Jabatan Belia dan Sukan Negeri Terengganu dengan kerjasama Kelab Motor Lasak Kuala Nerus akan menganjurkan Motorcross Track Day Peringkat Negeri Terengganu 2025 Siri 2 yang akan diadakan pada: 31 Oktober - 1 November 2025 (Jumaat - Sabtu) Litar Permotoran Sukan Lasak Bandar Baru Kuala Nerus.
** Penyertaan adalah percuma ** ** Kategori umur: 12 tahun ke atas ** Tarikh Tutup Penyertaan : 28 Oktober 2025 (Selasa)
Sebarang pertanyaan boleh hubungi: 011 - 32549051 (Udin) 014 - 5458046 (Cik Zulaikha)
Rangkuman video sepanjang Kursus Latihan Asas Sukan (KLAS) Mendaki Tembok Tiruan Peringkat Negeri Terengganu 2025 17 - 18 OKTOBER 2025 (JUMAAT - SABTU)
Terima kasih kepada semua peserta yang telah menunjukkan komitmen dan semangat yang tinggi sepanjang program ini. Semoga ilmu dan kemahiran yang diperoleh dapat dimanfaatkan sepenuhnya.
17 - 18 OKTOBER 2025 (JUMAAT - SABTU) Majlis Perasmian Penutup Kursus Latihan Asas Sukan (KLAS) Mendaki Tembok Tiruan Peringkat Negeri Terengganu 2025 telah disempurnakan oleh Encik Nor Hisham bin Mohamed, Pegawai Rakan Muda yang mewakili Tuan Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Terengganu, yang diiringi oleh Encik Zamri Noor bin Moh Daud , Presiden Dynamic Climbing Club serta Cik Nur Zulaikha binti Roszelni, Pegawai Pembangunan Sukan Rekreasi, Jabatan Belia dan Sukan Negeri Terengganu bertempat di Kompleks Belia dan Sukan Negeri Terengganu.
Program yang dianjurkan selama 2 hari 1 malam oleh Jabatan Belia dan Sukan Negeri Terengganu dengan kerjasama Dynamic Climbing Club telah menghimpunkan seramai 50 orang peserta dari daerah seluruh di Negeri Terengganu.
Program ini merupakan salah satu inisiatif dari pembangunan sukan rekreasi JBSN untuk mengasah skill, bakat dan teknik kemahiran mendaki asas dan aplikasi tali tinggi dalam kalangan peserta. Di samping, mengembangkan aktiviti mendaki tembok tiruan secara teori dan praktikal dengan mementingkan ciri-ciri keselamatan dalam pelaksanaan aktiviti, Terima kasih kepada semua peserta yang telah menunjukkan komitmen dan semangat yang tinggi sepanjang program ini. Semoga ilmu dan kemahiran yang diperoleh dapat dimanfaatkan sepenuhnya.
Tahniah diucapkan kepada pelumba muda negara, Hakim Danish yang diumumkan bakal membuat penampilan sulung di pentas dunia melalui penyertaan sebagai pelumba Wildcard bersama Pasukan AEON Credit SIC Racing MSI pada PETRONAS Grand Prix of Malaysia 2025 (MotoGP Malaysia) yang dijadualkan berlangsung dari 24 hingga 26 Oktober 2025. #TeamKBS #KitaSemuaTeamMAS #MalaysiaMADANI #MADANIBekerja #RancakkanMADANI
Jam 9.00 malam, bertempat di Aras Bawah Paya Bunga Sentral Kuala Terengganu, satu Tayangan Skrin Besar sesi kelayakan Piala Asia 2027 diantara Malaysia menentang Laos
Pada perlawanan tersebut, Malaysia berpesta gol dan berjaya bermain dengan rentak yang menarik apabila mengalahkan Laos dengan keputusan 5-1.
Cuaca yang baik turut menghimpun lebih 400 penyokong Harimau Malaya untuk menyaksikan gol kemenangan dan bersorak Malaysia Boleh!!!. .
Turut hadir, Encik Zani bin Elias, Pengurus Besar PMINT Urus Sdn Bhd dan Encik Mohd Fais bin Haji Mohd Sendek, Penolong Pengarah Bahagian Pembangunan Sukan Jabatan Belia Dan Sukan Negeri Terengganu bagi menyemarakkan laungan kemenangan pada penyokong Harimau Malaya .
Hannah Yeoh Adam Adli Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara JBSNegara Rakan Muda
"Laungan 'Malaysia Boleh' akan bergema! Tayangan Skrin Besar: Malaysia vs Laos Tarikh: 14 Oktober 2025 (Selasa) Masa: Tayangan bermula jam 9:00 malam Lokasi: Aras Bawah Kompleks Paya Bunga Sentral, Kuala Terengganu Saksikan perlawanan Malaysia menentang Laos secara langsung di SKRIN BESAR bersama rakan & keluarga! Aktiviti Menarik: • Cabutan Bertuah dengan pelbagai hadiah menarik! • Cabaran Sepakan Penalti – tunjuk skil bola sepak anda & menangi hadiah! Masuk adalah PERCUMA! Suasana lebih meriah, sorakan lebih padu – jom gegarkan lokasi bersama semangat Harimau Malaya! Malaysia Boleh! Jangan lepaskan peluang ini! #JBSNKomited #MalaysiaMadani #KBSMalaysia #JBSNT #TeamJBSN #TeamJBSNT #rakanmuda #HSNTerengganu2025 #HSN2025 #MalaysiaAktif
Kementerian Belia dan Sukan (KBS) turut memperuntukkan RM2.3 juta bagi lima projek pembangunan sukan di negeri ini yang meliputi kerja-kerja naik taraf dan pembinaan baharu, termasuk:
- Pembaikan lampu limpah Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, - Pembangunan Litar Latihan MotoGP & Pocketbike, - Naik taraf gelanggang sepak takraw di Tok Jiring, - Pembinaan gelanggang futsal piawaian FIFA, serta - Pembinaan gelanggang pickleball/padel di Gerbang Sukan Negeri Terengganu.
Inisiatif pembangunan ini bukan sahaja memperkukuh kemudahan sukan di Terengganu, malah menyokong pertumbuhan komuniti dan ekonomi setempat serta menyediakan lebih banyak ruang kepada rakyat untuk mengamalkan gaya hidup sihat dan aktif.
Kepada peserta yang menghadapi masalah untuk mengakses pautan QR bagi sijil pendaftaran, sila hubungi nombor berikut untuk maklumat lanjut dan tindakan selanjutnya.
Segala kesulitan amatlah dikesali.
0182928232 - En. Effendy 0145458046 - Cik Zulaikha
KUALA NERUS, 11 OKTOBER 2025 – Kompleks Sukan Negeri Terengganu pagi ini bertukar menjadi lautan manusia penuh semangat dan warna-warni apabila ribuan rakyat Terengganu hadir memeriahkan Sambutan Hari Sukan Negara (HSN) Peringkat Negeri Terengganu 2025!
Seawal 7 pagi, suasana sudah gamat dengan sorakan, gelak tawa dan semangat kesukanan yang membara! Dari kayuhan santai hingga ke langkah ceria, semua lapisan masyarakat turut serta menjayakan aktiviti utama seperti: Fun Ride Madani 30KM Fun Run Madani 5KM Fun Walk Madani 3KM Senamrobik
Langit Kuala Nerus pagi ini menyaksikan satu semangat luar biasa — rakyat bersatu, sihat dan gembira di bawah panji “Negara Bersukan”!
Turut menyerikan sambutan hebat ini: YB Adam Adli , Timbalan Menteri Belia dan Sukan Malaysia yang merasmikan program; YB Hishamuddin Abdul Karim Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan dan NGO Negeri Terengganu; Yang Berusaha Dato’ Haji Abdul Kahar bin Abdul Latif, Pengarah Jabatan Pembangunan Persekutuan Negeri Terengganu; Puan Chan Hong Jin, Timbalan Ketua Setiausaha (Strategik) Kementerian Belia dan Sukan Malaysia; dan Tuan Haji Asmadi Mohamad, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Terengganu.
Kehadiran barisan VIP ini menambah aura dan membangkitkan lagi semangat rakyat Terengganu untuk terus aktif dan menjadikan sukan sebagai gaya hidup!
Dalam ucapannya, YB Adam Adli menzahirkan rasa kagum dengan sambutan hebat rakyat Terengganu. “Hari Sukan Negara bukan sekadar bersukan, tetapi satu pergerakan rakyat — simbol perpaduan, gaya hidup aktif dan semangat Malaysia Madani,” katanya.
Sementara itu, YB Hishamuddin Abdul Karim turut memuji penglibatan masyarakat yang sangat tinggi. “Hari ini bukti bahawa rakyat Terengganu memang hebat! Sukan bukan sekadar aktiviti, tapi budaya dan gaya hidup yang kita banggakan,” ujarnya penuh semangat.
Kemuncak paling dinanti! Cabutan bertuah utama berupa sebuah motosikal , ditaja khas oleh YB Hishamuddin Abdul Karim sendiri! Saat nombor bertuah diumumkan, seluruh kompleks bergema dengan sorakan dan tepukan — mencipta momen penuh debaran dan kegembiraan yang sukar dilupakan!
HSN 2025 diraikan serentak di seluruh negara bagi menyemarakkan semangat hidup aktif, sihat dan ceria bersama keluarga. Terima kasih rakyat Terengganu atas sambutan luar biasa! Jumpa lagi tahun depan di HSN 2026 — dengan semangat yang lebih besar, tenaga yang lebih luar biasa!