π₯ 3 Hari, 1 Lokasi, Pelbagai Pengalaman! π₯
Jom meriahkan Sambutan Hari Belia Negara 2026 Peringkat Negeri Terengganu yang akan berlangsung pada 18 - 20 Jun 2026 di Dataran Padang Kacong, Telemong, Hulu Terengganu.
Pelbagai aktiviti menarik, perkongsian bermanfaat, cabaran kreatif, hiburan santai dan pengalaman baharu menanti anda sepanjang 3 hari program berlangsung! π
Jangan lepaskan peluang untuk menjadi sebahagian daripada kemeriahan ini. Jumpa anda di sana! ππ
#TeamKBS #TeamJBSN #JBSNKomited #MalaysiaMADANI #RakanMuda #JBSNT #HBN2026
Disediakan Oleh : Unit Pengurusan Portal JBSNT
πLIGA SUKAN WARGA EMAS PERINGKAT NEGERI TERENGGANU 2026 π
Jom sertai Program Liga Sukan Warga Emas yang dianjurkan khas untuk warga emas berumur 60 tahun dan ke atas! β¨
π 3 JENIS ACARA DIPERTANDINGKAN:
π― DART
π 27 Jun 2026 (Sabtu)
π BILIK TAKLIMAT, AR-RIYADAH RESIDENCE
β° 8.00 Pagi - 6.00 Petang
βͺοΈ PETANQUE
π 27 Jun 2026 (Sabtu)
π Gelanggang Pentaque, Majlis Sukan Negeri Terengganu
β° 8.00 pagi - 6.00 petang
π³ TENPIN BOLING
π 28 Jun 2026 (Ahad)
π Terengganu Equestrian Resort (TER)
β° 9.00 pagi - 5.00 petang
π Terhad kepada 60 orang peserta terawal setiap acara.
Penyertaan PERCUMA! π₯³
Ayuh golongan warga emas, tiba masanya untuk beraksi. Hadiah menarik menanti anda!π
π Sebarang pertanyaan sila hubungi:
011-27202441 -Nurul
011-16922262 - Yuzran
#MalaysiaMADANI
#JBSNKomited
#LigaSukanWargaEmas2026
π Salam Aidiladha 1447H
Semoga ibadah korban mengajar erti keikhlasan, pengorbanan dan kasih sayang sesama insan.
Selamat Hari Raya Aidiladha buat seluruh umat Islam. Semoga segala amal ibadah diterima dan diberkati Allah SWT. π€β¨
#TeamKBS #TeamJBSN #JBSNKomited #MalaysiaMADANI #RakanMuda #JBSNT
Disediakan Oleh : Unit Pengurusan Portal JBSNT
π Selamat Menyambut Hari Arafah 1447H
Rebutlah peluang pada hari yang penuh keberkatan ini dengan memperbanyakkan doa, istighfar, zikir dan amal soleh. Semoga Allah SWT menerima segala amalan serta mengurniakan keampunan dan rahmat buat kita semua.
#TeamKBS #TeamJBSN #JBSNKomited #MalaysiaMADANI #RakanMuda #JBSNT
Disediakan Oleh : Unit Pengurusan Portal JBSNT
Sesi Latihan Kecergasan Program Biggest Loser Peringkat Negeri Terengganu 2026 23 Mei 2026 (Sabtu) Kuala Terengganu - Telah berlangsung sesi latihan kecergasan melibatkan peserta Program Biggest Loser Peringkat Negeri Terengganu 2026 bertempat di Taman Rekreasi Pantai Batu Buruk bermula jam 7.30 pagi. Aktiviti ini dianjurkan bagi menggalakkan peserta mengamalkan gaya hidup sihat dan aktif melalui aktiviti fizikal secara santai serta berkumpulan. Program dimulakan dengan sesi pendaftaran dan taklimat ringkas sebelum para peserta memulakan aktiviti Brisk Walk di trek larian Pantai Batu Burok. Para peserta memberikan kerjasama yang amat baik serta menunjukkan semangat dan komitmen yang tinggi sepanjang aktiviti berlangsung. Suasana program turut berjalan dengan meriah, ceria dan penuh semangat. Pelaksanaan aktiviti ini diharapkan dapat membantu peserta mengekalkan momentum kecergasan di samping meningkatkan motivasi untuk terus mengamalkan gaya hidup sihat secara konsisten. #TeamKBS #TeamJBSN #JBSNKomited #MalaysiaMADANI #RakanMuda #JBSNT #BiggestLoser Taufiq Johari Mordi Bimol Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara KBSMalaysia Rakan Muda belia.my
SESI PENILAIAN PROGRAM AGROBELIA LESTARI @ RAKAN MAHIR 2026 PERINGKAT NEGERI TERENGGANU 20 Mei 2026 (Rabu) β Penilaian akhir hari pertama Program Agrobelia Lestari @ Rakan Mahir 2026 Peringkat Negeri Terengganu telah berlangsung melibatkan dua buah persatuan belia yang melaksanakan projek pertanian dan penternakan. Persatuan pertama ialah Kelab Belia Tebing Tembah, Dungun yang melaksanakan projek penternakan ikan tilapia, manakala persatuan kedua ialah Kelab Permata Seberang Takir, Kuala Nerus yang melaksanakan projek perusahaan cendawan tiram mutiara. Alhamdulillah, kedua-dua persatuan menunjukkan komitmen yang sangat baik sepanjang pelaksanaan projek di samping mewujudkan persaingan yang sihat dalam memperkasakan sektor agrobelia di negeri Terengganu. Sesi penilaian turut dihadiri oleh Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Terengganu (JBSNT), Tuan Haji Asmadi bin Mohamad. Penilaian bagi projek-projek yang dipertandingkan telah dilaksanakan oleh wakil daripada Jabatan Perikanan Negeri Terengganu dan Jabatan Pertanian Negeri Terengganu. #TeamKBS #TeamJBSN #JBSNKomited #MalaysiaMADANI #RakanMuda #JBSNT
TAKLIMAT PANEL PENILAIAN AGROBELIA LESTARI @ RAKAN MAHIR 2026 Telah berlangsung sesi Taklimat Panel Penilaian Agrobelia Lestari @ Rakan Mahir 2026 Peringkat Negeri Terengganu pada 12 Mei 2026 (Selasa) melibatkan kerjasama Jabatan Pertanian Negeri Terengganu, Jabatan Perikanan Negeri Terengganu serta Pejabat Pendaftar Pertubuhan Belia Zon Timur. Sebanyak 9 penyertaan telah diterima dan hanya 4 persatuan terbaik akan dipilih ke peringkat seterusnya. Β Β #TeamKBS #TeamJBSN #JBSNKomited #MalaysiaMADANI #RakanMuda #JBSNT Taufiq Johari Mordi Bimol Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara KBSMalaysia Rakan Muda belia.my
Selamat Menyambut Hari Belia Negara 2026! Belia pemangkin masa depan negara Β Terus maju, kreatif dan berani mencipta perubahan demi komuniti serta negara tercinta Β βMenggerak Belia Madaniβ Β Β #TeamKBS #TeamJBSN #JBSNKomited #MalaysiaMADANI #RakanMuda #JBSNT Taufiq Johari Mordi Bimol Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara KBSMalaysia Rakan Muda belia.my
6 PERTUBUHAN BELIA TERENGGANU BERENTAP DALAM PENILAIAN APBN 2026 PERINGKAT NEGERI TERENGGANU KUALA TERENGGANU, 13 Mei 2026 β Sesi Penilaian Anugerah Perdana Belia Negara (APBN) Tahun 2026 Peringkat Negeri Terengganu bagi kategori pertubuhan belia telah berlangsung dengan jayanya bermula 11 hingga 13 Mei 2026 melibatkan penyertaan enam pertubuhan belia aktif dari seluruh negeri Terengganu. Pelaksanaan penilaian ini dianjurkan sebagai platform bagi mengiktiraf peranan dan sumbangan pertubuhan belia yang aktif dalam memperkasa pembangunan komuniti, melahirkan generasi belia berkualiti serta menyokong agenda pembangunan belia negeri dan negara secara menyeluruh. Sepanjang sesi penilaian berlangsung, setiap pertubuhan dinilai secara menyeluruh berdasarkan beberapa kriteria utama termasuk aspek pengurusan organisasi, kepimpinan, tadbir urus, pelaksanaan program, penglibatan komuniti, pengurusan kewangan serta impak aktiviti yang dijalankan terhadap pembangunan belia setempat. Enam pertubuhan belia yang terlibat telah melalui proses penilaian yang merangkumi saringan dokumentasi, pembentangan organisasi, sesi temuduga serta lawatan tapak di lokasi pertubuhan masing-masing. Pendekatan penilaian ini bertujuan memastikan setiap pertubuhan dinilai secara telus, adil dan berintegriti berdasarkan pencapaian serta keberkesanan program yang dilaksanakan. Selain itu, sesi lawatan turut memberi peluang kepada panel penilai untuk melihat secara lebih dekat pelaksanaan aktiviti akar umbi, tahap penglibatan ahli serta inisiatif kreatif yang dilaksanakan oleh pertubuhan dalam mendepani cabaran semasa belia. Penganjuran APBN dilihat terus menjadi medium penting dalam mencungkil potensi serta mengangkat pertubuhan belia yang aktif, progresif dan berdaya saing agar dapat dijadikan contoh kepada organisasi belia lain di negeri ini. Pihak jabatan turut merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua panel penilai yang diketuai oleh Tuan Haji Ngah bin Bidin bersama Puan Rohana binti Abdullah dan Encik Anas Hazizul bin Muhamad atas komitmen dan profesionalisme yang diberikan sepanjang sesi penilaian berlangsung. Penghargaan juga diberikan kepada semua pertubuhan belia iaitu Kelab Belia Padang Baloh (Besut), Kelab Belia Padang Jejawi (Setiu), Kelab Anak Muda Kg. Tokku (Kuala Terengganu), Gerakan Belia 4B (M) Cawangan Mutiara Duyong (Kuala Nerus), Kelab Belia Teluk Kalong (Kemaman) dan Persatuan Belia (MBFM) Felda Jerangau, (Dungun) yang telah menunjukkan komitmen tinggi, kerjasama yang baik serta persediaan rapi dalam memastikan proses penilaian berjalan lancar dan teratur sepanjang tiga hari pelaksanaan program tersebut. Diharapkan penyertaan dalam APBN ini akan terus menjadi pemangkin kepada pertubuhan belia untuk memperkukuh peranan masing-masing dalam melahirkan masyarakat belia yang aktif, berdaya tahan dan mampu menyumbang kepada pembangunan negeri Terengganu pada masa hadapan. #TeamKBS #TeamJBSN #JBSNKomited #MalaysiaMADANI #RakanMuda #JBSNT #APBN2026