GEMPUR PENTAS! DIKIR BARAT TERENGGANU 2026! Irama tradisi, semangat generasi! Ayuh sertai dan saksikan kehebatan Dikir Barat Peringkat Negeri Terengganu sempena Fiesta Rakan Muda 2026 Rakan Muzik: Dikir Barat X Fiesta Rakan Muda 2026 18 April 2026 (Sabtu) Kompleks Sukan Air Negeri Terengganu, Pulau Duyong Saksikan persembahan penuh bertenaga, kreativiti tanpa batas dan saingan sengit antara kumpulan terbaik! Maklumat lanjut: Pn. Nurmazira – 018-9000866 En. Fitry – 010-2023411 Jangan lepaskan peluang! Datang ramai-ramai dan meriahkan suasana! #TeamKBS #TeamJBSN #JBSNKomited #MalaysiaMADANI #RakanMuda #JBSNT #FiestaRakanMuda
Projek Planet Rakan Muda Nantikan! #TeamKBS #TeamJBSN #JBSNKomited #MalaysiaMADANI Taufiq Johari Mordi Bimol Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara KBSMalaysia Rakan Muda belia.my
Jawab, Tag & Menang! Agrobelia Lestari @ Rakan Mahir Jawab soalan kuiz dengan 4 langkah mudah berikut Ikuti halaman KBSMalaysia, JBSNegara, belia.my, dan Rakan Muda di Facebook & Instagram Tuliskan jawapan di ruangan komen poster promosi Agrobelia Lestari @ Rakan Mahir 2026 Tag 3 rakan bersama jawapan anda Kongsikan post ini secara ‘public’ di ‘wall’ FB atau IG ‘story’ anda Tips: Semakin banyak anda menghantar jawapan, semakin cerah peluang anda untuk menang! Hadiah menarik menanti anda!!! Pemenang bertuah akan dipilih berdasarkan jawapan yang betul serta telah memenuhi 4 syarat di atas dan pemilihan pemenang adalah muktamad Mudah sahaja, kan? Sertai sekarang kerana tarikh tutup penyertaan adalah pada 15 April jam 11:59 malam. #TeamKBS #TeamJBSN #JBSNKomited #RakanMuda #RakanMahir
SENI WARISAN, SEMANGAT PERJUANGAN! Ayuh para pesilat, inilah masanya untuk tampil dan buktikan kehebatan anda di gelanggang! Rakan Aktif: Pertandingan Silat X Fiesta Rakan Muda 2026 17 – 18 April 2026 (Jumaat & Sabtu) Kompleks Sukan Air Negeri Terengganu, Pulau Duyong Sertai himpunan pesilat dari seluruh negeri dan rebut peluang untuk mengukir nama sebagai juara! Sebarang pertanyaan: En. Fahmi – 013-3254777 Jangan tunggu, daftar sekarang dan gegarkan gelanggang! #TeamKBS #TeamJBSN #JBSNKomited #MalaysiaMADANI #RakanMuda #JBSNT #FiestaRakanMuda
RUN • EXPLORE • CHILL KUALA NERUS, 7 April 2026 – Terengganu bakal menjadi tumpuan peminat larian menerusi penganjuran Terengganu Marathon 2026 (TM26) yang akan berlangsung pada 1 dan 2 Mei 2026 di Kompleks Sukan Negeri Terengganu, Kuala Nerus. Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Terengganu, Tuan Haji Asmadi Mohamad menerima kunjung hormat daripada Kelab Olahraga Alam Sinergi yang diketuai Presidennya, En. Nurul Alimin Othman bagi membincangkan pelaksanaan program tersebut yang mencatatkan penyertaan seramai 33,499 peserta. TM26 merupakan kerjasama antara Kelab Olahraga Alam Sinergi dan Kerajaan Negeri Terengganu dengan sokongan Kementerian Belia dan Sukan Malaysia. Menariknya, penganjuran TM26 turut menawarkan jumlah hadiah keseluruhan yang kompetitif dan antara yang tertinggi dalam penganjuran marathon di Malaysia, sekali gus dijangka menarik penyertaan pelari elit tempatan dan antarabangsa. Program ini bukan sahaja menggalakkan amalan gaya hidup sihat dalam kalangan masyarakat, malah berperanan sebagai platform pelancongan sukan yang mampu merancakkan ekonomi negeri melalui kehadiran peserta dan pelancong dari dalam serta luar negara. Semoga penganjuran Terengganu Marathon 2026 berjaya dilaksanakan dengan cemerlang dan selamat datang ke Negeri Terengganu. #TeamKBS #TeamJBSN #JBSNKomited #MalaysiaMADANI #RakanMuda #JBSNT Taufiq Johari Mordi Bimol Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara KBSMalaysia Rakan Muda belia.my
DARI CONTENGAN, JADI JUARA! Ada bakat melukis? Inilah peluang korang tunjuk skill Pertandingan Doodle Art X Fiesta Rakan Muda @ Terengganu 2026 dah buka penyertaan! Tema: Gaya Hidup Rakan Muda 18 April 2026 (Sabtu) Kompleks Sukan Air Negeri Terengganu, Pulau Duyong Kategori: 13 – 17 tahun 18 – 30 tahun Jumlah hadiah keseluruhan RM2,400! Johan RM500 x2 Naib Johan RM400 x2 Tempat Ketiga RM300 x2 Scan QR code & daftar sekarang! Jangan tunggu last minute — terhad kepada 50 orang peserta terawal sahaja! #TeamKBS #TeamJBSN #JBSNKomited #MalaysiaMADANI #RakanMuda #JBSNT #FiestaRakanMuda
Sesi Taklimat Dana Bantuan JBSN Ada yang masih tak tahu berkaitan dana bantuan yang Jabatan Belia dan Sukan Negara (JBSN) sediakan? Atau ada yang masih keliru dengan proses permohonan? Jom dengarkan taklimat semua bantuan yang kami tawarkan khas buat pembangunan belia dan sukan. Butiran taklimat adalah seperti berikut: : 9 April 2026 (Khamis) : Dalam Talian (Google Meet) : Sila rujuk poster Imbas kod QR atau klik link https://forms.gle/dbmeu1oeuDNu8UTo9 untuk pendaftaran serta mendapatkan pautan taklimat. Pemerkasaan belia dan sukan, JBSN komited! #TeamKBS #TeamJBSN #JBSNKomited #MalaysiaMADANI Taufiq Johari Mordi Bimol Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara KBSMalaysia Rakan Muda belia.my
KUALA NERUS, 4 April 2026 – Institut Pendidikan Guru Kampus Dato’ Razali Ismail (IPGK DRI) menjadi venue penganjuran Kejohanan Orienteering Peringkat Negeri Terengganu 2026 yang berjaya menghimpunkan seramai 150 orang peserta dari seluruh negara. Kejohanan yang dianjurkan oleh Persatuan Sukan Orienteering Negeri Terengganu ini berlangsung dengan penuh saingan apabila para peserta menguji kemahiran navigasi, kecekapan membaca peta dan kompas serta ketahanan fizikal sepanjang perlumbaan yang dilaksanakan di kawasan kampus dan kampung sekitar. Majlis penyampaian hadiah kepada para pemenang telah disempurnakan oleh Pengarah Belia dan Sukan Negeri Terengganu, Tuan Haji Asmadi bin Mohamad, yang turut merakamkan penghargaan kepada pihak penganjur serta semua peserta yang mengambil bahagian dalam menjayakan kejohanan tersebut. Menurut Presiden Persatuan Sukan Orienteering Negeri Terengganu, Tuan Haji Syed Mohd Yasni bin Syed Yasin, kejohanan ini dianjurkan mengikut spesifikasi yang ditetapkan oleh International Orienteering Federation (IOF) bagi memastikan pertandingan dilaksanakan mengikut standard antarabangsa. Beliau turut menjelaskan bahawa sukan orienteering merupakan salah satu daripada 103 jenis sukan yang diiktiraf oleh Kementerian Belia dan Sukan Malaysia, dan penganjuran kejohanan seperti ini penting dalam memperkasa pembangunan sukan tersebut serta memperluaskan penyertaan di peringkat negeri dan negara. Tambah beliau lagi, kejohanan kali ini turut menggunakan sistem pemasaan elektronik berteknologi tinggi daripada Huichang yang mampu merekod masa peserta dengan lebih tepat dan sistematik, selaras dengan penggunaan teknologi moden dalam penganjuran sukan masa kini. Berikut merupakan senarai juara bagi setiap kategori yang dipertandingkan: • Juara IPT Lelaki: Sulaiman Hamidi bin Zukaria dengan catatan masa 28 minit 23.4 saat. • Juara IPT Wanita: Nur Khairol Nisya’ binti Bejo dengan catatan masa 45 minit 34.5 saat. • Juara Terbuka Lelaki: Azam bin Mohd Shidid dengan catatan masa 26 minit 27.9 saat. • Juara Terbuka Wanita: Siti Aisha binti Mohd Radzi dengan catatan masa 38 minit 12.0 saat. Kejohanan ini bukan sahaja menjadi medan persaingan sihat dalam kalangan peserta, malah turut menyumbang kepada usaha memperkukuhkan pembangunan sukan orienteering di Terengganu serta meningkatkan kesedaran masyarakat terhadap sukan berasaskan kemahiran navigasi ini. #dskkbs2026 #rakanmuda #rakanaktif #kbs #jbsn #psot #orienteeringterengganu
Alhamdulillah, telah berlangsung Lawatan Kerja Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara, Puan Azura Abidin ke Negeri Terengganu bagi memperkukuh pelaksanaan program pembangunan belia. Sepanjang lawatan, beliau telah mempengerusikan Mesyuarat Peluncuran Program Rakan Bumi: Projek Planet Rakan Muda Peringkat Kebangsaan 2026 dan Fiesta Rakan Muda Peringkat Negeri Terengganu 2026 serta mengadakan tinjauan ke Kompleks Sukan Air Terengganu dan Taman Laut Pulau Redang. Turut hadir Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Terengganu, Tuan Haji Asmadi bin Mohamad bersama pegawai Bahagian Pembangunan Rakan Muda, Jabatan Belia dan Sukan Negara. Orang ramai dijemput memeriahkan Program Rakan Bumi: Projek Planet Rakan Muda Peringkat Kebangsaan 2026 di Pulau Redang pada 18 April 2025 serta Fiesta Rakan Muda Peringkat Negeri Terengganu pada 17 hingga 18 April 2026 di Kompleks Sukan Air Terengganu. #TeamKBS #TeamJBSN #JBSNKomited #MalaysiaMADANI #RakanMuda #JBSNT Taufiq Johari Mordi Bimol Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara KBSMalaysia Rakan Muda belia.mySee