KEMAMAN, 12 September 2026 – Gegaran enjin, aksi bertenaga dan semangat kesukanan mewarnai penganjuran Motocross Track Day Madani Peringkat Negeri Terengganu 2026 yang berlangsung selama dua hari, bermula 11 hingga 12 September 2026, bertempat di Track Motocross Teluk Mak Nik, Kemaman, Terengganu.
Program ini telah dirasmikan oleh Encik Mohd Fais bin Haji Mohd Sendek, Penolong Pengarah (Sukan), Jabatan Belia dan Sukan Negeri Terengganu.
Turut hadir Encik Aziz bin Arifin, Presiden Kelab Motosikal Lasak Chukai serta Cik Nur Zulaikha binti Roszelni, Pegawai Pembangunan Sukan Rekreasi, Jabatan Belia dan Sukan Negeri Terengganu.
Seramai 86 orang peserta telah mengambil bahagian dalam pelbagai kategori Time Attack dan MX, sekali gus memeriahkan serta menyemarakkan lagi pembangunan sukan permotoran, khususnya motocross, di negeri Terengganu.
Penganjuran program ini bukan sahaja menjadi platform kepada para peserta menguji kemahiran dan keupayaan di litar, malah turut membuka ruang kepada peminat sukan permotoran untuk berkumpul, berinteraksi dan memupuk semangat kesukanan dalam suasana yang selamat dan terkawal.
Syabas dan tahniah diucapkan kepada semua peserta atas semangat juang, keberanian dan kesungguhan yang ditampilkan sepanjang program berlangsung.
Setinggi-tinggi penghargaan turut dirakamkan kepada Kelab Motosikal Lasak Chukai, urus setia, petugas keselamatan, pihak pengurusan litar, sukarelawan serta semua pihak yang telah memberikan kerjasama dan sokongan bagi memastikan Motocross Track Day Madani 2026 berjalan dengan lancar dan berjaya.
Teruskan menggegarkan litar dengan semangat kesukanan!
#TeamKBS #TeamJBSN #JBSNKomited #MalaysiaMADANI
#RakanMuda #JBSNT #HSN2026 #MalaysiaAktif
Taufiq Johari
Mordi Bimol
Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara
KBSMalaysia
Rakan Muda
belia.my
Disediakan oleh: Unit Pengurusan Portal JBSNT
- JBS Terengganu
- Hits: 15
