KURSUS TOT iPAYMENT

KURSUS TOT iPAYMENT
KUALA TERENGGANU, 12 Ogos 2026 – Kursus Training of Trainers (TOT) iPayment telah diadakan sebagai salah satu persediaan bagi pelaksanaan sistem baharu iPayment di Negeri Terengganu yang dijadualkan bermula pada Januari 2027.
Kursus ini melibatkan seramai 17 orang peserta yang terdiri daripada pegawai dan kakitangan Pejabat Pemungut yang menguruskan kemudahan fasiliti sukan.
Penganjuran kursus ini bertujuan memberikan pendedahan serta meningkatkan kefahaman peserta berkaitan fungsi, proses dan tatacara penggunaan sistem iPayment bagi memastikan pelaksanaan sistem baharu ini dapat dilaksanakan dengan lancar, teratur dan berkesan.
Sesi penerangan dan perkongsian berkaitan sistem iPayment telah disampaikan oleh Puan Nadzirah binti Zulkifli dan Puan Siti Ainsyah binti Mahmood, Bahagian Kewangan Jabatan Belia dan Sukan Negara.
Sepanjang kursus berlangsung, peserta turut diberikan penerangan praktikal berkaitan penggunaan sistem serta berpeluang menyertai sesi perbincangan dan perkongsian bagi meningkatkan kefahaman serta kesiapsiagaan sebelum sistem iPayment dilaksanakan sepenuhnya di peringkat negeri.
  Semoga ilmu dan pengetahuan yang diperoleh melalui kursus ini dapat dimanfaatkan sebaiknya dalam melaksanakan tugasan dengan lebih cekap, sistematik dan berintegriti, seterusnya menyokong kelancaran pelaksanaan sistem iPayment mulai Januari 2027.
Turut hadir Tuan Haji Asmadi Mohamad Pengarah Jabatan Belia Dan Sukan Negeri Terengganu
#TeamKBS #TeamJBSN #JBSNKomited #MalaysiaMADANI #RakanMuda #JBSNT
Taufiq Johari
Mordi Bimol
Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara
KBSMalaysia
Rakan Muda
belia.my

Disediakan oleh : Unit Pengurusan Portal JBSNT

Image
Jalan Pasir Panjang
21100 Kuala Terengganu,
Terengganu
Tel : 09-6222344/45 dan 09-6223693
Fax : 09-6236596

Web : http://www.jbsn.gov.my/jbs-terengganu

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 23-10-2026, 16:30:28

Copyright © 2026 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search