- JBS Terengganu
- Hits: 10
CABARAN JELAJAH 4X4 RAINFOREST TERENGGANU 2026 MELABUHKAN TIRAI DENGAN JAYANYA
- JBS Terengganu
- Hits: 10
SETIU, 20 Jun – Program Cabaran Jelajah 4x4 Rainforest Terengganu 2026 yang berlangsung selama dua hari bermula 19 hingga 20 Jun 2026 telah melabuhkan tirainya dengan penuh kejayaan di Litar Ulu Pelong, Setiu.
Penganjuran program ini telah menghimpunkan komuniti pacuan empat roda dari pelbagai daerah dan negeri dalam suasana penuh semangat kesukanan, perpaduan serta kecintaan terhadap aktiviti rekreasi lasak dan pelancongan alam semula jadi.
Sebanyak 20 buah jentera telah mengambil bahagian dalam kategori perlumbaan litar yang menyaksikan persaingan sengit dan mencabar, manakala lebih 100 buah jentera menyertai kategori Touring yang membawa peserta menjelajah kawasan sekitar Ulu Pelong dan menikmati keindahan alam semula jadi Setiu.
Program yang dianjurkan oleh Persatuan Pacuan Empat Roda Terengganu dengan kerjasama Kelab Sukan Pacuan Empat Roda Ummah (UT 4x4), Kelab Terjoh ! 4x4 Kuala Terengganu Dan Tembo Sek 4x4 Dan kerjasama pelbagai kelab mendapat sokongan daripada pelbagai agensi dan komuniti setempat.
Penganjuran kali ini berjaya mencapai objektifnya dalam mempromosikan produk pelancongan berasaskan alam semula jadi, mengeratkan hubungan komuniti 4x4 serta merancakkan aktiviti pelancongan dan ekonomi setempat.
Pihak penganjur merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Jabatan Belia dan Sukan Negeri Terengganu atas sokongan dan kerjasama yang diberikan sepanjang program berlangsung. Ucapan terima kasih turut ditujukan kepada kelab-kelab pacuan empat roda yang terlibat termasuk Belantara 4x4 Adventure Club, Umbrellas Hill TFT 4x4, Kelab Terjoh 4x4, Qober 4x4 dan Tembo Sek 4x4, yang memainkan peranan penting dalam menjayakan program ini.
Penghargaan khas juga diberikan kepada JPKK Kampung Pelong, penduduk setempat, para sukarelawan, penaja serta semua pihak yang telah memberikan komitmen dan kerjasama sepanjang program berlangsung.
Tahniah diucapkan kepada semua pemenang dan peserta yang telah mempamerkan semangat kesukanan, disiplin serta kerjasama yang tinggi. Diharapkan program ini akan terus menjadi acara tahunan yang mampu memperkukuhkan industri pelancongan lasak serta memperkenalkan Ulu Pelong sebagai destinasi ekopelancongan dan rekreasi pacuan empat roda yang berpotensi di Negeri Terengganu.
"Jumpa lagi di Cabaran Jelajah 4x4 Rainforest Terengganu yang akan datang!"
#Dskkbs2026 #Terengganu4WD #TeamKBS #TeamJBSN #JBSNKomited #MalaysiaMADANI #RakanMuda
