- JBS Terengganu
- Hits: 25
PENUH IMPAK & MEMORI INDAH!
- JBS Terengganu
- Hits: 25
PENUH IMPAK & MEMORI INDAH!
KEM RAKAN MUDA PERINGKAT NEGERI TERENGGANU 2026 LABUHKAN TIRAI DENGAN JAYANYA!
Selama 4 hari 3 malam berkampung di Kem Damai Beach Resort, Besut, Program Kem Rakan Muda Peringkat Negeri Terengganu Tahun 2026 akhirnya selesai disempurnakan dengan penuh warna-warni!
Penganjuran kali ini nyata menterjemahkan kejayaan luar biasa apabila berjaya mencapai matlamat pembentukan jati diri dan kepimpinan belia secara menyeluruh!
Majlis Perasmian Penutup telah disempurnakan oleh Yang Berbahagia Tuan Haji Asmadi bin Mohamad, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Terengganu.
Turut hadir memberikan sokongan padu sepanjang majlis:
Encik Yusof bin Mat Nor, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Besut
Encik Mohd Hafizuddin Amlin merangkap Ketua Jurulatih Kem Rakan Muda Peringkat Negeri Terengganu 2026
Rata-rata peserta menzahirkan rasa amat teruja, gembira dan memberikan maklum balas yang sangat positif!
Pelbagai modul serta aktiviti menarik bukan sahaja menguji ketahanan mental dan fizikal, malah berjaya merapatkan ukhuwah serta menyemaikan semangat keterujaan yang sukar dilupakan!kenangan manis selamanya!
Setinggi-tinggi penghargaan buat semua urus setia , jurulatih , dan para peserta yang telah menjayakan program ini. Semoga semangat Rakan Muda terus menyala membara dalam diri belia!
#TeamKBS #TeamJBSN #JBSNKomited #MalaysiaMADANI #RakanMuda #JBSNT #KemRakanMuda
Taufiq Johari
Mordi Bimol
Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara
KBSMalaysia
Rakan Muda
belia.my
Disediakan oleh : Unit Pengurusan Portal JBSNT
