- JBS Terengganu
- Hits: 12
SEKITAR MAJLIS ANUGERAH PERDANA BELIA NEGARA (APBN) TAHUN 2026 PERINGKAT NEGERI TERENGGANU
- JBS Terengganu
- Hits: 12
🏆 SEKITAR MAJLIS ANUGERAH PERDANA BELIA NEGARA (APBN) TAHUN 2026 PERINGKAT NEGERI TERENGGANU 🏆
Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua ikon belia Terengganu!
Hari ini telah berlangsungnya Majlis Perasmian Penutupan Sambutan Festival Belia@Hari Belia Negara Peringkat Negeri Terengganu dan Majlis Penyampaian Anugerah Perdana Belia Negara (APBN) Peringkat Negeri Terengganu bertempat di Dewan Sivik Telemong, Hulu Terengganu. Majlis gilang-gemilang yang bertemakan Menggerak Belia MADANI ini telah dirasmikan oleh YBhg. Dato' Haji Abdul Kahar bin Abdul Latif, Pengarah Pembangunan Persekutuan Negeri Terengganu.
APBN yang diperkenalkan sejak tahun 1988 merupakan platform tertinggi bagi mengiktiraf dan menghargai sumbangan besar individu serta pertubuhan belia terhadap pembangunan negara.
🏅 SENARAI PENUH PENERIMA ANUGERAH APBN PERINGKAT NEGERI TERENGGANU TAHUN 2026 🏅
Syabas diucapkan kepada barisan pemenang yang telah dipilih oleh panel penilai atas pencapaian cemerlang mereka:
👨💼 Kategori Individu Lelaki
Johan: Muhammad Al Ahnaf bin Mohd Roslan (Daerah Dungun)
Naib Johan: Nik Muhamad Shafiq bin Nik Ismail (Daerah Kuala Terengganu)
Tempat Ketiga: Mohammad Syakir Asyraf bin Shohaimi (Daerah Hulu Terengganu)
👩💼 Kategori Individu Wanita
Johan: Nor Ainsyafikah binti Madiran (Daerah Besut)
Naib Johan: Aina Batrisya binti Md Adam (Daerah Kemaman)
Tempat Ketiga: Ashwinie A/P Perumal (Daerah Kuala Nerus)
👥 Kategori Pertubuhan Belia
Johan: Persatuan Belia (MBFM) Felda Jerangau (Daerah Dungun)
Naib Johan: Gerakan Belia 4B Malaysia Cawangan Mutiara Duyung, Kuala Nerus (Daerah Kuala Nerus)
Tempat Ketiga: Kelab Anak Muda Kampung Tok Ku (Daerah Kuala Terengganu)
Semoga pengiktirafan ini menyuntik motivasi dan menjadi inspirasi kepada seluruh anak muda di Negeri Terengganu untuk terus menggerakkan perubahan yang positif demi masa depan negara!
Disediakan Oleh : Unit Pengurusan Portal JBSNT
#TeamKBS #TeamJBSN #JBSNKomited #MalaysiaMADANI #RakanMuda #HariBeliaNegara #MenggerakBelia
