KUALA TERENGGANU,2 JULAI 2025 – Majlis Perasmian dan Penyampaian Hadiah Drawbridge International Paramotor Challenge 2025 yang berlangsung di Dewan Dato’ Haji Abdullah Taib, Payang Scout Inn pada 28 Jun 2025 telah disempurnakan oleh Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Terengganu, Tuan Haji Asmadi bin Mohamad.
Dalam majlis tersebut, beliau turut menyampaikan cek Geran Padanan Sukan (GPS) Kementerian Belia dan Sukan (KBS) berjumlah RM105,000.00 kepada En. Muhammad Alias bin Ikhsan, Presiden Kelab Sukan Paramotor Jomfly selaku penganjur kejohanan.
Turut hadir memeriahkan majlis ialah En. Shahrul Azuan Mohamad @ Endut, Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri Terengganu, serta wakil-wakil persatuan dan komuniti sukan udara dari dalam dan luar negara. Drawbridge International Paramotor Challenge anjuran Kelab Sukan Paramotor Jomfly ini menghimpunkan peserta sukan paramotor dari pelbagai negara antaranya Vietnam, Thailand dan Indonesia selain dari peserta tempahan. Kejohanan ini juga merupakan platform penting dalam memperkenalkan Terengganu sebagai destinasi sukan udara bertaraf antarabangsa.
KUALA TERENGGANU, 2 JULAI 2025 – Satu kunjungan hormat telah diadakan pada 26 Jun 2025 oleh Kelab Sukan Paramotor JomFly ke atas Tuan Haji Asmadi bin Mohamad, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Terengganu (JBSNT), bagi memberi penerangan berkaitan pertandingan DRAWBRIDGE INTERNATIONAL PARAMOTOR CHALLENGE yang akan berlangsung seperti ketetapan berikut :
Tarikh : 27 hingga 29 Jun 2025 (Jumaat hingga Ahad) Lokasi : Seberang Takir, Kuala Terengganu, Terengganu
Kelab Sukan Paramotor Jomfly yang diketuai oleh Muhammad Alias bin Ikhsan, Pengerusi Kelab Sukan Paramotor Jomfly dan bendahari kelab, Muhammad ‘Afi Adly bin Muhammad Alias telah berkongsi perkembangan aktiviti kelab, termasuk pencapaian dan pelan jangka panjang untuk memperkasakan sukan paramotor di negeri Terengganu, kebangsaan dan juga antarabangsa. Kelab Sukan Paramotor Jomfly merupakan kelab sukan paramotor yang berdaftar dengan Pejabat Pesuruhjaya Sukan (PJS) dan merupakan ahli gabungan bagi Persekutuan Sukan Udara Malaysia.
Tuan Pengarah menzahirkan penghargaan atas inisiatif kelab dan menyatakan kesediaan pihak jabatan untuk terus menyokong pembangunan sukan ekstrem dan rekreasi udara yang semakin mendapat tempat dalam kalangan belia Terengganu.Turut hadir sama En. Mohd Fais bin Haji Mohd Sendek, Penolong Pengarah (Sukan) Jabatan Belia dan Sukan Negeri Terengganu. #JBSNKomited #TeamKBS #JBSNT #MalaysiaMadani
KUALA TERENGGANU, 2 JULAI 2025 - Kursus Penjenamaan Digital Dalam Industri Makanan Viral Peringkat Negeri Terengganu 2025 pada 19 hingga 20 jun 2025 [Program Intervensi Pemerkasaan Ekonomi (PIPE)] bertempat di Quinara Al- Safir Resort, Terengganu. Seramai 41 orang terlibat iaitu dari belia usahawan setempat, belia Ipt, belia berpersatuan dan belia minoriti yang ingin menambah ilmu pengetahuan dan kemahiran perniagaan.
Majlis perasmian penutup disempurnakan oleh Puan Nurul Afifa Sofina bt Azmi, Timbalan Pengarah, Jabatan Belia dan Sukan Terengganu. Majlis ini juga turut dihadiri Pegawai Bahagian Pembangunan Belia, Jabatan Belia dan Sukan Negara iaitu Puan Shaliza bt Samasudin.
Program ini merupakan inisiatif Kementerian Belia dan Sukan dibawah Pembangunan Belia Jabatan Belia dan Sukan Negara melalui anjuran Pembangunan Belia, Jabatan Belia dan Sukan Negeri Terengganu dalam memberi ruang untuk para belia kita dalam memperkasakan ilmu ekonomi belia dengan penggunaan sumber digital secara meluas untuk meningkatkan keupayaan dan daya saing belia dengan menggunakan sumber digital dalam penjenamaan produk secara menyeluruh Dan mampu bersaing ke peringkat yang lebih tinggi. Disamping mendapatkan input- input penting yang boleh diperolehi melalui agensi-agensi yang berkaitan seperti MARA, FAMA, MyIPO dan YPU Terengganu yang mana hanya melalui atas talian dapat membangunkan usahawan belia minoriti ini Dan meningkatkan taraf ekonomi hanya menggunakan Perniagaan Digital sebagai medium Dan platform untuk mempromosikan Dan menviralkan produk makanan dan barangan mereka.
Disediakan Oleh : Unit Pengurusan Portal JBSNT
Program ini juga menampilkan perkongsian daripada usahawan belia yang berjaya yang merupakan influencer makanan viral produk makanan tempatan Negeri Terengganu iaitu Nachik Cik Na Kopi Nisang yang mana bukan sahaja berkongsi cabaran dan kejayaan beliau didalam memajukan produk beliau malah dapat menyuntik semangat belia-belia tempatan di Negeri Terengganu khususnya dalam berjaya Dan menjadi usahawan Muda yang kreatif, cekal dan mempunyai nilai kendiri yang tinggi serta berdikari."Nok Berubah adalah Diri Sendiri, kalu malu, tak yakin, sampai bila- bila kita tak berjaya!" Itulah kata-kata daripada Usahawan yang berjaya yang bukan sahaja jutawan muda yang melonjak maju dan berjaya di usia sebelum 30 tahun tapi seorang iKon belia yang mempunyai semangat juang yang tinggi dalam mengetengahkan produk Negeri Terengganu dan berjuang untuk kebahagiaan keluarga iaitu Nachik Na Kopi Nisang atau nama sebenar adalah Puan Nur Nadhirah Syuhadah bt Rahmat, usahawan belia serta anak jati Terengganu yang berjaya.
Tahniah diucapkan kepada semua peserta yang telah memberikan kerjasama, dan bersama- sama berkongsi pendapat, idea-idea serta terus setia sepanjang program ini berlangsung. Perkongsian ilmu, pengalaman dan jaringan peluang serta ruang untuk usahawan belia, belia Ipt yang mencari ruang kemahiran Dan pekerjaan, belia persatuan serta belia yang ingin meningkatkan taraf ekonomi untuk membina masa depan dalam kemahiran Dan keusahawanan, semoga dapat digunakan sebaik mungkin.
KUALA TERENGGANU, 2 JULAI 2025 - Belia & AI: Gabungan Hebat! Kursus Rakan Muda Artificial Intelligence Terengganu 2025. Satu lagi program hebat yang berjaya melabuhkan tirai! Pada Isnin, 23 Jun 2025, telah berlangsung Program Rakan Digital: Kursus Rakan Muda Artificial Intelligence (AI) Siri 1 Peringkat Negeri Terengganu bertempat di Talkspace, Terengganu Digital 1303, Kuala Terengganu.
Majlis perasmian penutup disempurnakan oleh Encik Nor Hisham bin Mohamad, Pegawai Rakan Muda, Jabatan Belia dan Sukan Negeri Terengganu. Terima kasih atas sokongan dan kata-kata semangat buat para peserta! Program ini membuka ruang untuk anak muda Terengganu mendalami dunia Artificial Intelligence (AI) – dari asas AI hingga ke aplikasi dunia sebenar.
Tahniah diucapkan kepada semua peserta yang telah menunjukkan komitmen tinggi sepanjang program! Anda semua memang luar biasa! Semoga segala ilmu & pengalaman yang diperoleh menjadi titik tolak ke arah masa depan digital yang lebih cerah!
KUALA TERENGGANU, 2 JULAI 2025 - Mesyuarat Jawatankuasa Induk bagi penganjuran Cycling Tour ASEAN Solidarity 2025 telah diadakan pada 16 Jun 2025 bertempat di Jabatan Belia dan Sukan Negeri Terengganu. Mesyuarat telah dipengerusikan oleh YB Hishamuddin bin Abdul Karim, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan NGO Negeri Terengganu , dan turut dihadiri oleh : En. Aziz, Timbalan Ketua Pengarah Sukan, Jabatan Belia dan Sukan Negara En. Dharzuky, Pengarah Cawangan Kecergasan Nasional, JBSN Tuan Haji Asmadi, Pengarah JBS Negeri Terengganu Wakil-wakil agensi pelaksana dan pasukan teknikal
Antara agenda utama mesyuarat ialah penyelarasan logistik, keselamatan laluan, penglibatan komuniti serta promosi negeri Terengganu sebagai tuan rumah segmen laluan program ini. Program berbasikal bertaraf antarabangsa ini bakal menghimpunkan peserta dari negara-negara ASEAN dengan semangat solidariti dan gaya hidup sihat. Pendaftaran akan dibuka tidak lama lagi.
Nantikan Negeri Terengganu bakal menjadi lokasi penting dalam siri kayuhan ini yang dijadualkan berlangsung pada 9 Ogos 2025 (Sabtu) di Dataran Batu Buruk, Terengganu.
KUALA TERENGGANU, 2 JULAI 2025 - Program Summer Camp Rakan Muda Peringkat Negeri Terengganu 2025 yang bermula pada 12 Jun 2025 akhirnya melabuhkan tirainya dengan penuh kejayaan dan kenangan manis pada 14 Jun 2025! Seramai 40 orang peserta belia berumur 18 hingga 21 tahun dari seluruh negeri Terengganu telah berkumpul selama tiga hari dua malam di Redang Campstay, Pulau Redang. Pelbagai aktiviti menarik dan bermanfaat telah dilaksanakan, memberi peluang kepada peserta untuk mengenali diri, membina keyakinan serta menimba ilmu baru. Antara aktiviti utama sepanjang program: Ice Breaking & Pembentukan Kumpulan – kenal-kenal dan bina semangat pasukan Belia & Kesukarelawanan – faham erti memberi dan berbakti Belia & Potensi Diri – kenal kekuatan diri, bina masa depan Water Confident – cabar diri dan atasi ketakutan dalam air Snorkeling – nikmati keindahan alam marin Pulau Redang Asas Pertolongan Cemas – ilmu penting untuk situasi kecemasan Malam Kebudayaan – tunjuk bakat dan raikan kepelbagaian Majlis perasmian telah di sempunakan oleh Tuan Haji Asmadi bin Mohamad, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Terengganu dan turut diserikan dengan kehadiran tetamu-tetamu yang sangat dihormati dan memberikan sokongan: SI Mohamad bin Ibrahim – Ketua Polis Balai Pulau Redang Dr. Normah Awang Noh – Pensyarah Fakulti Sains Sosial Gunaan, UniSZA Dr. Siti Hajar binti Kamaruddin – Pensyarah Fakulti Perniagaan, Ekonomi dan Pembangunan Sosial, UMT En. Mohd Shahril bin Mazuki – Ketua Penerangan Majlis Belia Negeri Terengganu En. Muhammad Muzammil bin Mokhetar – Pengerusi MAYC Negeri Terengganu Encik Nor Rijam bin Ibrahim – Presiden Persatuan Jurulatih Rekreasi Malaysia Encik Mohd Zulkifli Abdul Ghafar – Presiden Kelab Rekreasi Kuala Berang Puan Juhaida binti Mohamad – Kelab Sukan Kecergasan Warisan Encik Mohd Aziruddin bin Majid - CO Redang CampStay Encik Mohd Naquib bin Mohammad - Penceramah Rakan Muda Rakan Ekspresi Setinggi-tinggi penghargaan kepada semua pihak yang menjayakan program ini – para penceramah, jurulatih, urus setia, dan tentunya para peserta yang sangat komited, berdisiplin dan penuh semangat dari awal hingga akhir! Semoga segala pengalaman sepanjang program ini menjadi bekalan untuk terus melangkah sebagai belia yang berilmu, aktif dan berdaya saing. Jumpa lagi dalam program akan datang!
Jabatan Belia dan Sukan Negeri Terengganu dengan kerjasama PMINT Urus telah mengadakan Tayangan Skrin Besar bagi Perlawanan Kelayakan Piala Asia 2027 dia antara Malaysia menentang Vietnam pada 10 Jun 2025. Tayangan ini diadakan di Aras Bawah Kompleks Paya Bunga Sentral, Kuala Terengganu dengan kehadiran sekitar 800 orang penonton dan penyokong setia yang turun beramai-ramai pasti menyemarakkan lagi suasana dan ini jelas menunjukkan betapa besar harapan terhadap barisan pemain yang membawa cabaran negara. Cuaca yang agak baik pada malam ini membolehkan semua penonton setia menonton perlawanan Harimau Malaya mereka berentap sehingga tamat perlawanan. Kedua-dua pasukan saling menyerang antara satu sama lain bagi mencari gol namun kedudukan 0-0 kekal sehingga tamat separuh masa pertama. Bermula separuh masa kedua, penyokong Harimau Malaya dikejutkan pada minit ke 49 perlawanan apabila pemain Jaoa Figuetredo berjaya menjaringkan gol mata pertama, sekaligus mengamatkan suasana dengan sorakan gol. Berselang 10 minit selepas itu, sorakan gol kembali bergema apabila Rodrigo Holgado menyumbat gol kedua pada minit ke 59. Tidak berhenti di situ, apabila pemain berjersi no. 22 Corbin Ong pantas mengambil peluang dengan memberi gol ketiga pada minit ke 67. Pasukan Vietnam bertambah duka sebelum tamat perlawanan dengan gol keempat Harimau Malaya pada minit ke 88 hasil tandukan gol dari Dion Cools. Aksi menentang Vietnam adalah lebih daripada sekadar perlawanan. Ia adalah medan penentuan maruah dan keazaman Harimau Malaya untuk menamatkan ‘badi’ 11 tahun tanpa kemenangan ke atas pasukan ranking 109 dunia itu. Dengan semangat juang yang tinggi, strategi yang mantap dan sokongan padu penyokong, harapan untuk menyaksikan sejarah baru telah menjadi kenyataan. Perjuangan ini adalah milik kita bersama dan setiap langkah ke hadapan adalah satu langkah menuju kejayaan yang lebih gemilang dalam arena bola sepak Asia dan ASEAN. Turut hadir sama menyaksikan perlawanan pada malam ini adalah VIP 1. YBhg Dato’ Haji Wan Adnan bin Wan Derahman, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan PMINT 2. Tuan Haji Asmadi bin Mohamad, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Terengganu. 3. En. Mohd Fais bin Haji Mohd Sendek, Penolong Pengarah (Sukan) JBSNT 4. En. Zani bin Elias, Pengurus Besar PMINT Urus 5. En. Anas Hazizul bin Muhamad, Presiden MBNT 6. En. Muhammad Muzammil bin Mokhetar, Pengerusi MAYC Negeri Terengganu Terima kasih juga diucapkan kepada semua yang terlibat kerana memberi kerjasama yang baik dalam menjayakan program pada malam ini. Jumpa lagi di lain siri. #JBSNT #PMINTUrus #HannahYeoh #AdamAdli #KBSMalaysia #JBSN #HarimauMalaya Perlawanan Kelayakan Piala Asia 2027 MALAYSIA VS VIETNAM Selasa | 10 Jun 2025 | 9.00 Malam Aras Bawah Kompleks Paya Bunga Sentral, Kuala Terengganu Malaysia 4-0 Vietnam Jabatan Belia dan Sukan Negeri Terengganu dengan kerjasama PMINT Urus telah mengadakan Tayangan Skrin Besar bagi Perlawanan Kelayakan Piala Asia 2027 dia antara Malaysia menentang Vietnam. Tayangan ini diadakan di Aras Bawah Kompleks Paya Bunga Sentral, Kuala Terengganu dengan kehadiran sekitar 800 orang penonton dan penyokong setia yang turun beramai-ramai pasti menyemarakkan lagi suasana dan ini jelas menunjukkan betapa besar harapan terhadap barisan pemain yang membawa cabaran negara. Cuaca yang agak baik pada malam ini membolehkan semua penonton setia menonton perlawanan Harimau Malaya mereka berentap sehingga tamat perlawanan. Kedua-dua pasukan saling menyerang antara satu sama lain bagi mencari gol namun kedudukan 0-0 kekal sehingga tamat separuh masa pertama. Bermula separuh masa kedua, penyokong Harimau Malaya dikejutkan pada minit ke 49 perlawanan apabila pemain Jaoa Figuetredo berjaya menjaringkan gol mata pertama, sekaligus mengamatkan suasana dengan sorakan gol. Berselang 10 minit selepas itu, sorakan gol kembali bergema apabila Rodrigo Holgado menyumbat gol kedua pada minit ke 59. Tidak berhenti di situ, apabila pemain berjersi no. 22 Corbin Ong pantas mengambil peluang dengan memberi gol ketiga pada minit ke 67. Pasukan Vietnam bertambah duka sebelum tamat perlawanan dengan gol keempat Harimau Malaya pada minit ke 88 hasil tandukan gol dari Dion Cools. Aksi menentang Vietnam adalah lebih daripada sekadar perlawanan. Ia adalah medan penentuan maruah dan keazaman Harimau Malaya untuk menamatkan ‘badi’ 11 tahun tanpa kemenangan ke atas pasukan ranking 109 dunia itu. Dengan semangat juang yang tinggi, strategi yang mantap dan sokongan padu penyokong, harapan untuk menyaksikan sejarah baru telah menjadi kenyataan. Perjuangan ini adalah milik kita bersama dan setiap langkah ke hadapan adalah satu langkah menuju kejayaan yang lebih gemilang dalam arena bola sepak Asia dan ASEAN. Turut hadir sama menyaksikan perlawanan pada malam ini adalah VIP 1. YBhg Dato’ Haji Wan Adnan bin Wan Derahman, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan PMINT 2. Tuan Haji Asmadi bin Mohamad, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Terengganu. 3. En. Mohd Fais bin Haji Mohd Sendek, Penolong Pengarah (Sukan) JBSNT 4. En. Zani bin Elias, Pengurus Besar PMINT Urus 5. En. Anas Hazizul bin Muhamad, Presiden MBNT 6. En. Muhammad Muzammil bin Mokhetar, Pengerusi MAYC Negeri Terengganu Terima kasih juga diucapkan kepada semua yang terlibat kerana memberi kerjasama yang baik dalam menjayakan program pada malam ini. Jumpa lagi di lain siri. #JBSNT #PMINTUrus #HannahYeoh #AdamAdli #KBSMalaysia #JBSN #HarimauMalaya
Setiu, 3 Jun 2025 - Program ALAM Be-Leaf: Mangrove Tree Planting yang telah berlangsung pada Sabtu, 31 Mei 2025 di Wetland School Of Setiu, Sesohor Setiu Tourism Village, Kampung Mangkuk, Terengganu, telah berjaya menghimpunkan seramai 112 orang Skuad Sukarelawan dalam usaha menanam 400 anak pokok bakau bagi memelihara ekosistem hutan paya bakau negara. Majlis perasmian telah disempurnakan oleh Prof Emeritus Tan Sri Zakri Abdul Hamid, Ahli Lembaga Pemegang Amanah, Amanah Lestari Alam (ALAM), turut diiringi oleh Prof Dato’ Dr Nor Aieni Hj Mokhtar, Penaung Wetland School of Setiu (ECOSWED). Program ini telah mendapat maklum balas yang amat positif daripada para peserta, terutamanya dari kalangan Skuad Sukarelawan yang amat menghargai peluang menyertai program ini sebagai satu pengalaman yang bermanfaat dan penuh ilmu. Terima kasih & tahniah diucapkan kepada semua pihak yang terlibat! #ALAMBeLeaf #MangroveTreePlanting #RakanBumi #RakanPrihatin #SukarelawanHijau #UCB #WetlandSchoolOfSetiu #ALAM #JomTanamBakau
Kuala Terengganu, 3 Jun 2025 - Majlis Perasmian Penutup Kursus Marshall Peringkat Negeri Terengganu 2025 pada 31 Mei 2025 telah disempurnakan oleh Tuan Haji Asmadi bin Mohamad, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Terengganu yang diiringi Encik Muhammad Muzzammil bin Mokhetar, Pengerusi Kelab Sukan Pacuan Empat Roda Ummah dan ASP (R) Najmi bin Ismail, Ketua Pelatih Airborne Motor bertempat di Bilik Kuliah, Kompleks Belia dan Sukan Negeri Terengganu. Turut hadir Encik Mohd Fais bin Haji Mohd Sendek, Penolong Pengarah Sukan, Jabatan Belia dan Sukan Negeri Terengganu. Kursus yang dianjurkan oleh Jabatan Belia dan Sukan Negeri Terengganu dengan kerjasama Kelab Sukan Pacuan Empat Roda Ummah Terengganu telah menghimpunkan seramai 37 orang peserta dari seluruh daerah di Negeri Terengganu. Kursus ini merupakan salah satu inisiatif dari pembangunan sukan rekreasi JBSN untuk memberi pendedahan kepada peserta yang mempunyai potensi sebagai seorang marshall untuk dicungkil kebolehan dan bakat dalam bidang ini. Terima kasih kepada semua peserta yang telah menunjukkan komitmen dan semangat yang tinggi sepanjang kursus ini. Semoga ilmu dan kemahiran yang diperoleh dapat dimanfaatkan sepenuhnya. #TeamKBS #TeamJBSN #JBSNKomited #MalaysiaMadanu #rakanmuda #rakanlitar #JBSNTerengganu