HARI PERTAMA, SEMANGAT LUAR BIASA! Langkah pertama dimulakan dengan gelak tawa, cabaran, semangat setiakawan dan pengalaman yang takkan dilupakan! Dari aktiviti ke aktiviti, peserta Kem Rakan Muda Peringkat Negeri Terengganu terus membuktikan bahawa semangat anak muda sentiasa membara!
Jom saksikan rangkuman Hari Pertama!
Satu kem, seribu cerita! #TeamKBS #TeamJBSN #JBSNKomited #MalaysiaMADANI #RakanMuda #JBSNT #KemRakanMuda Taufiq Johari Mordi Bimol Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara KBSMalaysia Rakan Muda belia.my
SESI TIMBANG AKHIR PERTANDINGAN BIGGEST LOSER PERINGKAT NEGERI TERENGGANU 2026 Dewan Besar, Kompleks Belia dan Sukan Negeri Terengganu 29 Ogos 2026 (Sabtu)
KUALA TERENGGANU, 29 Ogos 2026 – Alhamdulillah, telah berlangsung Sesi Timbang Akhir Pertandingan Biggest Loser Peringkat Negeri Terengganu 2026, yang menjadi kemuncak kepada perjalanan para peserta dalam usaha membudayakan gaya hidup lebih sihat, aktif dan seimbang. Program dimulakan dengan sesi senamrobik yang berlangsung dalam suasana penuh semangat dan meriah. Aktiviti ini bukan sahaja membantu meningkatkan tahap kecergasan fizikal, malah menjadi pembakar semangat kepada para peserta sebelum meneruskan sesi timbangan akhir. Selesai sesi senamrobik, para peserta menjalani timbang akhir bagi mengukur pencapaian masing-masing selepas mengikuti tempoh intervensi selama empat bulan yang merangkumi pelbagai aktiviti kecergasan serta penerapan amalan pemakanan sihat. Pelaksanaan Pertandingan Biggest Loser ini selaras dengan usaha mempromosikan gaya hidup sihat dan aktif dalam kalangan masyarakat, di samping melahirkan komuniti yang lebih cergas, sihat dan produktif dalam kehidupan seharian. Program ini turut menjadi platform pendidikan dan kesedaran kepada peserta untuk mengaplikasikan pengetahuan berkaitan aktiviti fizikal, kecergasan dan pemakanan sihat secara berterusan bagi mencapai serta mengekalkan berat badan yang ideal.
PENGHARGAAN KHAS – BEST ATTENDANCE Komitmen dan konsistensi peserta sepanjang program turut diberikan pengiktirafan menerusi Anugerah Best Attendance, yang dianugerahkan kepada peserta yang berjaya mencatatkan 100% kehadiran dalam keseluruhan aktiviti intervensi sepanjang tempoh pertandingan. Sebagai tanda penghargaan, Herbalife turut tampil sebagai penaja dengan menyumbangkan hadiah khas kepada penerima Anugerah Best Attendance sebagai penghargaan atas komitmen, disiplin dan kesungguhan mereka mengikuti setiap aktiviti yang telah ditetapkan.
PENGUMUMAN PEMENANG Keputusan pemenang Pertandingan Biggest Loser Peringkat Negeri Terengganu 2026 akan dimaklumkan setelah proses penjurian dan pengesahan keputusan selesai dilaksanakan oleh pihak urus setia.
Nantikan pengumuman rasmi daripada pihak urus setia bagi mengetahui siapakah yang bakal dinobatkan sebagai juara Biggest Loser Terengganu 2026!
Sesi timbang akhir ini bukan sekadar menentukan angka di atas penimbang, tetapi menjadi simbol kepada usaha, disiplin, komitmen dan perubahan positif yang telah ditunjukkan oleh setiap peserta sepanjang empat bulan program berlangsung.
Tahniah dan syabas kepada semua peserta Biggest Loser Peringkat Negeri Terengganu 2026! Semoga segala ilmu, pengalaman dan amalan gaya hidup sihat yang diperoleh sepanjang program ini dapat diteruskan secara konsisten dalam kehidupan seharian.
Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua agensi, rakan strategik, jurulatih, penaja serta urus setia yang telah memberikan sokongan dan komitmen dalam menjayakan Pertandingan Biggest Loser Peringkat Negeri Terengganu 2026. Terus Aktif. Terus Cergas. Terus Sihat!
#TeamKBS #TeamJBSN #JBSNKomited #MalaysiaMADANI #RakanMuda #JBSNT Taufiq Johari Mordi Bimol Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara KBSMalaysia Rakan Muda belia.my
PERASMIAN PENUTUP PROGRAM EKSPLORASI ALAM PERINGKAT NEGERI TERENGGANU 2026
Alhamdulillah, selepas 2 hari 1 malam, Program Eksplorasi Alam 2026 melabuhkan tirainya dengan jayanya di Lata Kolam Air Deru Ecopark, Besut. Majlis Perasmian Penutup telah disempurnakan oleh Tuan Haji Asmadi bin Mohamad, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Terengganu. Turut hadir Encik Yusof bin Mat Nor, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Besut dan Encik Muhammad Izzat bin Rosmadi, Ketua Jurulatih Program. Program ini bertujuan memupuk semangat kerjasama, kepimpinan, ketahanan diri dan keyakinan melalui aktiviti rekreasi serta eksplorasi alam. Melibatkan seramai 21 orang peserta dari seluruh daerah Negeri Terengganu, pelbagai aktiviti menarik telah dilaksanakan seperti ice breaking, war cry, survival cooking, compass matching, kembara malam dan mini explorer. Terima kasih kepada semua yang terlibat atas kerjasama dan komitmen dalam menjayakan program ini. Semoga pengalaman yang diperoleh menjadi kenangan bermakna buat semua.
#TeamKBS #TeamJBSN #JBSNKomited #MalaysiaMADANI #RakanMuda #JBSNT #HSN2026 Taufiq Johari Mordi Bimol Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara KBSMalaysia Rakan Muda belia.my
26 Ogos 2026 | Dewan Kompleks Belia dan Sukan Negeri Terengganu Jabatan Belia dan Sukan Negeri Terengganu (JBSNT) telah menganjurkan Program Perjumpaan Warga JBSNT Bersama Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Terengganu, yang menghimpunkan pegawai dan kakitangan JBSNT serta Pejabat Belia dan Sukan Daerah di seluruh Terengganu. Program yang berlangsung dalam suasana penuh kemesraan ini turut diisi dengan Perarakan dan Selawat Maulidur Rasul, Bacaan Surah Yassin serta bacaan doa, diikuti ucapan oleh Pengarah JBSNT, Tuan Haji Asmadi bin Mohamad. Antara pengisian utama program ialah penyampaian Sijil Anugerah Khas Pekerja Terbaik (AKPT) bagi bulan Januari hingga Julai 2026, sesi “Meraikan Pertukaran Pegawai”, penghargaan kepada anak cemerlang yang melanjutkan pelajaran serta penghargaan hospitaliti. Program turut diserikan dengan sambutan hari lahir pegawai dan kakitangan bagi bulan Mac hingga Ogos 2026 serta nyanyian sambutan Bulan Kemerdekaan. Program ini menjadi wadah dalam memperkukuh hubungan silaturahim, semangat kebersamaan dan kerjasama dalam kalangan warga JBSNT, di samping menghargai sumbangan serta komitmen warga kerja dalam melaksanakan amanah dan tanggungjawab. Bersama Memperkasa Belia dan Sukan Terengganu.
#TeamKBS #TeamJBSN #JBSNKomited #MalaysiaMADANI #RakanMuda #JBSNT Taufiq Johari Mordi Bimol Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara KBSMalaysia Rakan Muda belia.my
26 Ogos 2026 | Dewan Kompleks Belia dan Sukan Negeri Terengganu Jabatan Belia dan Sukan Negeri Terengganu (JBSNT) telah menganjurkan Program Perjumpaan Warga JBSNT Bersama Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Terengganu, yang menghimpunkan pegawai dan kakitangan JBSNT serta Pejabat Belia dan Sukan Daerah di seluruh Terengganu. Program yang berlangsung dalam suasana penuh kemesraan ini turut diisi dengan Perarakan dan Selawat Maulidur Rasul, Bacaan Surah Yassin serta bacaan doa, diikuti ucapan oleh Pengarah JBSNT, Tuan Haji Asmadi bin Mohamad. Antara pengisian utama program ialah penyampaian Sijil Anugerah Khas Pekerja Terbaik (AKPT) bagi bulan Januari hingga Julai 2026, sesi “Meraikan Pertukaran Pegawai”, penghargaan kepada anak cemerlang yang melanjutkan pelajaran serta penghargaan hospitaliti. Program turut diserikan dengan sambutan hari lahir pegawai dan kakitangan bagi bulan Mac hingga Ogos 2026 serta nyanyian sambutan Bulan Kemerdekaan. Program ini menjadi wadah dalam memperkukuh hubungan silaturahim, semangat kebersamaan dan kerjasama dalam kalangan warga JBSNT, di samping menghargai sumbangan serta komitmen warga kerja dalam melaksanakan amanah dan tanggungjawab. Bersama Memperkasa Belia dan Sukan Terengganu.
#TeamKBS #TeamJBSN #JBSNKomited #MalaysiaMADANI #RakanMuda #JBSNT Taufiq Johari Mordi Bimol Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara KBSMalaysia Rakan Muda belia.my
Selamat menyambut Maulidur Rasul 1448H buat seluruh umat Islam. Marilah kita bersama-sama memperingati kelahiran junjungan besar Nabi Muhammad SAW dengan memperbanyakkan selawat, menghayati sirah serta mencontohi akhlak dan sunnah Baginda dalam kehidupan seharian. Semoga kecintaan kepada Rasulullah SAW terus menyatukan hati dan menjadi panduan dalam membentuk masyarakat yang berakhlak, penyayang dan diberkati.
KUNJUNGAN HORMAT TERENGGANU SAFETY TRAINING CENTRE (TSTC) KE JABATAN BELIA DAN SUKAN NEGERI TERENGGANU
Jabatan Belia dan Sukan Negeri Terengganu telah menerima kunjungan hormat daripada Terengganu Safety Training Centre Sdn. Bhd. (TSTC) bagi membincangkan potensi kerjasama dalam pelaksanaan program pembangunan belia, latihan kemahiran serta pembangunan modal insan. Kunjungan ini turut menjadi platform untuk bertukar pandangan dan meneroka peluang kerjasama dalam menyediakan program latihan yang dapat meningkatkan kompetensi, kemahiran serta kesiapsiagaan golongan belia untuk memasuki alam pekerjaan dan memenuhi keperluan industri. Delegasi TSTC yang hadir terdiri daripada: • En. Narulhizam bin Md Tahir – Chief Executive Officer (CEO) • En. Md Kamal Hasan bin A. Aziz – General Manager Operations (GMO) • En. Asyraf bin Ramli – Business Development Manager (BDM)
Semoga pertemuan ini menjadi titik permulaan kepada jalinan kerjasama yang lebih erat antara TSTC dan Jabatan Belia dan Sukan Negeri Terengganu, khususnya dalam memperkasa pembangunan serta kebolehpasaran belia di negeri Terengganu.
#TeamKBS #TeamJBSN #JBSNKomited #MalaysiaMADANI #RakanMuda #JBSNT Taufiq Johari Mordi Bimol Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara KBSMalaysia Rakan Muda belia.my
JOM SERTAI SEMINAR KECERGASAN EKSEKUTIF 2026! Nak tingkatkan kecergasan, kesihatan dan gaya hidup yang lebih aktif? Jom sertai Seminar Kecergasan Eksekutif Peringkat Zon Timur 2026! Tarikh : 13 – 15 September 2026 (Ahad – Selasa) Tempat : Darul Iman Training Centre (DITC), Kemaman, Terengganu Antara manfaat yang bakal diperoleh: Meningkatkan tahap kecergasan & kesihatan Meningkatkan celik kecergasan (Fitness Literacy) Mempelajari teknik senaman & penggunaan peralatan yang betul Memahami amalan pemakanan sihat & seimbang Membudayakan gaya hidup aktif dan sihat Membina jaringan & komuniti yang sihat Tempat adalah TERHAD! Jangan lepaskan peluang untuk tambah ilmu, bina kecergasan dan cipta gaya hidup lebih sihat bersama kami! Daftar sekarang melalui QR Code https://forms.gle/rMyzoK1M8g6vhV6i7 pada poster atau hubungi: www.wasap.my/60199904925/seminar (Pn. Liyana) Ayuh, jadikan kecergasan sebahagian daripada gaya hidup kita!
38 Peserta, 9 Kumpulan Berentap Cipta Idea Ekonomi Kreatif Menerusi Young Heroes@Rakan Mahir Terengganu 2026
KUALA NERUS, TERENGGANU, 23 Ogos 2026 – Seramai 38 orang peserta daripada lima institusi pendidikan dan kemahiran mengambil bahagian dalam Program Young Heroes@Rakan Mahir Peringkat Negeri Terengganu 2026, yang berlangsung selama tiga hari, bermula 21 hingga 23 Ogos 2026 di Pusat Latihan FELDA Terengganu, Kuala Nerus. Program ini menjadi platform kepada golongan belia untuk mengetengahkan kreativiti, inovasi dan kemahiran digital melalui pembangunan projek dalam bidang ekonomi kreatif, dengan menyaksikan sembilan kumpulan berentap bagi menghasilkan idea serta projek yang mempunyai potensi untuk dikembangkan sebagai produk atau perkhidmatan bernilai komersial. Program ini telah dirasmikan oleh Tuan Haji Asmadi bin Mohamad, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Terengganu. Dalam amanat perasmian, beliau menekankan kepentingan penguasaan kemahiran baharu, kreativiti, inovasi dan keusahawanan dalam membantu golongan belia menghadapi perubahan landskap pekerjaan serta perkembangan ekonomi digital yang semakin pesat. Sepanjang tiga hari program, para peserta melalui pelbagai pengisian pembangunan kemahiran dan idea kreatif, termasuk pendedahan kepada ekonomi kreatif dan gig economy, penghasilan kandungan video digital, penggunaan kecerdasan buatan (AI), percambahan idea, reka cipta projek serta teknik pembentangan dan pitching. Kemuncak program menyaksikan sembilan kumpulan bersaing dalam pertandingan projek ekonomi kreatif dengan mempersembahkan hasil idea dan projek masing-masing di hadapan panel penilai profesional. Panel penilai terdiri daripada Pengarah MPC Terengganu, Pegawai TD1301, Pengurus Impules Inovatif Enterprise serta Pengerusi Portfolio Penerangan, Multimedia dan Digital, Majlis Belia Negeri Terengganu. Disamping itu juga, Pegawai Pemantau Bahagian Pembangunan Ekonomi Belia KBS, Puan Farasyila Nadia binti Kamarudin turut bersama-sama disepanjang program ini berlangsung. Barisan panel yang mempunyai pengalaman dalam bidang pengurusan, inovasi, keusahawanan, multimedia dan digital bukan sahaja menilai projek peserta, malah turut memberikan pandangan serta maklum balas profesional bagi membantu peserta memperkukuh idea dan meningkatkan potensi projek masing-masing. Peserta yang terlibat terdiri daripada wakil ADTEC Kuala Terengganu, IPG Dato' Razali, UNiTAR Terengganu, Kolej Inforana dan Universiti Sultan Zainal Abidin (UNiSZA). Lebih menarik, pertandingan ini bukan sekadar memberi peluang kepada peserta untuk mempamerkan kreativiti, malah turut menjadi platform pemilihan wakil Terengganu ke peringkat kebangsaan. Daripada sembilan kumpulan yang bertanding, satu kumpulan terbaik akan dipilih untuk mewakili Negeri Terengganu ke pertandingan Young Heroes@Rakan Mahir peringkat kebangsaan. Pemilihan tersebut merupakan satu peluang besar kepada kumpulan yang terpilih untuk membawa nama Terengganu, mengetengahkan idea kreatif di peringkat lebih tinggi serta bersaing dengan bakat-bakat muda dari seluruh negara. Sepanjang program, peserta diberi ruang untuk mengembangkan idea daripada peringkat awal sehingga menghasilkan konsep projek yang lebih tersusun dan berpotensi. Pendekatan secara praktikal ini membolehkan peserta mengaplikasikan kemahiran kreatif, digital, komunikasi dan penyelesaian masalah dalam menghasilkan projek yang relevan dengan keperluan semasa. Penganjuran Program Young Heroes@Rakan Mahir Peringkat Negeri Terengganu 2026 membuktikan bahawa golongan belia bukan sekadar pengguna teknologi, malah mempunyai potensi besar untuk tampil sebagai pencipta kandungan, inovator, usahawan dan penggerak ekonomi kreatif. Program selama tiga hari ini diharap dapat menjadi pencetus kepada lebih banyak idea kreatif dan inovatif dalam kalangan belia Terengganu, selain membuka ruang kepada mereka untuk meneroka peluang kerjaya serta keusahawanan dalam industri digital dan ekonomi kreatif. Daripada sembilan kumpulan, satu bakal membawa nama Terengganu ke pentas kebangsaan. Daripada kreativiti, lahir inovasi. Daripada inovasi, tercipta peluang. Inilah Young Heroes – belia kreatif, berani dan bersedia menggerakkan ekonomi masa hadapan. #TeamKBS #TeamJBSN #JBSNKomited #MalaysiaMADANI #RakanMuda #JBSNT Taufiq Johari Mordi Bimol Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara KBSMalaysia Rakan Muda belia.my