Marilah kita memperingati kelahiran junjungan besar Nabi Muhammad SAW dengan memperbanyakkan selawat, mencontohi akhlak mulia Baginda serta mengamalkan sunnah dalam kehidupan seharian.
ANDA TAHU APA ITU KOD SUKAN SELAMAT? MARI SERTAI SESI LIBAT PROGRAM ADVOKASI KOD SUKAN SELAMAT PERINGKAT NEGERI TERENGGANU 2025
10 September 2025 (Rabu) Dewan Besar Kompleks Belia dan Sukan Negeri Terengganu 8.00 pagi – 5.30 petang
Kod Sukan Selamat merupakan suatu garis panduan yang dibangunkan bagi memberi panduan mengenai persekitaran sukan yang selamat serta peranan dan tanggungjawab semua pihak dalam menangani gangguan dan penderaan dalam sukan.
Sasaran peserta : Pemegang taruh seperti atlet, bekas atlet, jurulatih, pegawai sukan, wakil persatuan, wakil badan Kerajaan (NGO), wakil individu dan pihak kerajaan Negeri.
Sebarang pertanyaan, boleh berhubung terus dengan Encik Mohd Effendy bin Ibrahim di talian 018 2928232.
Anda bertenaga, bersemangat dan sukakan cabaran? Ingin mencuba sesuatu yang menyeronokkan sambil membina keyakinan diri dan kerjasama berpasukan?
Jom sertai Kemahiran Latihan Asas Sukan Cheerleading 2025!
Terbuka kepada semua pelajar yang berminat untuk mempelajari teknik asas cheerleading seperti formasi, gerakan asas, sorakan dan banyak lagi!
Tarikh: 23 September 2025 (Selasa) Masa: 9.00 pagi Tempat: Kompleks Belia dan Sukan Negeri Terengganu Apa yang anda akan pelajari: • Asas pergerakan cheerleading • Teknik keselamatan semasa latihan • Pembentukan pasukan & semangat berpasukan • Stamina dan koordinasi fizikal Bawa pakaian sukan dan air minuman. Tempat adalah terhad – daftar segera!
Untuk maklumat lanjut dan pendaftaran, sila hubungi: Mohd Effendy bin Ibrahim 0182928232
KUALA NERUS, 3 SEPTEMBER 2025 - Pejabat Belia dan Sukan Daerah Kuala Terengganu/ Kuala Nerus telah melaksanakan Program Rakan Demokrasi : Klinik Demokrasi Siri 2 Peringkat Daerah Kuala Terengganu 2025 pada 2 September 2025 bertempat di SM Agama (Atas) Sultan Zainal Abidin.
Program ini bertujuan untuk memberi pengetahuan atau pendedahan awal berkenaan sistem pentadbiran dan asas berkerajaan kepada belia, memberi pengetahuan tentang bagaimana proses pendemokrasian dan pilihanraya di Malaysia kepada belia menggunakan laras bahasa orang awam.
Seramai 110 orang peserta telah menyertai program ini. Slot ilmu ini telah dikendalikan oleh penceramah jemputan iaitu Prof Madya Dr. Rosyidah Muhammad, Fakulti Perniagaan, Ekonomi Dan Pembangunan Sosial, Universiti Malaysia Terengganu.
Melalui program ini, diharapkan lebih ramai belia di daerah Kuala Terengganu dapat membentuk minda tentang pentingnya ilmu kenegaraan yang autentik dan peka dengan dasar-dasar kerajaan madani agar menjadi panduan dalam membuat keputusan rasional dalam pilihanraya.
Majlis penutup telah disempurnakan oleh Yang Berusaha, Encik Muhad bin Bidin, Pengetua SM Agama (Atas) Sultan Zainal Abidin dan diiringi oleh En.Mohd Qayyum bin Rahman Pegawai Belia dan Sukan Daerah Kuala Terengganu/ Kuala Nerus serta guru-guru Tingkatan Enam dan guru-guru Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) Sekolah Menengah Agama (Atas) Sultan Zainal Abidin.
Hannah Yeoh Adam Adli Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara JBSNegara Rakan Muda
Kuala Nerus, 28 Ogos 2025 (Khamis) - Pejabat Belia dan Sukan Daerah Kuala Terengganu/ Kuala Nerus telah melaksanakan Program Rakan Demokrasi : Klinik Demokrasi Siri 2 Peringkat Daerah Kuala Nerus 2025 pada 28 Ogos 2025 bertempat di SMK Ibrahim Fikri, Kuala Nerus.
Program ini bertujuan untuk memberi pengetahuan atau pendedahan awal berkenaan sistem pentadbiran dan asas berkerajaan kepada belia, memberi pengetahuan tentang bagaimana proses pendemokrasian dan pilihanraya di Malaysia kepada belia menggunakan laras bahasa orang awam.
Seramai 120 orang peserta telah menyertai program ini. Slot ilmu ini telah dikendalikan oleh penceramah jemputan iaitu Dr. Siti Hajar Binti Kamaruddin dari Fakulti Perniagaan, Ekonomi dan Pembangunan Sosial, UMT.
Melalui program ini, diharapkan lebih ramai belia di daerah Kuala Nerus dapat membentuk minda tentang pentingnya ilmu kenegaraan yang autentik dan peka dengan dasar-dasar kerajaan madani agar menjadi panduan dalam membuat keputusan rasional dalam pilihanraya.
Majlis perasmian telah disempurnakan oleh Yang Berusaha, Encik Ramly bin Deraman, Penolong Kanan Pentadbiran, SMK Ibrahim Fikri dan diiringi oleh En.Mohd Qayyum bin Rahman Pegawai Belia dan Sukan Daerah Kuala Terengganu Kuala Nerus.
Hannah Yeoh Adam Adli Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara JBSNegara Rakan Muda
SETIU I 28 OGOS 2025 - Telah berlangsung Program Kem Belia @ Rakan Prihatin Peringkat Daerah Setiu 2025 bertempat di Peladang Setiu Agro Resort, Setiu Terengganu. Program yang diadakan selama 3 hari 2 malam ini telah bermula pada 26 hingga 28 Ogos 2025 dan disertai seramai 50 orang peserta.
Program ini berupaya meningkatkan kesedaran dalam kalangan belia berhubung matlamat hidup dan tanggungjawab terhadap diri, keluarga, agama dan negara. Selain itu, program ini juga diharap dapat membendung gejala sosial serta kes jenayah dalam kalangan belia. Turut diselitkan slot ‘Belia Tolak Ekstremisme’ bersama Bahagian E8 Counter Terrorisme IPK Terengganu.
Pelaksanaan program ini juga adalah bagi merealisasikan usaha Kementerian Belia dan Sukan dalam melahirkan belia yang mempunyai nilai-nilai jati diri yang tinggi, berpengetahuan, prihatin serta bertanggungjawab.
Majlis Penutup dan Penyampaian Sijil telah disempurnakan oleh Encik Jawahir Bin Abdullah, Pegawai Pendidikan Daerah Setiu. Turut hadir, Tuan Haji Rosmadi bin Nasir Timbalan PPD Setiu, Encik Bharu bin Bakar@Abu Bakar, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Setiu, Puan Hajah Jamilah Binti Mat , Pengetua Sek. Men. Agama Setiu, dan En. Che Shafie bin Che Hanafi, Timbalan Pengerusi MBD Setiu.
Sekalung penghargaan dan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan program ini. Terutamanya pihak Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu dan Pejabat Pendidikan Daerah Setiu yang banyak membantu serta memberi sokongan dalam penganjuran program kali ini.
Hannah Yeoh Adam Adli Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara JBSNegara Rakan Muda
Anda berbakat menari? Penuh tenaga dan semangat kecergasan?
Inilah masanya untuk menyerlahkan aksi anda Jom sertai pertandingan Aerobic Dance Peringkat Negeri Terengganu 2025 anjuran Jabatan Belia dan Sukan Negeri Terengganu dengan kerjasama Kelab Sukan Kecergasan Warisan.
Butiran Program : Tarikh : 30 September 2025 (Selasa) Masa : 7.30 pagi Lokasi : Dewan Kompleks Belia & Sukan Negeri Terengganu, Jalan Pasir Panjang, Kuala Terengganu
Daftar sekarang melalui pautan Klik Sini https://malaysiafitness.com/team-registration atau imbas kod QR di poster untuk maklumat lanjut!
KUALA TERENGGANU, 3 SEPTEMBER 2025 - Tuan Haji Asmadi bin Mohamad, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Terengganu, telah mengadakan kunjungan hormat ke Pejabat Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu dan disambut oleh Tuan Kamsah @ Kamal bin Mohamed, Pengarah JPN Terengganu.
Pertemuan penuh mesra ini membuka ruang jaringan strategik antara dua agensi penting negeri, dengan fokus kepada usaha memperkasa pembangunan belia dan pendidikan.
Turut hadir bersama, Encik Mohd Fais bin Haji Mohd Sendek, Penolong Pengarah (Sukan) serta Puan Nurqalina binti Nani, Penolong Pegawai Belia dan Sukan (Pembangunan Rakan Muda).
Kerjasama ini diharapkan menjadi pemangkin kepada pelbagai inisiatif bersama dalam membina generasi belia Terengganu yang holistik, berdaya saing dan berilmu.