SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI DARI JBSN TERENGGANU 2025
Hari Raya Aidilfitri adalah simbol kemenangan selepas sebulan kita berpuasa dan berusaha mendekatkan diri kepada Allah SWT. โCahaya Syawal, Kemaafan Terjalinโ Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir & Batin
Ikhlas daripada : Jabatan Belia dan Sukan Negeri Terengganu
๐ฆ๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐ง๐ฅ๐ ๐ญ๐ฐ๐ฐ๐ฒ๐ โ๐ฎ๐ฌ๐ฎ๐ฑ๐ Hari Raya Aidilfitri adalah simbol kemenangan selepas sebulan kita berpuasa dan berusaha mendekatkan diri kepada Allah SWT. โCahaya Syawal, Kemaafan Terjalinโ Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir & Batin Ikhlas daripada : Pengarah serta seluruh warga Jabatan Belia dan Sukan Negeri Terengganu
๐ฆ๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐ง๐ฅ๐ ๐ญ๐ฐ๐ฐ๐ฒ๐ โ๐ฎ๐ฌ๐ฎ๐ฑ๐ Hari Raya Aidilfitri adalah simbol kemenangan selepas sebulan kita berpuasa dan berusaha mendekatkan diri kepada Allah SWT. โCahaya Syawal, Kemaafan Terjalinโ Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir & Batin Ikhlas daripada : Pengarah serta seluruh warga Jabatan Belia dan Sukan Negeri Terengganu
KUALA TERENGGANU, 13 APRILย 2025 (AHAD) - Satu Lawatan kerja rasmi ke JBSNT telah dilaksanakan pada 26 Macย 2025 (Rabu) lalu. Deligasi PSMZA wakili oleh Encik Abdul Hadi Bin Abdullah (TPSA), En Mohd Hushshila Bin Yusof (KJSKK), Encik Rudy Harahap Bin Mohd Ali Baba (Ketua Kursus Sukan) dan Encik Mohd Rizal Bin Mohamad Alias (Ketua Kursus Kokurikulum). Deligasi disambut oleh Tuan Haji Asmadi bin Mohamad, Pengarah dan pegawai-pegawai JBSNT.
Perbincangan ini memberi fokus kepada kerjasama strategik antara PSMZA dengan JBSNT dalam merancang dan melaksanakan program-program yang dapat memberi manfaat kepada belia umumnya dan pelajar PSMZA khasnya. Dengan pelaksanaan program-program ini, diharapkan dapat meningkatkan penyertaan belia dan pelajar PSMZA dalam aktiviti sukan dan kesukarelawan serta membentuk generasi muda yang sihat, berdaya saing, dan berakhlak mulia.
KUALA TERENGGANU, 13 APRIL 2025 (AHAD) - Jabatan Belia dan Sukan Negeri Terengganu bersama PMINT Urus telah mengadakan Tayangan Skrin Besar bagi Perlawanan Kelayakan Piala Asia 2027 dia antara Malaysia menentang Nepal pada 25 Mac 2025 ( Selasa) . Tayangan ini diadakan di Aras Bawah Kompleks Paya Bunga Sentral, Kuala Terengganu dan dimeriahkan dengan kehadiran sekitar 350 orang penonton dari seluruh Negeri Terengganu yang berkesempatan untuk menyaksikan perlawanan malam ini.
Pasukan Harimau Malaya mendapat gol pertama pada minit ke 29 perlawanan apabila pemain Hector Hevel berjaya menjaringkan gol sehingga tamat separuh masa pertama. Pada separuh masa kedua, Pasukan Nepal terus berusaha untuk mencari gol penyamaan namun gagal. Pada minit ke-71, Corbin Ong meledak gol kedua menerusi hantaran dari Arif Aiman. Keputusan 2-0 kekal hingga tamat perlawanan.ย Turut hadir sama menyaksikan perlawanan pada malam ini adalahย VIPย Tuan Haji Asmadi bin Mohamad, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Terengganu,ย En. Mohd Fais bin Haji Mohd Sendek, Penolong Pengarah (Sukan) JBSNT ,ย En. Zani bin Elias, Pengurus Besar PMINT Urus serta ย En. Anas Hazizul bin Muhamad, Presiden MBNT.
Terima kasih juga diucapkan kepada semua yang terlibat kerana memberi kerjasama yang baik dalam menjayakan program pada malam ini. Jumpa lagi di lain siri.
KUALA TERENGGANU, 13 APRIL 2025 (AHAD) - Lawatan kerja dari Bahagian Pembangunan Kementerian Belia dan Sukan yang diwakili oleh Encik Mohd Faez bin Othman, Penolong Setiausaha Kanan dan Encik Sivabalan A/L Thomas, Penolong Setiausaha Kanan Unit Pentadbiran ke Stadium Hoki, Batu Buruk dan Padang Bola Sepak Sintetik Majlis Sukan Negeri Terengganu Pada 25 Mac 2025 (Selasa) lalu.
Lawatan ini diadakan bagi mengenalpasti skop kerja dan lokasi projek sepertimana permohonan oleh Kerajaan Negeri Terengganu. Turut hadir sama Encik Adi Hafiza bin Ariffin wakil Majlis Sukan Negeri Terengganu, Encik Alif Zuwairi bin Baharuddin wakil Majlis Bandaraya Kuala Terengganu dan Puan Nurul Afifa Sofina binti Azmi wakil Jabatan Belia dan Sukan Negeri Terengganu.
PUTRAJAYA, 20 MAC 2025 - Tahniah diucapkan kepada Adik Muhammad Syafi bin Mohd Sufian dan Adik Sharifah Nurmariam Mardhiah binti Syed Mohd Sulong yang mewakili Negeri Terengganu kerana telah memenangi Tempat Ke-3 dalam Kategori Lelaki dan Wanita dalam Pertandingan Hafazan Rakan Muda Ramadan Peringkat Kebangsaan 2025 di Pusat Belia Antarabangsa, Kuala Lumpur. Penyampaian Hadiah telah disempurnakan oleh YB Tuan Adam Adli, Timbalan Menteri Belia dan Sukan Malaysia. Mohd Syafi merupakan pelajar tingkatan 1 dari Imtiaz Setiu dan Sharifah Nurmariam merupakan pelajar tingkatan 1 dari Imtiaz Dungun. Turun hadir Tuan Haji Asmadi bin Mohamad, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Terengganu.
TERENGGANU, 27 MAC 2025 (KHAMIS) - Majlis Penyampaian Insentif Sukma dan Para Sukma XXI Sarawak 2024 telah disempurnakan oleh Menteri Besar, YAB Datoโ Seri Ir. Dr. Ahmad Samsuri bin Mokhtar di Dewan Besar Wisma Darul Iman Pada 19 Mac 2025 lepas. Pasukan berbasikal Sukma menjadi pasukan tertinggi menerima insentif kecemerlangan selepas mencatat pencapaian terbaik pada temasya Sukma Ke-21 Sarawak 2024. Manakala pasukan Para Olahraga menjadi pasukan tertinggi menerima insentif kecemerlangan dengan pungutan pingat iaitu 4 emas, 10 perak dan 9 gangsa. Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Terengganu, Tuan Haji Asmadi bin Mohamad selaku Chef De Mission naik ke pentas bagi menerima sijil cenderahati. Pencapaian kontinjen Negeri Terengganu pada temasya Para Sukma 2024 menunjukkan peningkatan apabila berjaya membawa pulang keseluruhan 44 pingat membabitkan 10 emas, 19 perak dan 15 gangsa untuk menduduki tempat kesembilan. Tahniah diucapkan kepada semua atlet SUKMA dan Para SUKMA yang telah berjaya meraih pingat dan mengharumkan nama kontinjen Negeri Terengganu. Kejayaan anda semua amat membanggakan dan memberikan inspirasi kepada kita semua. Terima kasih kepada Kerajaan Negeri Terengganu atas sokongan berterusan. Semoga kejayaan ini menjadi pemangkin untuk lebih banyak kecemerlangan di masa hadapan.
Firman Allah SWT : โSesungguhnya Kami telah menurunkan Al-Quran itu pada malam yang berkat; (Kami berbuat demikian) kerana sesungguhnya Kami sentiasa memberi peringatan dan amaran (jangan hamba-hamba Kami ditimpa azab). (Surah Ad-Dukhan : 3) Ayuh semarakkan Ramadan kita dengan membaca dan mentadabbur Al-Quran. Semoga kita semua diberikan keberkatan dan hidayah dalam setiap ayat yang diturunkan. Selamat memperingati malam Nuzulul Quran malam 17 Ramadan 1446H Ikhlas Daripada Pengarah Serta seluruh warga Jabatan Belia dan Sukan Negeri Terengganu