Kuala Terengganu, 3 Jun 2025 - Program Seminar Kecergasan Eksekutif Negeri Terengganu 2025 telah diadakan pada 27- 29 Mei 2025 bertempat di Hotel Permai. Tiga hari yang penuh semangat dan inspirasi! Program ini menghimpunkan pegawai dan ahli dari pelbagai agensi kerajaan dan swasta, ngo dan lain-lain. Antaranya Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Terengganu, Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Terengganu, Majlis Bandaraya Kuala Terengganu, Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu, Majlis Sukan Negeri Terengganu dan lain-lain. Semua bersatu untuk gaya hidup lebih aktif dan sihat!
Majlis penutup disempurnakan oleh Tuan Haji Asmadi bin Mohamad, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Terengganu, turut hadir Encik Dharzuky bin Daud, Pengarah Cawangan Kecergasan Nasional Jabatan Belia dan Sukan Negara dan Encik Mohd Fais bin Haji Mohd Sendek ,Penolong Pengarah Sukan Jabatan Belia dan Sukan Negeri Terengganu. Terima kasih atas sokongan semua pihak yang menjayakan program ini!
Saksikan detik-detik menarik sepanjang seminar dalam gambar-gambar berikut!
#KecergasanEksekutif2025 #TerengganuFit #JBSNTerengganu #AktifDanSihat #BersamaKitaFit
#JBSNT
Disediakan Oleh : Unit Pengurusan Portal JBSNT
- JBS Terengganu
- Hits: 64