- JBS Terengganu
- Hits: 45
UJIAN KECERGASAN JASMANI KEBANGSAAN (UKJK) BAGI PENGAMBILAN PEMBANTU BELIA DAN SUKAN GRED S1
- JBS Terengganu
- Hits: 45
UJIAN KECERGASAN JASMANI KEBANGSAAN (UKJK) BAGI PENGAMBILAN PEMBANTU BELIA DAN SUKAN GRED S1
KUALA TERENGGANU, 10 September 2026 – Jabatan Belia dan Sukan Negeri Terengganu telah melaksanakan Ujian Kecergasan Jasmani Kebangsaan (UKJK) bagi urusan pengambilan Pembantu Belia dan Sukan Gred S1, Kementerian Belia dan Sukan bertempat di Kompleks Belia dan Sukan Negeri Terengganu.
Pelaksanaan UAKK & UKJK bagi pengambilan Pembantu Belia dan Sukan Gred S1 bagi Semenanjung dijadualkan pada 7 hingga 10 September 2026.
Pelaksanaan UAKK & UKJK bertujuan menilai tahap kecergasan fizikal calon merangkumi aspek komposisi tubuh, kekuatan otot, kelenturan, daya tahan otot serta kecergasan kardiovaskular.
Kesemua ujian dilaksanakan secara teratur, sistematik dan mengikut prosedur yang ditetapkan bagi memastikan penilaian terhadap setiap calon dapat dijalankan secara telus, adil dan profesional.
Komitmen serta kerjasama yang diberikan oleh para calon dan barisan penguji turut membantu memastikan keseluruhan pelaksanaan UAKK & UKJK berjalan dengan lancar.
Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua calon atas kesungguhan yang ditunjukkan.
Semoga proses penilaian ini dapat membantu memilih calon yang berkualiti, cergas, berdisiplin dan berpotensi untuk menyumbang dalam pembangunan belia dan sukan negara.
#TeamKBS #TeamJBSN #JBSNKomited #MalaysiaMADANI #RakanMuda #JBSNT
Taufiq Johari
Mordi Bimol
Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara
KBSMalaysia
Rakan Muda
belia.my
Disediakan oleh : Unit Pengurusan Portal JBSNT
