- JBS Terengganu
- Hits: 1
KUNJUNGAN HORMAT KELAB ORAHRAGA ALAM SINERGI KE JABATAN BELIA DAN SUKAN NEGERI TERENGGANU
- JBS Terengganu
- Hits: 1
RUN • EXPLORE • CHILL
KUALA NERUS, 7 April 2026 – Terengganu bakal menjadi tumpuan peminat larian menerusi penganjuran Terengganu Marathon 2026 (TM26) yang akan berlangsung pada 1 dan 2 Mei 2026 di Kompleks Sukan Negeri Terengganu, Kuala Nerus.
Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Terengganu, Tuan Haji Asmadi Mohamad menerima kunjung hormat daripada Kelab Olahraga Alam Sinergi yang diketuai Presidennya, En. Nurul Alimin Othman bagi membincangkan pelaksanaan program tersebut yang mencatatkan penyertaan seramai 33,499 peserta.
TM26 merupakan kerjasama antara Kelab Olahraga Alam Sinergi dan Kerajaan Negeri Terengganu dengan sokongan Kementerian Belia dan Sukan Malaysia.
Menariknya, penganjuran TM26 turut menawarkan jumlah hadiah keseluruhan yang kompetitif dan antara yang tertinggi dalam penganjuran marathon di Malaysia, sekali gus dijangka menarik penyertaan pelari elit tempatan dan antarabangsa.
Program ini bukan sahaja menggalakkan amalan gaya hidup sihat dalam kalangan masyarakat, malah berperanan sebagai platform pelancongan sukan yang mampu merancakkan ekonomi negeri melalui kehadiran peserta dan pelancong dari dalam serta luar negara.
Semoga penganjuran Terengganu Marathon 2026 berjaya dilaksanakan dengan cemerlang dan selamat datang ke Negeri Terengganu.
#TeamKBS #TeamJBSN #JBSNKomited #MalaysiaMADANI #RakanMuda #JBSNT
Taufiq Johari
Mordi Bimol
Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara
KBSMalaysia
Rakan Muda
belia.my
