Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (KETENGAH) dengan kerjasama Jabatan Belia dan Sukan Negeri Terengganu serta Kelab Sukan dan Rekreasi Kuala Berang akan melaksanakan Pertandingan Kayak Relay Berpasukan sempena Festival Kenyir Geopark 2025.
Jom pakat sertai dan sama-sama meriahkan FKG kali ini..
Hadiah cabutan bertuah juga menanti anda
Hannah Yeoh Adam Adli JBSNegara Jabatan Belia dan Sukan Negeri Terengganu
Salam sejahtera tuan/puan, IKBN Wakaf Tapai, Terengganu mempelawa calon-calon yang BERMINAT & BERKELAYAKAN untuk memohon kursus yang ditawarkan:
1. Sijil Lanjutan Teknologi Mekanikal -Kimpalan Arka (SMW03) 2. Sijil Lanjutan Teknologi Awam -Penyelenggaraan Bangunan & Fasiliti Sukan (SSM03)
KEMUDAHAN YANG DISEDIAKAN Asrama Lelaki dan Wanita Fasiliti Sukan Yang Baik (Padang Bola Sepak, Gelanggang Bola Tampar, SepakTakraw, Futsal & Bola Jaring) Perpustakaan & Surau Bilik Kuliah Yang Selesa Bengkel Latihan Yang Lengkap
FAEDAH YANG DIPEROLEHI Elaun bulanan Makan dan minum disediakan 3x sehari (Sarapan, Makan tengahari, Makan malam) Peluang Pekerjaan Yang Tinggi
SYARAT PERMOHONAN: Warganegara Maaysia Lepasan SPM Tamat Tingkatan 5 Sihat Fizikal & Mental Belum Berkahwin Bebas Najis Dadah Tidak Rabun Warna (SSM03)
Tarikh permohonan akan DIBUKA pada 13 Oktober 2025 – 16 November 2025
Calon-calon yang berkelayakan boleh membuat Permohonan melalui pautan berikut: *https://mohon.tvet.gov.my/main/perdana*
Sebarang pertanyaan sila hubungi *012-3090691* Bahagian Hal Ehwal Pelajar IKBNWT
Kuala Terengganu, 26 Oktober 2025 – Kementerian Belia dan Sukan (KBS) terus komited dalam usaha menyokong pembangunan sukan berbasikal negara melalui pemberian Geran Padanan Sukan (GPS) berjumlah RM180,000.00 kepada Persatuan Lumba Basikal Negeri Terengganu. Majlis penyerahan cek cura tersebut diadakan di Dewan Besar, Wisma Darul Iman, Kuala Terengganu, sempena penganjuran Tour Gateh D’ Tranung 2025.
Perlumbaan edisi keempat ini dengan jarak keseluruhan 910.5 kilometer (km) akan melibatkan lapan ( daerah di Terengganu, bermula 27 Oktober hingga 3 November 2025, dengan penyertaan 24 pasukan tempatan dan antarabangsa termasuk dari Jepun, Singapura, Indonesia, Thailand, Taiwan, Australia, Belanda dan Britain.
Encik Mohd Fais bin Haji Mohd Sendek, Penolong Pengarah Sukan Jabatan Belia dan Sukan Negeri Terengganu, mewakili KBS menyempurnakan penyerahan cek cura GPS kepada Setiausaha Kerajaan Terengganu, YB Dato’ Nara Setia, pada Majlis Perasmian dan Memperkenalkan Penaja serta Pasukan Tour Gateh D’ Tranung 2025.
Turut hadir Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan NGO Negeri Terengganu, YB Haji Hishamuddin bin Abdul Karim, dan Pengarah Majlis Sukan Negeri Terengganu, YBrs. Encik Ahmad Shahrizal bin Yahaya.
Kredit Foto Media : Ustaz Hishamuddin Abdul Karim
Hannah Yeoh Adam Adli Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara JBSNegara Rakan Muda
Jabatan Belia dan Sukan Negeri Terengganu dengan kerjasama Kelab Motor Lasak Kuala Nerus akan menganjurkan Motorcross Track Day Peringkat Negeri Terengganu 2025 Siri 2 yang akan diadakan pada: 31 Oktober - 1 November 2025 (Jumaat - Sabtu) Litar Permotoran Sukan Lasak Bandar Baru Kuala Nerus.
** Penyertaan adalah percuma ** ** Kategori umur: 12 tahun ke atas ** Tarikh Tutup Penyertaan : 28 Oktober 2025 (Selasa)
Sebarang pertanyaan boleh hubungi: 011 - 32549051 (Udin) 014 - 5458046 (Cik Zulaikha)
Rangkuman video sepanjang Kursus Latihan Asas Sukan (KLAS) Mendaki Tembok Tiruan Peringkat Negeri Terengganu 2025 17 - 18 OKTOBER 2025 (JUMAAT - SABTU)
Terima kasih kepada semua peserta yang telah menunjukkan komitmen dan semangat yang tinggi sepanjang program ini. Semoga ilmu dan kemahiran yang diperoleh dapat dimanfaatkan sepenuhnya.
17 - 18 OKTOBER 2025 (JUMAAT - SABTU) Majlis Perasmian Penutup Kursus Latihan Asas Sukan (KLAS) Mendaki Tembok Tiruan Peringkat Negeri Terengganu 2025 telah disempurnakan oleh Encik Nor Hisham bin Mohamed, Pegawai Rakan Muda yang mewakili Tuan Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Terengganu, yang diiringi oleh Encik Zamri Noor bin Moh Daud , Presiden Dynamic Climbing Club serta Cik Nur Zulaikha binti Roszelni, Pegawai Pembangunan Sukan Rekreasi, Jabatan Belia dan Sukan Negeri Terengganu bertempat di Kompleks Belia dan Sukan Negeri Terengganu.
Program yang dianjurkan selama 2 hari 1 malam oleh Jabatan Belia dan Sukan Negeri Terengganu dengan kerjasama Dynamic Climbing Club telah menghimpunkan seramai 50 orang peserta dari daerah seluruh di Negeri Terengganu.
Program ini merupakan salah satu inisiatif dari pembangunan sukan rekreasi JBSN untuk mengasah skill, bakat dan teknik kemahiran mendaki asas dan aplikasi tali tinggi dalam kalangan peserta. Di samping, mengembangkan aktiviti mendaki tembok tiruan secara teori dan praktikal dengan mementingkan ciri-ciri keselamatan dalam pelaksanaan aktiviti, Terima kasih kepada semua peserta yang telah menunjukkan komitmen dan semangat yang tinggi sepanjang program ini. Semoga ilmu dan kemahiran yang diperoleh dapat dimanfaatkan sepenuhnya.
Tahniah diucapkan kepada pelumba muda negara, Hakim Danish yang diumumkan bakal membuat penampilan sulung di pentas dunia melalui penyertaan sebagai pelumba Wildcard bersama Pasukan AEON Credit SIC Racing MSI pada PETRONAS Grand Prix of Malaysia 2025 (MotoGP Malaysia) yang dijadualkan berlangsung dari 24 hingga 26 Oktober 2025. #TeamKBS #KitaSemuaTeamMAS #MalaysiaMADANI #MADANIBekerja #RancakkanMADANI
Jam 9.00 malam, bertempat di Aras Bawah Paya Bunga Sentral Kuala Terengganu, satu Tayangan Skrin Besar sesi kelayakan Piala Asia 2027 diantara Malaysia menentang Laos
Pada perlawanan tersebut, Malaysia berpesta gol dan berjaya bermain dengan rentak yang menarik apabila mengalahkan Laos dengan keputusan 5-1.
Cuaca yang baik turut menghimpun lebih 400 penyokong Harimau Malaya untuk menyaksikan gol kemenangan dan bersorak Malaysia Boleh!!!. .
Turut hadir, Encik Zani bin Elias, Pengurus Besar PMINT Urus Sdn Bhd dan Encik Mohd Fais bin Haji Mohd Sendek, Penolong Pengarah Bahagian Pembangunan Sukan Jabatan Belia Dan Sukan Negeri Terengganu bagi menyemarakkan laungan kemenangan pada penyokong Harimau Malaya .
Hannah Yeoh Adam Adli Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara JBSNegara Rakan Muda