- JBS Terengganu
- Hits: 136
SESI PENILAIAN ANUGERAH PERDANA BELIA NEGARA (APBN) KATEGORI "EMAS REMAJA PERDANA" PERINGKAT NEGERI TERENGGANU 2025
KUALA TERENGGANU, 27 MAC 2025 (KHAMIS) - APBN merupakan anugerah yang dilaksanakan pada setiap tahun dalam memberi penghargaan buat individu dan pertubuhan yang telah menunjukkan prestasi cemerlang serta memberi sumbangan ke arah pembangunan belia.
Bagi Kategori Emas Remaja Perdana, calon-calon adalah terdiri daripada mereka yang merupakan pemegang Emas Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda (ARPRM).
Seramai tiga calon telah hadir dan di nilai oleh panel penilai yang terdiri daripada Ketua Panel Encik Shahril Mazuki, Pengerusi Benevolent Malaysia Terengganu yang merupakan Pemenang APBN kategori Individu tahun 2021, Dr Normah Awang Noh, Pensyarah Kanan Fakulti Sains Sosial Gunaan UNISZA dan Dr Siti Hajar Kamaruddin, Pensyarah Fakulti Perniagaan, Ekonomi dan Pembangunan Sosial UMT.
Antara tujuan utama sesi penilaian ialah untuk memberi pengiktirafan terhadap pencapaian tertinggi dalam bidang kepimpinan dan kesukarelaan serta meningkatkan potensi kepimpinan elit muda.
Sesi penilaian telah dilaksanakan pada 17 Mac 2025 (Isnin) di Bilik Mesyuarat Aras 3, Jabatan Belia dan Sukan Negeri Terengganu.
Tahniah kepada semua calon yang hadir dan memberi persembahan yang berkualiti.
DISEDIAKAN OLEH :
URUSETIA PORTAL JBSNT
- JBS Terengganu
- Hits: 136