LAWATAN KERJA KETUA PENGARAH JABATAN BELIA DAN SUKAN NEGARA KE NEGERI TERENGGANU

Alhamdulillah, telah berlangsung Lawatan Kerja Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara, Puan Azura Abidin ke Negeri Terengganu bagi memperkukuh pelaksanaan program pembangunan belia.
Sepanjang lawatan, beliau telah mempengerusikan Mesyuarat Peluncuran Program Rakan Bumi: Projek Planet Rakan Muda Peringkat Kebangsaan 2026 dan Fiesta Rakan Muda Peringkat Negeri Terengganu 2026 serta mengadakan tinjauan ke Kompleks Sukan Air Terengganu dan Taman Laut Pulau Redang.
Turut hadir Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Terengganu, Tuan Haji Asmadi bin Mohamad bersama pegawai Bahagian Pembangunan Rakan Muda, Jabatan Belia dan Sukan Negara.
Orang ramai dijemput memeriahkan Program Rakan Bumi: Projek Planet Rakan Muda Peringkat Kebangsaan 2026 di Pulau Redang pada 18 April 2025 serta Fiesta Rakan Muda Peringkat Negeri Terengganu pada 17 hingga 18 April 2026 di Kompleks Sukan Air Terengganu.
#TeamKBS #TeamJBSN #JBSNKomited #MalaysiaMADANI #RakanMuda #JBSNT
Taufiq Johari
Mordi Bimol
Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara
KBSMalaysia
Rakan Muda
belia.mySee

Image
Jalan Pasir Panjang
21100 Kuala Terengganu,
Terengganu
Tel : 09-6222344/45 dan 09-6223693
Fax : 09-6236596

Web : http://www.jbsn.gov.my/jbs-terengganu

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 24-05-2026, 17:16:43

Copyright © 2026 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search