- JBS Terengganu
- Hits: 16
AKTIVITI KECERGASAN BIGGEST LOSER PERINGKAT NEGERI TERENGGANU TERUS SEMARAK DENGAN AKTIVITI HIKING DI BUKIT PANORAMA
- JBS Terengganu
- Hits: 16
26 Jun 2026 (Sabtu) – Jabatan Belia dan Sukan Negeri Terengganu dengan kerjasama Alpha Nation Aerobic Club telah menganjurkan aktiviti hiking di Bukit Panorama sebagai salah satu pengisian Program Aktiviti Kecergasan Biggest Loser Peringkat Negeri Terengganu 2026.
Aktiviti yang bermula seawal jam 7.30 pagi ini disertai oleh para peserta Biggest Loser sebagai sebahagian daripada persediaan dan latihan berterusan menjelang penamat program yang berbaki kira-kira dua bulan lagi.
Pendakian ini bertujuan meningkatkan tahap kecergasan fizikal, daya tahan serta kekuatan mental peserta, di samping memupuk semangat kerjasama, disiplin dan komitmen dalam mencapai sasaran penurunan berat badan secara sihat. Peserta turut berpeluang menikmati keindahan alam semula jadi sambil melakukan aktiviti rekreasi yang memberi manfaat kepada kesihatan.
Jabatan Belia dan Sukan Negeri Terengganu merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Alpha Nation Aerobic Club atas kerjasama dalam menjayakan aktiviti ini. Diharapkan program seumpama ini dapat terus memberi motivasi kepada peserta untuk kekal konsisten mengamalkan gaya hidup aktif dan sihat, sekali gus menyokong usaha membudayakan amalan kecergasan dalam kalangan masyarakat.
#TeamKBS #TeamJBSN #JBSNKomited #MalaysiaMADANI #RakanMuda #JBSNT
