Anda berbakat menari? Penuh tenaga dan semangat kecergasan?
Inilah masanya untuk menyerlahkan aksi anda Jom sertai pertandingan Aerobic Dance Peringkat Negeri Terengganu 2025 anjuran Jabatan Belia dan Sukan Negeri Terengganu dengan kerjasama Kelab Sukan Kecergasan Warisan.
Butiran Program : Tarikh : 30 September 2025 (Selasa) Masa : 7.30 pagi Lokasi : Dewan Kompleks Belia & Sukan Negeri Terengganu, Jalan Pasir Panjang, Kuala Terengganu
Daftar sekarang melalui pautan Klik Sini https://malaysiafitness.com/team-registration atau imbas kod QR di poster untuk maklumat lanjut!
KUALA TERENGGANU, 3 SEPTEMBER 2025 - Tuan Haji Asmadi bin Mohamad, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Terengganu, telah mengadakan kunjungan hormat ke Pejabat Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu dan disambut oleh Tuan Kamsah @ Kamal bin Mohamed, Pengarah JPN Terengganu.
Pertemuan penuh mesra ini membuka ruang jaringan strategik antara dua agensi penting negeri, dengan fokus kepada usaha memperkasa pembangunan belia dan pendidikan.
Turut hadir bersama, Encik Mohd Fais bin Haji Mohd Sendek, Penolong Pengarah (Sukan) serta Puan Nurqalina binti Nani, Penolong Pegawai Belia dan Sukan (Pembangunan Rakan Muda).
Kerjasama ini diharapkan menjadi pemangkin kepada pelbagai inisiatif bersama dalam membina generasi belia Terengganu yang holistik, berdaya saing dan berilmu.
KUALA NERUS, 31 Ogos 2025 – Penganjuran Merdeka 4x4 Challenge Edisi Ke-5 terus mencipta penanda aras baharu apabila menerima sokongan besar melalui penyerahan Geran Padanan Sukan berjumlah RM55,000.00 daripada Kementerian Belia dan Sukan (KBS) kepada penganjur utama, Kelab Sukan Pacuan Empat Roda Ummah (UT4x4).
Cek Cura Geran tersebut telah disampaikan oleh Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Terengganu, Tuan Haji Asmadi Bin Mohamad, sebagai usaha memperkukuhkan budaya sukan lasak serta menyokong penganjuran acara berimpak tinggi di negeri ini.
“Geran Padanan Sukan ini adalah bukti komitmen kerajaan dalam memastikan kelab dan persatuan sukan terus mampu menganjurkan program yang memberi manfaat luas, bukan sahaja kepada komuniti sukan lasak tetapi juga menjana impak ekonomi setempat,” ujar Tuan Haji Asmadi.
Bertempat di Bandar Baru Kuala Nerus, kejohanan yang berlangsung pada 29 hingga 31 Ogos 2025 itu melakar sejarah tersendiri apabila buat pertama kalinya memperkenalkan Kategori Wanita, sejajar dengan aspirasi Menteri Belia dan Sukan, YB Hannah Yeoh, untuk memperluas penyertaan wanita dalam pelbagai disiplin sukan termasuk sukan permotoran lasak. Kejohanan ini merekodkan penyertaan terbesar sejak mula dianjurkan, iaitu 152 jentera pacuan empat roda melibatkan 304 peserta dari seluruh negara.
Presiden UT4x4 merangkap Pengarah Pertandingan, Muhammad Muzzammil Mokhetar, menyifatkan penganjuran kali ini sebagai lonjakan baharu buat komuniti sukan pacuan empat roda tanah air.
Selain KBS, penganjuran ini turut mendapat sokongan Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC), Kerajaan Negeri Terengganu, Pejabat Daerah Kuala Nerus, dan Jabatan Pelancongan Negeri Terengganu yang melihat acara ini sebagai platform memperkukuhkan pelancongan sukan serta tarikan baharu di pantai timur.
Merdeka 4x4 Challenge edisi kelima ini mempertaruhkan dua kategori utama iaitu Long Wheel Base dan Short Wheel Base dengan 9 peringkat cabaran (SS) yang menjadi penentu kejuaraan pacuan empat roda paling berprestij di negara ini.
Turut hadir Yang Berhormat Ustaz Khazan Bin Che Mat Timbalan Speaker Negeri Terengganu mewakili Yang Berhormat Datuk Razali Bin Idris, Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim.
Hannah Yeoh Adam Adli Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara JBSNegara Rakan Muda
KUALA TERENGGANU, 1 SEPTEMBER 2025 - Kursus Sukarelawan Anak Malaysia (SATRIA) – Tahap Asas, Peringkat Zon Timur telah berlangsung pada 28 – 30 Ogos 2025 di Kompleks Belia dan Sukan Negeri Terengganu.
Program ini telah melibatkan seramai 40 orang peserta belia dari negeri Pahang, Terengganu dan Kelantan yang telah diberi pendedahan melalui pelbagai modul kesukarelawanan yang merangkumi:
* Pengenalan kepada Kesulerawanan & etika Sukarelawan & Jaringan dan Asas Pemetaan Sosial * Psikologi First Aid * Pengurusan Bencana * Fungsi dan Amali Sukarelawan dalam Pengurusan Bencana * Budaya, Nilai Konflik dan Penyelesaian dalam Sukarelawan * Sesi Perkongsian Sukarelawan * Asas Bantu Mula * Asas Perkhemahan, Konservasi dan Ikatan * Pengenalan dan Simulasi kepada Pengurusan Acara * Pengenalan dan Simulasi kepada Pengurusan Sukan
Terima kasih kepada semua peserta dan pihak penganjur yang telah menjayakan program ini. Semoga semangat kesukarelawanan terus subur dalam kalangan belia Malaysia!
Majlis perasmian penutup disempurnakan oleh Tuan Haji Asmadi bin Mohamad, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Terengganu.
Turut hadir, En. Dharzuki bin Daud @ Zakaria, Pengarah Cawangan Kecergasan Nasional Bahagian Pembangunan Sukan Jabatan Belia dan Sukan Negara dan En. Ahmad Kamarulisham bin Md Kassim, Pengerusi Satria Mivec. SATRIA Sedia, JBSN Komited!
KUALA NERUS, 30 OGOS 2025 – Majlis penyerahan Cek Cura Geran Padanan Sukan KBS berjumlah RM305,000.00 telah disempurnakan oleh YBrs. Encik Abd Aziz Abd Rahman, Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan Sukan), Jabatan Belia dan Sukan Negara mewakili Menteri Belia dan Sukan, kepada Encik Mohd Khairol Nizam Mohd Ibrahim Khan, Presiden Persatuan Pacuan Empat Roda Malaysia. Turut hadir, Puan Hartini A. Jabbar, Pengarah Cawangan Rekreasi, Jabatan Belia dan Sukan Negara serta Encik Muhammad Muzzammil Mokhtar, Presiden Pacuan Empat Roda Negeri Terengganu.
Program Peninsular Safari Challenge Grand Finale 2025 anjuran Persatuan Pacuan Empat Roda Malaysia berlangsung dengan penuh meriah di Bandar Baru Kuala Nerus, Terengganu dengan penyertaan 22 kenderaan pacuan empat roda dari seluruh negara yang layak ke sirkit akhir.
Program yang bermula sejak Khamis itu turut menghimpunkan komuniti kenderaan 4×4 dari seluruh negara, menjadikannya bukan sahaja medan persaingan, malah platform penyatuan peminat sukan lasak 4x4.
Kejohanan berimpak tinggi ini menguji kemahiran pemanduan dan ketahanan fizikal para peserta, di samping berperanan memupuk semangat perpaduan, membina jati diri serta memperkasakan budaya sukan lasak dalam kalangan generasi muda. Penyertaan peserta wanita juga menyerlah apabila mereka membuktikan kemampuan bersaing dalam arena sukan ekstrem ini.
Selain menjadi pentas sukan, penganjuran kejohanan ini turut memberi impak positif terhadap pembangunan ekonomi setempat serta mempromosikan Malaysia sebagai destinasi utama bagi penganjuran sukan lasak bertaraf antarabangsa. Menurut YBrs. Encik Abd Aziz Abd Rahman, penganjuran Peninsular Safari Challenge bukan sahaja menarik minat keluarga untuk hadir memberi sokongan kepada para peserta, malah turut memberi manfaat besar dari aspek teknikal, penyediaan logistik serta limpahan ekonomi kepada pengusaha kecil, penyedia homestay, bengkel kenderaan dan pembekal alat ganti di kawasan setempat.
Sebelum pentas akhir di Kuala Nerus, siri cabaran ini telah berlangsung di beberapa lokasi terpilih iaitu: Siri 1 - Kemunting, Perak (4–6 Julai 2025) Siri 2 - Merlimau, Melaka (18–20 Julai 2025) Siri 3 - Sungai Buloh, Selangor (1–3 Ogos 2025) Siri 4 - Presint 6, Putrajaya (15–17 Ogos 2025) Grand Finale - Kuala Nerus, Terengganu (29 Ogos 2025)
Syabas dan tahniah kepada semua peserta dan pihak penganjur atas kejayaan penganjuran ini.
Hannah Yeoh Adam Adli Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara
Platform pengiktirafan berprestij ini kembali bagi menghargai individu, keluarga dan persatuan yang telah memberi sumbangan besar dalam pembangunan sukan untuk semua.
Sejak diperkenalkan pada tahun 2001, Anugerah Sukan Untuk Semua menjadi wadah apresiasi buat individu, keluarga dan persatuan yang menyemarakkan budaya bersukan di peringkat komuniti, negeri dan negara. Selepas kali terakhir dianjurkan pada 2015, kini ia kembali dengan 7 kategori utama yang menanti calon terbaik!
Kategori dan Hadiah Wang Tunai Persatuan Sukan—RM25,000 x 1 Lelaki—RM10,000 x 1 Wanita—RM10,000 x 1 OKU Lelaki—RM10,000 x 1 OKU Wanita—RM10,000 x 1 Tokoh—RM15,000 x 1 Keluarga Aktif—RM15,000 x 1
Jangan lepaskan peluang untuk mencalonkan diri anda, keluarga atau pun persatuan yang dirasakan layak! Ke arah memartabatkan sukan untuk semua, JBSN Komited!
BESUT, 27 OGOS 2025 - Program Inspire iTalent Siri 2 telah berlangsung di Dewan Terbuka Kompleks Rakan Muda Daerah Besut & Trek Olahraga SMK Nasiruddin Shah, Besut Terengganu dengan meriah, menghimpunkan bakat-bakat baharu dalam kalangan Orang Kurang Upaya (OKU) dari daerah Hulu Terengganu, Besut dan Setiu.
Penganjuran program ini bertujuan mencungkil potensi atlet OKU dari peringkat akar umbi, menggalakkan penglibatan aktif golongan OKU dalam bidang sukan, serta memastikan mereka tidak terpinggir daripada arus pembangunan sukan negara.
Aktiviti Utama Program Inspire iTalent adalah - Talent Identification (Pencarian Bakat Sukan OKU) - Ujian asas kecergasan & motor skill (lari pecut, lompat, balingan). - Ujian ketahanan dan koordinasi untuk mengenal pasti potensi dalam sukan tertentu.
Serta pendedahan kepada Acara Sukan
Program anjuran Jabatan Belia Dan Sukan Negeri Terengganu dengan kerjasama Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu serta Persatuan Sukan Orang Kurang Upaya Negeri Terengganu (PESRON).
Turut hadir Encik Mohd Fais bin Haji Mohd Sendek, Penolong Pengarah (Sukan), JBS Negeri Terengganu dan Encik Yusof bin Mat Nor, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Besut.
Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua peserta, jurulatih, pengiring, ibu bapa serta urus setia yang telah menjayakan program ini!
Teruskan menyokong pembangunan sukan OKU di Negeri Terengganu!