- JBS Terengganu
- Hits: 4
HARI KEDUA BENGKEL PENGUKUHAN SEKRETARIAT RAKAN MUDA INSTITUT PENGAJIAN TINGGI (SRM-IPT)
- JBS Terengganu
- Hits: 4
HARI KEDUA BENGKEL PENGUKUHAN SEKRETARIAT RAKAN MUDA INSTITUT PENGAJIAN TINGGI (SRM-IPT)
Memasuki hari kedua penganjuran Bengkel Pengukuhan Sekretariat Rakan Muda Institut Pengajian Tinggi (SRM-IPT), para peserta telah mengikuti Sesi Simulasi Pengurusan Acara yang memberi penekanan kepada aspek perancangan, penyelarasan dan pelaksanaan program secara sistematik serta berkesan.
Melalui simulasi ini, peserta berpeluang mengaplikasikan pengetahuan yang diperoleh dalam situasi sebenar dengan mengendalikan pelbagai tugasan seperti pembahagian peranan, pengurusan protokol, penyelesaian isu, komunikasi berpasukan serta pengurusan perjalanan sesuatu program.
Pendekatan pembelajaran secara praktikal ini bukan sahaja meningkatkan keyakinan peserta, malah memperkukuhkan kemahiran kepimpinan, kerja berpasukan dan keupayaan membuat keputusan. Diharapkan ilmu serta pengalaman yang diperoleh sepanjang bengkel ini dapat dimanfaatkan untuk memperkasakan Sekretariat Rakan Muda di Institut Pengajian Tinggi masing-masing sebagai penggerak aktiviti belia yang lebih berkualiti, berimpak dan berdaya saing.
#TeamKBS #TeamJBSN #JBSNKomited #MalaysiaMADANI #RakanMuda #JBSNT
Taufiq Johari
Mordi Bimol
Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara
KBSMalaysia
Rakan Muda
belia.my
Disediakan oleh : Unit Pengurusan Portal JBSNT
