WE LEARN, WE CREATE, WE LEVEL UP Throwback moment Program Y-Hub Rakan Mahir: Kemahiran Asas Barista x Biskut Negeri Terengganu Tahun 2026 Satu langkah kecil untuk tambah skill, satu langkah besar untuk masa depan. Belia aktif. Belia mahir. Belia berdaya saing. #TeamKBS #TeamJBSN #JBSNKomited #MalaysiaMADANI #RakanMuda #JBSNT #YHubTerengganu #BeliaMahir Taufiq Johari Mordi Bimol Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara KBSMalaysia Rakan Muda belia.my
KUNJUNG HORMAT JBSNT KEPADA YB SETIAUSAHA KERAJAAN TERENGGANU PERKUKUH KERJASAMA PEMBANGUNAN BELIA DAN SUKAN TERENGGANU – Jabatan Belia dan Sukan Negeri Terengganu (JBSNT) telah mengadakan kunjung hormat kepada YB Dato’ Haji Mohd Azmi bin Mohamad Daham, Setiausaha Kerajaan Terengganu, bagi memperkukuh hubungan dan kerjasama dengan Kerajaan Negeri dalam pembangunan belia dan sukan. Delegasi JBSNT diketuai oleh Tuan Haji Asmadi bin Mohamad, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Terengganu, bersama-sama Puan Nurul Afifa Sofina binti Azmi, Timbalan Pengarah (Belia), dan Encik Mohd Fais bin Haji Mohd Sendek, Penolong Pengarah (Sukan). Pertemuan tersebut membuka ruang untuk bertukar pandangan serta mendapatkan panduan mengenai hala tuju pembangunan belia dan sukan di negeri ini. Kunjung hormat ini turut bertujuan memperkukuh kerjasama dalam menjayakan inisiatif dan program yang memberi manfaat kepada golongan belia serta komuniti di Terengganu. JBSNT komited untuk terus memperkasakan pembangunan belia dan memajukan sukan melalui kerjasama erat dengan Kerajaan Negeri serta semua pihak berkepentingan, selaras dengan aspirasi pembangunan Negeri Terengganu. #TeamKBS #TeamJBSN #JBSNKomited #MalaysiaMADANI #RakanMuda #JBSNT Taufiq Johari Mordi Bimol Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara KBSMalaysia Rakan Muda belia.my
PROGRAM RAKAN LITAR: PERLUMBAAN PUSHBIKE SEMPENA HARI SUKAN NEGARA PERINGKAT NEGERI TERENGGANU 2026 Panggilan buat ibu bapa dan si cilik di seluruh Terengganu! Jom beri peluang kepada anak-anak anda yang berumur 3 hingga 7 tahun untuk mencuba pengalaman perlumbaan Pushbike, mengasah bakat serta membina keyakinan diri dalam suasana yang menyeronokkan! TEMPAT Parking D, Mesra Mall, Kemaman, Terengganu KATEGORI UMUR 3 – 7 Tahun YURAN PENDAFTARAN RM10 sahaja TENTATIF PROGRAM Khamis, 8 Oktober 2026 Test Track 3.00 petang – 6.00 petang Jumaat, 9 Oktober 2026 Klinik Pushbike & Mini Race 10.00 pagi – 6.00 petang MAKLUMAT LANJUT & PENDAFTARAN Hubungi: 019-315 6565 (En. Andy) Pendaftaran: https://forms.gle/TQK2KSaKwCZax43Y8 Jom meriahkan Program Rakan Litar dan beri peluang kepada juara cilik anda untuk mencuba, belajar dan beraksi! #TeamKBS #TeamJBSN #JBSNKomited #MalaysiaMADANI #RakanMuda #JBSNT #MalaysiaAktif #HSN2026 #HSNTerengganu2026
6 HARI LAGI! Ayuh warga Terengganu, kita meriahkan Hari Sukan Negara (HSN) Peringkat Negeri Terengganu 2026! 10 Oktober 2026 Mesra Mall Kemasik, Kemaman, Terengganu Pelbagai aktiviti dan program menarik menanti anda! Jom bersama-sama hidupkan semangat Malaysia Aktif dan jadikan HSN 2026 lebih meriah! 6 hari lagi… dah ready nak aktif? #TeamKBS #TeamJBSN #JBSNKomited #MalaysiaMADANI #RakanMuda #JBSNT #MalaysiaAktif #HSN2026 #HSNTerengganu2026
PROGRAM Y-HUB RAKAN MAHIR: KEMAHIRAN ASAS BARISTA X BISKUT NEGERI TERENGGANU TAHUN 2026 KUALA TERENGGANU, 3 OKTOBER 2026 – Program Y-Hub Rakan Mahir: Kemahiran Asas Barista x Biskut Negeri Terengganu Tahun 2026 telah berlangsung di Kompleks Belia dan Sukan Negeri Terengganu. Program anjuran Gerakan Belia 4B Malaysia Negeri Terengganu dengan kerjasama Jabatan Belia dan Sukan Negeri Terengganu (JBSNT) ini memberi peluang kepada belia mempelajari asas penyediaan kopi dan pembuatan biskut secara teori dan praktikal. Turut hadir, Tuan Haji Asmadi bin Mohamad, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Terengganu dan Saudara Shohaimil Haffiz bin Salleh, Pengerusi Gerakan Belia 4B Malaysia Negeri Terengganu yang meluangkan masa menyantuni para peserta seramai 156 orang serta melihat sendiri pengisian kemahiran yang dijalankan. Program ini bukan sahaja menambah kemahiran baharu, malah membuka peluang kepada belia untuk meneroka potensi keusahawanan dalam bidang makanan dan minuman. #TeamKBS #TeamJBSN #JBSNKomited #MalaysiaMADANI #RakanMuda #JBSNT Taufiq Johari Mordi Bimol Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara KBSMalaysia Rakan Muda belia.my
HEBAHAN PENYERTAAN KARNIVAL SUKAN INSPIRE OKU AKTIF PERINGKAT NEGERI TERENGGANU 2026 Jom sertai TENPIN BOLING, FUTSAL dan SPORT STACKING sempena Karnival Sukan Inspire OKU Aktif Peringkat Negeri Terengganu Tahun 2026! Tarikh: 8 - 10 Oktober 2026 (Sabtu) Masa: 9.00 pagi Tempat: Mesra Mall, Kemaman TENPIN BOLING Kategori Lelaki Kategori Perempuan Hadiah: Johan – RM150 Naib Johan – RM100 Ketiga Bersama – RM75 FUTSAL Kategori Lelaki Hadiah: Johan – RM150 Naib Johan – RM100 Ketiga Bersama – RM75 SPORT STACKING Kategori Lelaki Kategori Perempuan Hadiah: Johan – RM150 Naib Johan – RM100 Ketiga Bersama – RM75 PENYERTAAN ADALAH PERCUMA! Penyertaan akan ditutup setelah kuota dipenuhi. Untuk pendaftaran dan pertanyaan: Pn. Nurul – 011-2720 2441 Jangan lepaskan peluang untuk bersama-sama memeriahkan Karnival Sukan Inspire OKU Aktif 2026! #TeamKBS #TeamJBSN #JBSNKomited #MalaysiaMADANI #RakanMuda #JBSNT #MalaysiaAktif #HSN2026 #HSNTerengganu2026
Alhamdulillah, selesai sudah Program Intervensi Belia Tidak Berpersatuan - Aspirasi Belia Madani pada 19 September 2026 di perkarangan parkir Masjid Tok Ku Tuan Besar. Program disertai oleh pelbagai agensi kerajaan & juga swasta. Program disertai hampir seramai 150 orang peserta. Ribuan terima kasih diucapkan kepada semua yang terlibat dalam menjayakan program ini. Juga, ribuan terima kasih diucapkan kepada Jabatan Belia dan Sukan Negeri Terengganu kerana telah meluluskan program ini. Semoga program seperti ini dapat diteruskan lagi di masa akan datang. #JBSNT #jabatanpenjaramalaysia #BombaTerengganu #AADKTERENGGANU #YPU #ABM
BIDAS, SASAR, LEPASKAN! Ayuh serlahkan ketangkasan, fokus dan semangat juang dalam Pertandingan Bidas Terbuka Negeri Terengganu sempena Hari Sukan Negara 2026! 10 Oktober 2026 Parking C (berumput), Mesra Mall, Kemasik, Kemaman Yuran penyertaan hanya RM10 Hadiah kejohanan menanti! Johan: RM300 + Sijil + Medal Naib Johan: RM150 + Sijil + Medal Tempat Ketiga: RM100 + Sijil + Medal Tempat Ke-4: RM50 + Sijil + Medal Tempat Ke-5 hingga Ke-15: RM20 + Sijil Bukan sekadar membidik sasaran, tetapi menguji fokus, ketepatan dan keberanian! Satu sasaran. Satu bidasan. Satu peluang untuk bergelar juara! #TeamKBS #TeamJBSN #JBSNKomited #MalaysiaMADANI #RakanMuda #JBSNT #MalaysiaAktif #HSN2026 #HSNTerengganu2026
AYUH, GEGARKAN U-BOWL! STRIKE SEMANGAT, CIPTA KENANGAN! Jom sertai Pertandingan Tenpin Boling Hari Sukan Negara Peringkat Negeri Terengganu 2026 dan rasai sendiri debaran setiap balingan, kemeriahan setiap strike serta semangat kesukanan yang tiada tandingan! 9 Oktober 2026 (Jumaat) U-Bowl, Mesra Mall, Kemaman Yuran penyertaan: RM20 sahaja Kategori Bawah 12 Tahun dan Bawah 17 Tahun — peluang untuk tampil beraksi, mengasah bakat dan memburu gelaran juara! Bukan sekadar jatuhkan pin… tetapi jatuhkan segala keraguan! Satu balingan. Satu sasaran. Satu semangat untuk menang! Daftar sekarang sebelum terlambat! Penyertaan terhad !!! STRIKE SEMANGAT. CIPTA PRESTASI. GEGARKAN HARI SUKAN NEGARA! #TeamKBS #TeamJBSN #JBSNKomited #MalaysiaMADANI #RakanMuda #JBSNT #MalaysiaAktif #HSN2026 #HSNTerengganu2026