- JBS Terengganu
- Hits: 10
SATU TELEFON. SATU CERITA. SATU IMPAK.
- JBS Terengganu
- Hits: 10
SATU TELEFON. SATU CERITA. SATU IMPAK.
Rakan Muda Terengganu kini diasah menjadi pencipta kandungan digital yang mampu merakam, menulis dan menyampaikan berita dengan lebih kreatif, tepat dan beretika.
KUALA TERENGGANU, 22 September 2026 – Seramai 52 orang Rakan Muda menyertai Program Rakan Digital: Kursus Media dan Literasi Rakan Muda Peringkat Negeri Terengganu 2026 di Talkspace, TD1303, Kuala Terengganu.
Program anjuran Jabatan Belia dan Sukan Negeri Terengganu (JBSNT) ini dirasmikan oleh Haji Asmadi Mohamad, Pengarah JBSNT.
Peserta diberi pendedahan praktikal dalam MOJO (Mobile Journalism), penghasilan berita menggunakan telefon pintar serta kemahiran fotografi dan videografi bagi menghasilkan kandungan yang menarik dan informatif.
Aspek semakan fakta, ketepatan maklumat dan etika media turut diberi penekanan bagi memastikan setiap kandungan yang dihasilkan bertanggungjawab dan memberi manfaat kepada masyarakat.
Daripada pengguna media kepada pencipta kandungan.
Rakam. Tulis. Cerita. Kongsi.
#TeamKBS #TeamJBSN #JBSNKomited #MalaysiaMADANI #RakanMuda #JBSNT #ProgramAkarUmbi
Taufiq Johari
Mordi Bimol
Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara
KBSMalaysia
Rakan Muda
belia.my
Disediakan oleh : Unit Pengurusan Portal JBSNT
