KUNJUNG HORMAT JBSNT KEPADA YB SETIAUSAHA KERAJAAN TERENGGANU PERKUKUH KERJASAMA PEMBANGUNAN BELIA DAN SUKAN

KUNJUNG HORMAT JBSNT KEPADA YB SETIAUSAHA KERAJAAN TERENGGANU PERKUKUH KERJASAMA PEMBANGUNAN BELIA DAN SUKAN
TERENGGANU – Jabatan Belia dan Sukan Negeri Terengganu (JBSNT) telah mengadakan kunjung hormat kepada YB Dato’ Haji Mohd Azmi bin Mohamad Daham, Setiausaha Kerajaan Terengganu, bagi memperkukuh hubungan dan kerjasama dengan Kerajaan Negeri dalam pembangunan belia dan sukan.
Delegasi JBSNT diketuai oleh Tuan Haji Asmadi bin Mohamad, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Terengganu, bersama-sama Puan Nurul Afifa Sofina binti Azmi, Timbalan Pengarah (Belia), dan Encik Mohd Fais bin Haji Mohd Sendek, Penolong Pengarah (Sukan).
Pertemuan tersebut membuka ruang untuk bertukar pandangan serta mendapatkan panduan mengenai hala tuju pembangunan belia dan sukan di negeri ini. Kunjung hormat ini turut bertujuan memperkukuh kerjasama dalam menjayakan inisiatif dan program yang memberi manfaat kepada golongan belia serta komuniti di Terengganu.
JBSNT komited untuk terus memperkasakan pembangunan belia dan memajukan sukan melalui kerjasama erat dengan Kerajaan Negeri serta semua pihak berkepentingan, selaras dengan aspirasi pembangunan Negeri Terengganu.
#TeamKBS #TeamJBSN #JBSNKomited #MalaysiaMADANI #RakanMuda #JBSNT
Taufiq Johari
Mordi Bimol
Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara
KBSMalaysia
Rakan Muda
belia.my

Disediakan oleh : Unit Pengurusan Portal JBSNT

Image
Jalan Pasir Panjang
21100 Kuala Terengganu,
Terengganu
Tel : 09-6222344/45 dan 09-6223693
Fax : 09-6236596

Web : http://www.jbsn.gov.my/jbs-terengganu

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 23-10-2026, 16:30:28

Copyright © 2026 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search