KUNJUNGAN HORMAT TERENGGANU MARATHON KE JBS NEGERI TERENGGANU Kuala Terengganu | 10 Ogos 2026 – Jabatan Belia dan Sukan Negeri Terengganu (JBSNT) menerima kunjungan hormat daripada Kelab Olahraga Alam Sinergi (Terengganu Marathon) bagi membincangkan kerjasama serta perkembangan penganjuran Terengganu Marathon. Kunjungan ini turut melibatkan sesi post mortem Terengganu Marathon 2026 (TM26) yang bertujuan menilai semula pelaksanaan program, selain mendapatkan pandangan dan cadangan penambahbaikan daripada pihak JBSNT. Perbincangan turut memberi fokus kepada persiapan bagi penganjuran Terengganu Marathon 2027 (TM27) yang dijadualkan berlangsung pada 30 April dan 1 Mei 2027. Semoga jalinan kerjasama ini terus diperkukuh dalam usaha memartabatkan sukan larian serta menggalakkan penglibatan masyarakat dalam aktiviti sukan di negeri Terengganu. Melakar Sejarah, Menjulang Langkah! #TeamKBS #TeamJBSN #JBSNKomited #MalaysiaMADANI #RakanMuda #JBSNT #TM27 Taufiq Johari Mordi Bimol Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara KBSMalaysia Rakan Muda belia.my
MARANG | 8 Ogos 2026 Meriah dan penuh bertenaga! Jabatan Belia dan Sukan Negeri Terengganu (JBSNT) dengan kerjasama Kelab Sukan Kecergasan Warisan dan Persatuan Sukan Kecergasan Malaysia (MAFA) telah menganjurkan Pertandingan Aerobic Dance Peringkat Negeri Terengganu 2026 bertempat di Dewan Besar, Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Wakaf Tapai. Pertandingan ini melibatkan penyertaan pelajar sekolah berumur 9 hingga 17 tahun dari seluruh negeri Terengganu, yang tampil mempersembahkan bakat, kreativiti dan kemahiran masing-masing dalam suasana penuh semangat serta persaingan sihat. Majlis perasmian telah disempurnakan oleh Tuan Haji Zaini bin Abd Aziz, Pengarah IKBN Wakaf Tapai. Turut hadir, Encik Mohd Fais bin Haji Mohd Sendek, Penolong Pengarah Sukan, JBSNT. Aerobic Dance bukan sekadar menyeronokkan! Ia merupakan aktiviti kecergasan yang mampu memberi manfaat kepada kesihatan fizikal, mental dan emosi. Pergerakan aktif yang digabungkan dengan muzik dan kreativiti bukan sahaja meningkatkan kecergasan, malah membantu membina keyakinan diri, disiplin, semangat berpasukan dan emosi yang positif. Penganjuran ini juga selaras dengan agenda kerajaan dalam memperkukuh gaya hidup sihat dan produktif, khususnya dalam kalangan generasi muda. JBSNT akan terus komited memperkasakan program kecergasan dan aktiviti fizikal sebagai platform untuk mencungkil bakat, membina keyakinan serta melahirkan generasi muda yang aktif, sihat, cergas dan berdaya saing. Johan bagi pertandingan pada kali ini dimenangi oleh pasukan Scarlet High dari Sekolah Kebangsaan Sultan Ismail Kemaman, naib johan pasukan The Good Guys dari Sekolah Menengah Kebangsaan Chukai dan tempat ke-3 pasukan Tunderblaze dari Sekolah Kebangsaan Sultan Sulaiman 1, Kuala Terengganu. Syabas dan tahniah diucapakan kepada para peserta, jurulatih, guru pengiring dan ibu bapa yang terlibat menjayakan pertandingan pada kali ini. #TeamKBS #TeamJBSN #JBSNKomited #MalaysiaMADANI #RakanMuda #JBSNT #AerobicDance2026 Taufiq Johari Mordi Bimol Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara KBSMalaysia Rakan Muda belia.my
BELIA TERENGGANU BERUMUR 15–16 TAHUN, INI PELUANG ANDA! Sertai Kem Rakan Muda Peringkat Negeri Terengganu 2026 dan rasai pengalaman yang penuh cabaran, keseronokan serta pembelajaran bersama belia dari seluruh negeri. 29 Ogos – 1 September 2026 Kem Damai Beach Resort, Besut Terhad kepada 40 peserta sahaja Disediakan: Sijil Penyertaan Perlindungan Insurans Daftar sekarang dengan mengimbas Kod QR pada poster. https://docs.google.com/.../1BiD7Cpt.../viewform... Peserta yang berjaya sahaja akan dihubungi. Pertanyaan: Puan Nurqalina – 011-25670710 Jangan tunggu sehingga kuota penuh. Mohon sekarang! #KemRakanMuda2026 #RakanMuda #JBSNT #BeliaTerengganu #MalaysiaMADANI
KUNJUNGAN HORMAT PENGARAH JABATAN BELIA DAN SUKAN NEGERI TERENGGANU KE JABATAN PENGANGKUTAN JALAN (JPJ) NEGERI TERENGGANU KUALA TERENGGANU | Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Terengganu, Tuan Haji Asmadi bin Mohamad, telah mengadakan kunjungan hormat ke Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Negeri Terengganu dan disambut oleh Pengarah JPJ Negeri Terengganu, Tuan Mohd Zamri bin Samion. Kunjungan ini diadakan sebagai usaha memperkukuh hubungan strategik serta mengeratkan jalinan kerjasama antara kedua-dua jabatan. Pertemuan tersebut turut menjadi platform untuk bertukar pandangan dan membincangkan potensi kolaborasi dalam pelaksanaan program serta inisiatif yang memberi manfaat kepada pembangunan belia, sukan dan kesejahteraan masyarakat di negeri Terengganu. Semoga hubungan baik yang terjalin ini terus diperkukuhkan demi menjayakan agenda pembangunan belia dan sukan serta memperkasakan penyampaian perkhidmatan kepada rakyat. #TeamKBS #TeamJBSN #JBSNKomited #MalaysiaMADANI #RakanMuda #JBSNT Taufiq Johari Mordi Bimol Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara KBSMalaysia Rakan Muda belia.my
MAJLIS PENYERAHAN BENDERA KONTINJEN TERENGGANU SEMPENA SUKMA XXII SELANGOR 2026 KUALA TERENGGANU, 6 Ogos – Setiausaha Kerajaan Terengganu, YB Dato’ Haji Mohd Azmi Mohamad Daham, mewakili YAB Menteri Besar Terengganu, telah menyempurnakan Majlis Penyerahan Bendera Kontinjen Terengganu sempena Temasya Sukan Malaysia (SUKMA) XXII Selangor 2026 yang berlangsung di Dewan Besar, Wisma Darul Iman, hari ini. Majlis berprestij itu menghimpunkan hampir 900 orang atlet, pegawai, wakil persatuan sukan serta wakil jabatan angkat sebagai simbolik pelepasan rasmi Kontinjen Terengganu ke temasya SUKMA XXII yang dijadual berlangsung di Selangor pada 15 hingga 24 Ogos 2026. Majlis penyerahan bendera tersebut menjadi lambang kepercayaan dan amanah yang dipikul oleh seluruh kontinjen untuk membawa cabaran Negeri Terengganu dengan penuh semangat kesukanan, disiplin dan komitmen tinggi, sekali gus berusaha mengharumkan nama negeri di pentas sukan terbesar negara. Dalam ucapannya, YB Dato’ Haji Mohd Azmi Mohamad Daham menzahirkan keyakinan terhadap kemampuan atlet Terengganu untuk memberikan saingan terbaik berdasarkan persiapan rapi yang telah dilaksanakan. Beliau turut menyeru seluruh kontinjen agar mengekalkan semangat berpasukan, menjunjung nilai integriti dan sentiasa mempamerkan disiplin yang tinggi sepanjang temasya berlangsung. Turut memainkan peranan penting dalam pengurusan kontinjen ialah YB Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan NGO Negerti Terengganu sebagai Ketua Kontinjen (CDM), diikuti Tuan Haji Asmadi bin Mohamad, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Terengganu, yang telah dilantik sebagai Timbalan Ketua Kontinjen (DCDM) bagi Kontinjen Terengganu ke PARA SUKMA XXII Selangor 2026. Pelantikan beliau mencerminkan keyakinan terhadap pengalaman dan kepimpinan dalam memastikan aspek penyelarasan, kebajikan serta pengurusan atlet dan pegawai berjalan lancar sepanjang temasya. Majlis turut menyaksikan kehadiran atlet, jurulatih, pegawai kontinjen, pemimpin persatuan sukan negeri serta pelbagai agensi yang bersama-sama memberikan sokongan dan semangat kepada barisan atlet yang bakal menggalas cabaran Terengganu. Suasana penuh patriotik dan bersemangat jelas terpancar sebagai manifestasi tekad seluruh kontinjen untuk mencapai kecemerlangan. Seluruh rakyat Terengganu turut diseru agar bersama-sama mendoakan kejayaan Kontinjen Terengganu agar dipermudahkan segala urusan, dikurniakan kecemerlangan dan berjaya mencapai sasaran yang ditetapkan, sekali gus mengharumkan nama negeri pada Temasya SUKMA XXII Selangor 2026. #TeamKBS #TeamJBSN #JBSNKomited #MalaysiaMADANI #RakanMuda #JBSNT Taufiq Johari Mordi Bimol Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara KBSMalaysia Rakan Muda belia.my
SESUATU YANG BESAR SEDANG MENANTI… KEM RAKAN MUDA 2026 Bersedia untuk keluar dari zon selesa. Lebih mencabar. Lebih berani. Lebih erat. Lebih luar biasa. Ini bukan sekadar kem… Ini adalah medan membina keberanian, kepimpinan, persahabatan dan semangat seorang Rakan Muda. Adakah anda bersedia menyahut cabaran? COMING SOON #KemRakanMuda2026 #RakanMuda #YakinBoleh
Pengarah Jabatan Belia dan Sukan (JBS) Negeri Terengganu, Tuan Haji Asmadi bin Mohamad, hari ini meluangkan masa menziarahi mantan Pegawai Belia dan Sukan Daerah Kuala Terengganu, Encik Mohmad bin Embong, di kediamannya di Banggol Katong. Encik Mohmad sebelum ini dilaporkan mengalami pendarahan di dalam kepala selepas terlibat dalam insiden terjatuh di rumah beliau pada Selasa lepas. Turut serta dalam kunjungan prihatin tersebut ialah Penolong Pengarah JBS Terengganu, Encik Mohd Fais bin Haji Mohd Sendek. Ziarah ini bertujuan untuk bertanya khabar, memberi sokongan moral kepada Encik Mohmad serta ahli keluarga, selain menyampaikan sumbangan dan doa agar beliau kembali sembuh seperti sediakala.Seluruh warga JBS Negeri Terengganu turut mendoakan agar urusan rawatan dan proses pemulihan beliau dipermudahkan. #TeamKBS #TeamJBSN #JBSNKomited #MalaysiaMADANI #RakanMuda #JBSNT
AYUH SERTAI CABARAN YOUNG HEROES @ RAKAN MAHIR 2026! Anda berbakat dalam bidang kreatif? Inilah masanya untuk menyerlah! Jabatan Belia dan Sukan Negeri Terengganu menjemput semua belia negeri Terengganu menyertai Program Young Heroes @ Rakan Mahir Peringkat Negeri Terengganu 2026, sebuah platform pembangunan bakat kreatif yang memberi peluang kepada belia mengasah kemahiran, membina jaringan industri dan menghasilkan idea berimpak tinggi. Apa yang menarik? Bengkel bersama tenaga pakar industri Latihan kemahiran kreatif Cabaran pembangunan idea Sesi pitching Showcase hasil projek Peluang networking bersama pemain industri 8 Bidang Tumpuan Kreatif Penghasilan Kandungan Digital Reka Bentuk Kreatif Seni Persembahan Muzik & Audio Animasi, Media Interaktif & Permainan Digital Fesyen Kreatif & Seni Visual Ekonomi Gig Segmen Ekonomi Jingga Syarat Penyertaan Belia berumur 18 hingga 30 tahun Penyertaan secara berkumpulan 3–5 orang Tarikh: 20 – 24 Ogos 2026 Peringkat Negeri Terengganu Jangan lepaskan peluang untuk mengubah kreativiti anda menjadi potensi kerjaya dan sumber pendapatan! Imbas kod QR pada poster untuk maklumat lanjut dan pendaftaran. #YoungHeroes2026 #RakanMahir #JBSNTerengganu #BeliaTerengganu #EkonomiKreatif #EkonomiJingga #MalaysiaMADANI #KBS #BeliaBerkemahiran