KUNJUNGAN HORMAT KELAB BOLA SEPAK KRONOS TRANUNG KE JBSNT

KUNJUNGAN HORMAT KELAB BOLA SEPAK KRONOS TRANUNG KE JBSNT

Kuala Terengganu | 10 Ogos 2026 – Jabatan Belia dan Sukan Negeri Terengganu (JBSNT) menerima kunjungan hormat daripada Kelab Bola Sepak Kronos Tranung dalam usaha membuka ruang kerjasama strategik dalam pembangunan belia dan sukan, khususnya bola sepak.
Kunjungan ini turut menjadi platform untuk memperkenalkan barisan kepimpinan kelab serta membincangkan potensi pelaksanaan program pembangunan bakat, penganjuran kejohanan bola sepak peringkat akar umbi dan peluang kerjasama pada masa akan datang.
Pada masa yang sama, Kelab Bola Sepak Kronos Tranung turut menerima Dana Sukan Komuniti (DSK) bagi menyokong pelaksanaan aktiviti dan pembangunan sukan di peringkat komuniti.   
Semoga pertemuan ini menjadi langkah awal kepada jalinan kerjasama yang lebih erat dalam memperkasakan pembangunan sukan dan mencungkil bakat-bakat baharu bola sepak di Terengganu.   
#TeamKBS #TeamJBSN #JBSNKomited #MalaysiaMADANI #RakanMuda #JBSNT
Taufiq Johari
Mordi Bimol
Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara
KBSMalaysia
Rakan Muda
belia.my

Disediakan oleh : Unit Pengurusan Portal JBSNT

Image
Jalan Pasir Panjang
21100 Kuala Terengganu,
Terengganu
Tel : 09-6222344/45 dan 09-6223693
Fax : 09-6236596

Web : http://www.jbsn.gov.my/jbs-terengganu

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 23-10-2026, 16:30:28

Copyright © 2026 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search