KONTINJEN TERENGGANU RAIH ENAM PINGAT PADA 9 SEPTEMBER

SELANGOR, 9 September 2026 — Kontinjen Terengganu terus memperlihatkan prestasi membanggakan pada temasya Para SUKMA XXII Selangor 2026 apabila berjaya menambah enam pingat pada hari ini, terdiri daripada satu emas, dua perak dan tiga gangsa.
Pingat emas disumbangkan oleh Solehah Mazdaliefah binti Mustafa menerusi acara F13 Lempar Cakera.
Dua pingat perak pula diraih oleh Nur Zaliza binti Yasin dalam acara T36 100m dan Ahmad Solihim bin Mohd Nor menerusi acara T46 1100m.
Sementara itu, tiga pingat gangsa masing-masing disumbangkan oleh Muhammad Fathul Naqib bin Fakrul (T47 100m), Fatin Nur Liyana binti Mohd Fahimie (F44 Lembing) serta gandingan Harith Azfar dan Dayang dalam acara Para Tenpin Boling TPB4 (Open Double).
Daripada keseluruhan kutipan hari ini, sukan olahraga menyumbang satu emas, dua perak dan dua gangsa, manakala Para Tenpin Boling menyumbang satu gangsa.
Tahniah diucapkan kepada seluruh atlet, jurulatih dan pegawai Kontinjen Terengganu atas pencapaian yang terus mengharumkan nama negeri di pentas Para SUKMA XXII. Teruskan perjuangan, teruskan mencipta kejayaan!   
#TeamKBS #TeamJBSN #JBSNKomited #MalaysiaMADANI #RakanMuda #JBSNT #KontinjenTerengganu #ParaSUKMA22
Taufiq Johari
Mordi Bimol
Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara
KBSMalaysia
Rakan Muda
belia.my

Disediakan oleh : Unit Pengurusan Portal JBSNT

Image
Jalan Pasir Panjang
21100 Kuala Terengganu,
Terengganu
Tel : 09-6222344/45 dan 09-6223693
Fax : 09-6236596

Web : http://www.jbsn.gov.my/jbs-terengganu

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 23-10-2026, 16:30:28

Copyright © 2026 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search