- JBS Terengganu
- Hits: 34
MENTERI BELIA DAN SUKAN TURUN PADANG, SANTUNI ATLET PARA BOCCIA
- JBS Terengganu
- Hits: 34
SELANGOR, 8 SEPTEMBER 2026 — YB Dr. Mohammad Taufiq bin Johari, Menteri Belia dan Sukan, hari ini turun padang meninjau persaingan Para Boccia sempena Temasya Para SUKMA XXII Selangor 2026, sekali gus menyaksikan sendiri semangat juang dan kesungguhan atlet para yang membawa cabaran negeri masing-masing.
Kunjungan tersebut turut mencerminkan komitmen berterusan Kementerian Belia dan Sukan dalam memberikan sokongan serta suntikan motivasi kepada atlet para yang sedang berjuang mengharumkan nama negeri dan negara.
Turut hadir, YB Tuan Mohd Najwan bin Halimi, Pengerusi Jawatankuasa Tetap Belia, Sukan dan Keusahawanan Selangor; En. Jefri bin Ngadirin, Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN); Pengarah JBS Selangor serta Tuan Haji Asmadi bin Mohamad, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Terengganu (JBSNT).
Kehadiran barisan kepimpinan ini turut memberi semangat kepada para atlet dan pegawai pasukan, khususnya dalam memastikan perjuangan di temasya Para SUKMA XXII terus berlangsung dengan penuh iltizam, disiplin dan semangat kesukanan.
#TeamKBS #TeamJBSN #JBSNKomited #MalaysiaMADANI #RakanMuda #JBSNT #ParaSUKMA2026 #KontinjenTerengganu
Taufiq Johari
Mordi Bimol
Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara
KBSMalaysia
Rakan Muda
belia.my
Disediakan oleh : Unit Pengurusan Portal JBSNT
