DARI TEORI KE LAPANGAN : OUTREC 1 MENGASAH KEMAHIRAN, MEMBUNA KOMPETENSI

Dari Teori ke Lapangan: OUTREC 1 Mengasah Kemahiran, Membina Kompetensi 
HULU TERENGGANU | 23 Julai 2026 – Seramai 33 peserta berjaya menamatkan Kursus Asas Kejurulatihan Rekreasi Luar (OUTREC) Tahap 1 Peringkat Negeri Terengganu 2026 anjuran Jabatan Belia dan Sukan Negeri Terengganu menerusi Pejabat Belia dan Sukan Daerah Hulu Terengganu dengan kerjasama Persatuan Jurulatih Rekreasi Malaysia (PJRM). Kursus yang berlangsung dari 20 hingga 23 Julai 2026 itu telah diadakan di Sekayu Eco Adventure Park, Taman Pertanian Sekayu, Hulu Terengganu.
Sepanjang empat hari penganjuran, peserta mengikuti latihan yang memberi penekanan kepada kemahiran asas kejurulatihan rekreasi luar meliputi aspek keselamatan, pengurusan aktiviti, etika serta amalan terbaik dalam pengendalian program. Inisiatif ini menjadi platform penting dalam melahirkan jurulatih dan penggiat rekreasi luar yang lebih kompeten, sekali gus menyokong usaha memperkasa pembangunan rekreasi luar yang selamat, berkualiti dan berdaya saing.
Majlis Penutup dan Penyampaian Sijil Penyertaan telah disempurnakan oleh Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Terengganu, Tuan Haji Asmadi bin Mohamad. Turut hadir ialah Encik Mohd Fais bin Haji Mohd Sendek, Penolong Pengarah (Sukan) Jabatan Belia dan Sukan Negeri Terengganu, Cik Nik Noor Azlihan binti Nik Jamaludin, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Hulu Terengganu, serta Tuan Syed Mohd Yasni bin Syed Yasin selaku Ketua Jurulatih Kursus Asas Kejurulatihan Rekreasi Luar (OUTREC) Tahap 1 Peringkat Negeri Terengganu 2026.
#OUTREC #TeamKBS #JBSNKomited #PBSDHT #Sukan #Rekreasi

Disediakan oleh : Unit Pengurusan Portal JBSNT

Image
Jalan Pasir Panjang
21100 Kuala Terengganu,
Terengganu
Tel : 09-6222344/45 dan 09-6223693
Fax : 09-6236596

Web : http://www.jbsn.gov.my/jbs-terengganu

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 24-08-2026, 10:19:18

Copyright © 2026 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search