di masa hadapan! Hannah Yeoh Adam Adli Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan KBSMalaysia JBSNegara Rakan Muda #CyclingTourASEANSolidarity2025 #BeliaBersamaASEAN #NegeriTerengganu #TeamKBS #TeamJBSN #JBSNKomited #MalaysiaMadani #ASEAN
KUALA TERENGGANU, 12 OGOS 2025 - Pada Sabtu, 9 Ogos 2025, Dataran Pantai Batu Buruk menjadi saksi kemeriahan Cycling Tour ASEAN Solidarity 2025 yang menghimpunkan pelbagai aktiviti santai untuk semua lapisan masyarakat. Program kali ini dimeriahkan dengan: Fun Ride – kayuhan santai sambil menikmati panorama indah pantai. Fun Run – larian riang penuh semangat. Fun Walk – berjalan santai bersama keluarga & rakan. Acara ini bukan sahaja menggalakkan gaya hidup sihat, malah mengeratkan hubungan antara komuniti tempatan dan rakan-rakan serantau ASEAN. Terima kasih kepada semua peserta, sukarelawan dan pihak yang terlibat menjayakan program ini. Semoga semangat kesukanan dan persahabatan ASEAN terus kukuh! LINK GAMBAR SEPANJANG PROGRAM BERLANGSUNG: https://photos.app.goo.gl/fR2hL6nEKMqax42X9 Hannah Yeoh Adam Adli Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara KBSMalaysia JBSNegara Rakan Muda #CyclingTourASEANSolidarity2025 #BeliaBersamaASEAN #NegeriTerengganu #TeamKBS #TeamJBSN #JBSNKomited #MalaysiaMadani #ASEAN
[[ SIARAN LANGSUNG ]] CYCLING TOUR ASEAN SOLIDARITY GALA DINNER ************************************** 9 OGOS 2025M bersamaan 15 SAFAR 1447H | SABTU DEWAN BERLIAN, HOTEL PERMAI INN *************************************** #TVDarulIman #UPDI #IndahnyaHidupBersyariat #TerengganuMajuBerkatSejahtera #MalaysiaMadani\
KUALA TERENGGANU, 12 OGOS 2025 - Meriah dan penuh semangat! Hari ini berlangsungnya sesi istimewa Meet & Greet bersama para delegasi ASEAN bagi memulakan semangat Cycling Tour ASEAN Solidarity 2025! Dalam suasana santai tetapi penuh makna, para peserta berpeluang: Berkenalan dengan delegasi dari negara ASEAN Berinteraksi bersama pasukan pelumba Menjalani sesi semakan dan ujian basikal (Test Bike) sebagai persiapan Fun Ride 30KM esok Menerima kit peserta dan taklimat keselamatan acara Lokasi: Hotel Permai, Kuala Terengganu Tarikh: 8 Ogos 2025 (Jumaat) Masa: 8.00 malam – 10.30 malam Semangat kekeluargaan ASEAN sangat terasa malam ini – semua bersedia untuk kayuh bersama esok demi solidariti dan kesihatan! Nantikan aksi penuh warna-warni esok di Dataran Batu Buruk. Ayuh datang beramai-ramai menyokong! Saksikan sorotan gambar eksklusif sesi Meet & Greet dan Test Bike di laman ini! #ASEANCycling2025 #FunRide #MeetAndGreet #Terengganu2025 #SukanSatukanKita #KBS
KUALA TERENGGANU, 12 0G0S 2025 - satu lagi detik bersejarah apabila delegasi dari negara-negara ASEAN termasuk Kemboja, Brunei, Indonesia, Thailand, Vietnam dan Myanmar selamat tiba di Kuala Terengganu bagi menyertai Cycling Tour ASEAN Solidarity 2025! Lebih istimewa, ketibaan mereka diiringi oleh Pengurusan Tertinggi Kementerian Belia dan Sukan (KBS) sebagai tanda sokongan penuh terhadap acara berprestij ini. Delegasi disambut meriah dengan paluan kompang – satu penghormatan istimewa buat tetamu serantau kita! Mereka akan menjalani pelbagai pengisian sepanjang 8–10 Ogos, termasuk: Fun Ride 30KM Fun Run & Fun Walk Persembahan budaya & makan malam rasmi Sightseeing ke destinasi ikonik Kuala Terengganu Program ini bukan sekadar acara sukan — tetapi lambang perpaduan serantau, diplomasi belia dan kekuatan budaya ASEAN yang diraikan dalam suasana mesra dan penuh semangat. Lokasi utama: Dataran Batu Buruk, Kuala Terengganu Tarikh: 9 Ogos 2025 Malaysia mengalu-alukan kehadiran rakan-rakan ASEAN! Bersama kita kayuh menuju solidariti. #TogetherWeRide #ASEANCycling2025 #KBSMalaysia #SukanSatukanASEAN #SolidarityThroughSports
Sedia untuk acara komuniti paling GEMPARR di Pantai Timur? Cycling Tour ASEAN Solidarity 2025 kini hadir dengan pelbagai aktiviti menarik untuk semua peringkat umur! Tarikh: 9 Ogos 2025 (Sabtu) Tempat: Dataran Batu Buruk, Kuala Terengganu Masa Mula: 7.00 pagi APA YANG MENARIK? Fun Ride 30KM Fun Run 5KM (santai tapi penuh semangat!) Fun Walk 3KM (untuk seisi keluarga) Pameran Cabutan bertuah menarik menanti anda Terbuka untuk semua — atlet, keluarga, remaja, komuniti! Sertai sebagai peserta atau datang sebagai penonton & penyokong! Link Pendaftaran: https://www.facebook.com/share/p/16u8hUPNxk/ Jom kita kayuh, lari, dan jalan bersama — demi Perpaduan & Gaya Hidup Sihat ASEAN! #1HariLagi #CyclingTourASEAN2025 #FunRunFunWalk #KarnivalASEAN #BatuBuruk2025 #SatuASEAN #RideRunWalkUnite #JBSNT
Tentatif Majlis Pelepasan Kayuhan Cycling Tour ASEAN Solidarity 2025 Bersedia untuk meriahkan Cycling Tour ASEAN Solidarity 2025 yang akan berlangsung pada 9 Ogos 2025 (Sabtu) di Dataran Batu Burok, Kuala Terengganu! Pelbagai aktiviti menarik turut menanti termasuk: Fun Ride 30KM Fun Run 5KM (santai tapi penuh semangat!) Fun Walk 3KM (untuk seisi keluarga) Pameran Cabutan bertuah menarik menanti anda Terbuka untuk semua — atlet, keluarga, remaja, komuniti! Sertai sebagai peserta atau datang sebagai penonton & penyokong! Jom kita kayuh, lari, dan jalan bersama — demi Perpaduan & Gaya Hidup Sihat ASEAN! #CyclingTourASEAN2025 #FunRunFunWalk #KarnivalASEAN #BatuBuruk2025 #SatuASEAN #RideRunWalkUnite #JBSNT