- JBS Terengganu
- Hits: 18
KUNJUNG HORMAT PENGARAH JBSNT KEPADA PENGARAH ICU NEGERI TERENGGANU
- JBS Terengganu
- Hits: 18
KUNJUNG HORMAT PENGARAH JBSNT KEPADA PENGARAH ICU NEGERI TERENGGANU
KUALA TERENGGANU, 24 SEPTEMBER 2026 – Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Terengganu (JBSNT), YBrs. Tuan Haji Asmadi bin Mohamad, mengadakan kunjung hormat kepada YBhg. Dato’ Haji Abdul Kahar bin Abdul Latif, Pengarah Pembangunan Persekutuan Negeri Terengganu (ICU JPM).
Kunjung hormat tersebut bertujuan memaklumkan serta menjemput pihak Pejabat Pembangunan Persekutuan Negeri Terengganu ke Majlis Pelancaran Malaysia Aktif X Pra-Pelancaran Hari Sukan Negara (HSN) Peringkat Negeri Terengganu 2026.
Pertemuan turut menjadi platform memperkukuh hubungan strategik dan kerjasama antara JBSNT dengan agensi kerajaan dalam usaha menggalakkan masyarakat melibatkan diri secara aktif dalam aktiviti sukan, kecergasan dan rekreasi.
Malaysia Aktif merupakan antara inisiatif bagi membudayakan gaya hidup aktif serta meningkatkan penyertaan masyarakat dalam aktiviti sukan, selaras dengan aspirasi menjadikan sukan sebagai sebahagian daripada kehidupan masyarakat.
JBSNT berharap kerjasama strategik antara agensi dapat terus diperkukuh dalam menjayakan agenda Malaysia Aktif dan Hari Sukan Negara 2026, sekali gus memperluas manfaat aktiviti sukan kepada masyarakat di seluruh negeri Terengganu.
#TeamKBS #TeamJBSN #JBSNKomited #MalaysiaMADANI #RakanMuda #JBSNT #MalaysiaAktif #HSN2026 #HSNTerengganu2026
Taufiq Johari
Mordi Bimol
Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara
KBSMalaysia
Rakan Muda
belia.my
Disediakan oleh : Unit Pengurusan Portal JBSNT
