- JBS Terengganu
- Hits: 1
PERJUMPAAN STRATEGIK BERSAMA YB USTAZ HISHAMUDDIN ABDUL KARIM, PENGERUSI JAWATANKUASA BELIA, SUKAN DAN NGO TERENGGANU BAGI PENYELERASAN PROGRAM RAKAN MUDA
- JBS Terengganu
- Hits: 1
Perjumpaan Strategik Bersama YB Ustaz Hishamuddin Abdul Karim, Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan dan NGO Terengganu bagi Penyelarasan Program Rakan Muda. Terdapat 2 program yang akan berlangsung antaranya Program Rakan Bumi: Planet Rakan Muda Peringkat Kebangsaan 2026 dan Fiesta Rakan Muda x Play True Day 2026. Kedua-dua program akan dihadiri dan turut dirasmikan oleh YB Dr. Mohammed Taufiq bin Johari, Menteri Belia dan Sukan.
Lebih bermakna, program ini bakal diserikan dengan Perasmian Kompleks Sukan Air Negeri Terengganu, satu simbol kemajuan dan komitmen terhadap pembangunan sukan air di Negeri Terengganu. Majlis ini turut akan dirasmikan oleh YB Menteri Belia dan Sukan menjadi satu penghormatan yang membawa bersama harapan besar.
YB Pengerusi Belia, Sukan dan NGO Terengganu menyambut baik kehadiran YB Menteri Belia dan Sukan di Negeri Terengganu dan turut menyokong penuh program Pembangunan Rakan Muda yang akan berlangsung pada 17-18 April 2026. Beliau bersama-sama berganding bahu, menyemarakkan program ini sebagai satu platform perpaduan, inspirasi dan masa depan belia.
#TeamKBS #TeamJBSN #JBSNKomited #MalaysiaMADANI #RakanMuda #JBSNT
