Kuala Terengganu, 29 September 2025 – Satu perjumpaan diadakan antara Encik Raflezal Izzuan bin Awang, Regional Manager Perodua East Coast Z1 bersama Puan Nurul Afifa Sofina binti Azmi, Timbalan Pengarah Belia JBSNT bagi membincangkan peluang kerjasama strategik dalam perancangan aktiviti bagi tahun 2025/2026 untuk dikongsikan kepada belia-belia Terengganu.
Turut hadir sama Encik Mohd Alif Azizi Sulaiman, Encik Nazer Ahmad Najid dan Mohd Norzaidi Zainal Abidin. JBSNT sangat mengalu-alukan kehadiran pihak Perodua. Terima kasih kami ucapkan.
Video Rangkuman | Kejohanan Liga Sukan Komuniti Peringkat Kebangsaan 2025.
Tarikh: 26 – 28 September 2025 Lokasi: Universiti Tenaga Nasional, Kampus Putrajaya, Kajang
Saksikan sorotan sepanjang Kejohanan Liga Sukan Komuniti Peringkat Kebangsaan 2025 yang berlangsung penuh meriah, memperlihatkan aksi hebat para peserta serta semangat kesukanan yang tinggi dalam kalangan komuniti seluruh negara.
Sama-sama kita raikan usaha, kerjasama dan kejayaan mereka yang menjadikan kejohanan ini satu pengalaman bermakna!
Majlis Perasmian Penutup Liga Sukan Komuniti Peringkat Kebangsaan 2025 telah disempurnakan oleh Ketua Pengarah Jabatan Belia Dan Sukan Negara, YBrs Puan Azura Binti Abidin.
Bertempat di UNITEN Kajang, acara sukan dipertandingkan ialah ping pong,bola jaring dan sepak takraw bermula 25 hingga 28 September 2025.
Bersukan kita riang gembira, Menang kalah adat biasa. Majlis ditutup dengan bangga, Kenangan indah kekal sentiasa.
Semoga berjumpa lagi tahun hadapan dengan semangat membara
Hannah Yeoh Adam Adli Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara JBSNegara Rakan Muda
“Rakan Muda Tambah Kemahiran: Barista Muda – Seni Kopi, Sentuhan Anak Muda!”
Alhamdulillah, tirai Barista Muda Siri 2 peringkat Negeri Terengganu telahpun dilabuhkan dengan penuh kejayaan. Program ini bukan sekadar belajar membancuh kopi tetapi membina keyakinan, kemahiran, dan peluang untuk anak muda kita terus maju dalam bidang kerjaya.
Setinggi-tinggi penghargaan buat rakan strategik serta Terengganu Coffee Fair yang bersama-sama menjayakan program ini. Tahniah kepada semua peserta – anda adalah harapan masa depan!
“Menjulang Kemahiran, Mencorak Masa Depan: Barista Muda Terengganu 2025”
Jom saksikan sorotan sepanjang Program Rakan Mahir: Skills for Life – Barista Muda Siri 2 Peringkat Negeri Terengganu yang telah berlangsung pada 25 & 26 September 2025 di KTCC Mall, Kuala Terengganu.
Dua hari penuh pengalaman, ilmu & inspirasi bersama anak muda yang bersemangat mengasah kemahiran dalam dunia kopi. Terima kasih kepada semua pihak yang terlibat termasuk rakan strategik & kerjasama Terengganu Coffee Fair. Semoga semangat dan ilmu yang diperoleh terus menyemarakkan langkah anak muda ke arah masa depan yang lebih gemilang.
“Skrin Besar Rakan Muda 2025: Satu Hati, Satu Jiwa”
Meriah habis! Program Skrin Besar Rakan Muda Terengganu 2025 dah pun selesai
Dari pertandingan mewarna , bola sepak 3 on 3 sampai zumba —semua aktiviti memang penuh energy! Tahniah kepada semua pemenang & terima kasih semua yang datang support. Jumpa lagi di program Rakan Muda seterusnya!
26 - 27 SEPTEMBER 2025 (JUMAAT - SABTU) Majlis Perasmian Penutup Motorcross Track Day Peringkat Negeri Terengganu 2025 Siri 1 telah disempurnakan oleh Encik Mohd Fais bin Haji Mohd Sendek, Penolong Pengarah (Sukan), Jabatan Belia dan Sukan Negeri Terengganu yang diiringi oleh Encik Aziz bin Arifin, Presiden Kelab Sukan Motosikal Lasak Chukai serta Puan Nurhayati binti Ahmad, Wakil Pegawai Belia dan Sukan Daerah Kemaman bertempat di Litar Motocross Pantai Teluk Mak Nik, Chukai, Kemaman, Terengganu.
Program yang dianjurkan selama 2 hari oleh Jabatan Belia dan Sukan Negeri Terengganu dengan kerjasama Kelab Motosikal Lasak Chukai telah menghimpunkan seramai 86 orang peserta dari daerah seluruh di Negeri Terengganu.
Program ini merupakan salah satu inisiatif dari pembangunan sukan rekreasi JBSN untuk memberi pendedahan kepada peserta yang mempunyai potensi untuk mencungkil bakat-bakat baru dalam sukan permotoran tanah air. Di samping, memberi kesedaran mengenai aspek keselamatan di dalam perlumbaan.
Terima kasih kepada semua peserta yang telah menunjukkan komitmen dan semangat yang tinggi sepanjang program ini. Semoga ilmu dan kemahiran yang diperoleh dapat dimanfaatkan sepenuhnya.
Kompleks Belia dan Sukan Negeri Terengganu (KOMBES) 27 September 2025 8.00 pagi – 6.00 petang
Lebih 200 peserta membanjiri Kompleks Belia dan Sukan Negeri Terengganu hari ini dalam program mega Rakan Prihatin @ Hari Cuci Malaysia 2025!
Zumba @ Rakan Muda membuka tirai dengan penuh gegaran semangat! Lebih 200 peserta berzumba beramai-ramai — satu permulaan yang penuh tenaga untuk menyemarakkan cinta akan kebersihan dan kelestarian alam sekitar.
Majlis perasmian berlangsung penuh gilang-gemilang dengan perasmian rasmi oleh: Puan Nurul Afifa Sofina binti Azmi, Timbalan Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Terengganu Puan Norliza binti Mamat, wakil dari Jabatan Perhutanan Negeri Terengganu Encik Muhammad Muzzammil bin Mokhetar, Presiden Kelab Sukan Pacuan Empat Roda Ummah
Simbolik penanaman pokok menjadi lambang komitmen kita semua terhadap bumi yang lebih hijau dan lestari.
Tidak cukup dengan itu — lebih 80 sukarelawan terdiri daripada:
42 pelajar IPG Kampus Dato’ Razali Ismail, Kuala Nerus 40 pelajar SM Teknik Kuala Terengganu telah dibahagikan kepada beberapa kumpulan untuk melaksanakan dua misi utama: Aktiviti Penanaman Pokok Kerja-kerja Mencat Pagar Sekitar KOMBES Setiap sukarelawan memainkan peranan dengan penuh semangat, mencerminkan nilai Rakan Prihatin yang cakna, bertanggungjawab dan proaktif dalam menjaga persekitaran kita bersama. Terima kasih dan syabas kepada semua yang menjayakan sambutan Rakan Prihatin @ Hari Cuci Malaysia 2025! Anda semua adalah barisan hadapan wira hijau negara!