- JBS Terengganu
- Hits: 25
MESYUARAT JAWATANKUASA INDUK HARI SUKAN NEGARA (HSN) PERINGKAT NEGERI TERENGGANU 2026
- JBS Terengganu
- Hits: 25
MESYUARAT JAWATANKUASA INDUK HARI SUKAN NEGARA (HSN) PERINGKAT NEGERI TERENGGANU 2026
2 September 2026 (Rabu)
Bilik Mesyuarat J/K III, Aras 5, Wisma Darul Iman
Telah berlangsung Mesyuarat Jawatankuasa Induk Hari Sukan Negara (HSN) Peringkat Negeri Terengganu 2026 yang dipengerusikan oleh YBhg. Dato’ Haji Abdul Kahar bin Abdul Latif, Pengarah Pembangunan Negeri Terengganu.
Turut hadir YBrs. Tuan Haji Asmadi bin Mohamad, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Terengganu (JBSNT).
Mesyuarat membincangkan penyelarasan persiapan dan perancangan pelaksanaan HSN 2026, termasuk penglibatan agensi dan rakan strategik, logistik, promosi serta pengisian aktiviti sukan dan rekreasi.
Kerjasama erat semua pihak amat penting bagi memastikan sambutan HSN 2026 berlangsung lancar dan memberi impak positif kepada masyarakat, sekali gus memperkukuh agenda Malaysia Aktif serta membudayakan gaya hidup aktif dan sihat dalam kalangan rakyat Terengganu.
Ayuh bersama-sama meriahkan Hari Sukan Negara 2026!
#TeamKBS #TeamJBSN #JBSNKomited #MalaysiaMADANI #RakanMuda #JBSNT #HariSukanNegara #HSN2026
Taufiq Johari
Mordi Bimol
Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara
KBSMalaysia
Rakan Muda
belia.my
Disediakan oleh : Unit Pengurusan Portal JBSNT
