AKTIVITI KECERGASAN BIGGEST LOSER 2026

AKTIVITI KECERGASAN BIGGEST LOSER 2026

KUALA TERENGGANU, 15 Ogos 2026 – Program Biggest Loser 2026 diteruskan dengan pelaksanaan sesi intervensi kecergasan yang melibatkan para peserta di Dewan Besar, Kompleks Belia dan Sukan Negeri Terengganu, pagi ini.
Aktiviti yang bermula pada jam 7.30 pagi itu menampilkan senamrobik sebagai salah satu aktiviti utama bagi meningkatkan tahap kecergasan, daya tahan kardiovaskular serta menyemarakkan semangat peserta dalam meneruskan cabaran Biggest Loser 2026.
Suasana ceria dan penuh bertenaga jelas kelihatan apabila para peserta bersama-sama mengikuti setiap pergerakan senamrobik yang dipimpin oleh jurulatih dari Kelab Kecergasan Warisan dan Alpha Nation Aerobic Club. Aktiviti ini turut menjadi platform untuk peserta kekal aktif serta membudayakan amalan gaya hidup sihat secara konsisten.
Menjelang fasa akhir Program Biggest Loser Peringkat Negeri Terengganu 2026, sesi intervensi seperti ini diharapkan dapat memberikan impak positif terhadap usaha peserta mencapai sasaran penurunan berat badan secara sihat.
Program ini turut memberi penekanan terhadap aspek kecergasan, pemakanan seimbang dan perubahan gaya hidup sebagai usaha membentuk peserta yang lebih sihat, cergas dan bertenaga.
Semoga segala usaha dan komitmen yang ditunjukkan para peserta sepanjang program ini membuahkan hasil serta menjadi titik permulaan kepada perubahan gaya hidup yang lebih sihat dan aktif untuk jangka masa panjang.
#TeamKBS #TeamJBSN #JBSNKomited #MalaysiaMADANI #RakanMuda #JBSNT
Taufiq Johari
Mordi Bimol
Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara
KBSMalaysia
Rakan Muda
belia.my

Disediakan oleh : Unit Pengurusan Portal JBSNT

Image
Jalan Pasir Panjang
21100 Kuala Terengganu,
Terengganu
Tel : 09-6222344/45 dan 09-6223693
Fax : 09-6236596

Web : http://www.jbsn.gov.my/jbs-terengganu

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 16-08-2026, 15:52:13

Copyright © 2026 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search