- JBS Terengganu
- Hits: 58
PROGRAM INSPIRE EKSPLORASI OKU PERINGKAT NEGERI TERENGGANU 2026
- JBS Terengganu
- Hits: 58
Program Inspire Eksplorasi OKU Peringkat Negeri Terengganu 2026
SETIU, 13 Ogos 2026 – Program Inspire Eksplorasi OKU Peringkat Negeri Terengganu Tahun 2026 telah berlangsung selama dua hari, pada 12 hingga 13 Ogos 2026, bertempat di Desa Kekabu Inn, Setiu.
Program anjuran Jabatan Belia dan Sukan Negeri Terengganu dengan kerjasama Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu (Sektor Pendidikan Khas), Persatuan Sukan dan Rekreasi Orang Kurang Upaya Negeri (PESRON) Terengganu dan Persatuan Olahraga Para Negeri Terengganu ini merupakan antara inisiatif dalam menggalakkan penglibatan golongan Orang Kurang Upaya (OKU) dalam aktiviti kecergasan, eksplorasi, kepimpinan serta pembangunan potensi diri.
Antara objektif program adalah untuk memberikan pendedahan berkaitan asas perkhemahan dan rekreasi, di samping membentuk peserta yang bermentaliti kental dan positif, mempunyai daya tahan fizikal yang baik serta bermotivasi tinggi dalam menghadapi cabaran kehidupan.
Majlis Perasmian Penutup telah disempurnakan oleh Encik Mohd Fais bin Haji Mohd Sendek, Penolong Pengarah (Sukan), Jabatan Belia dan Sukan Negeri Terengganu. Turut hadir Tuan Haji Khairi bin Mohd Noor, Ketua Pengarah Kanan Sektor Pendidikan Khas, Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu serta Encik Ahmad Sabri bin Mohd, Setiausaha Persatuan Olahraga Para Negeri Terengganu.
Penganjuran program ini diharap dapat menjadi wadah kepada golongan muda OKU untuk membina keyakinan diri, mengembangkan kemahiran insaniah dan mengeratkan hubungan sesama peserta menerusi pelbagai aktiviti yang telah disusun.
Selain memberikan pengalaman baharu, program ini turut menjadi platform untuk menyemai budaya hidup aktif dan sihat dalam kalangan generasi muda OKU, selaras dengan aspirasi pembangunan sukan serta usaha memperkasa penyertaan golongan OKU dalam aktiviti kesukanan.
Syabas dan tahniah diucapakan kepada para peserta dan semua yang terlibat.
#TeamKBS #TeamJBSN #JBSNKomited #MalaysiaMADANI #RakanMuda #JBSNT
Taufiq Johari
Mordi Bimol
Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara
KBSMalaysia
Rakan Muda
belia.my
Disediakan oleh : Unit Pengurusan Portal JBSNT
