Untuk makluman, talian telefon di Jabatan Belia dan Sukan Negeri Terengganu sedang mengalami gangguan teknikal dan kerja-kerja membaik pulih sedang dijalankan.
Untuk sebarang urusan, sila hubungi: 0129532604 / 0169302681 / 0129843637
22 NOV 2025 - Telah berlangsung Program PDRM Terengganu Monsoon Ride, Run & Walk 2025 bertempat di perkarangan Mayang Mall seawal 7.30 pagi.
Tahniah dan syabas diucapkan kepada penganjur yang berjaya menarik penyertaan seramai lebih 3000 orang peserta dari seluruh negara.
Tn Haji Asmadi Bin Mohamad, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Terengganu turut hadir menyertai acara fun ride sejauh 40 kilometer bersama YDH DCP Dato' Mohd Khairi Khairudin Ketua Polis Terengganu serta ketua ketua jabatan yang lain.
Majlis pelepasan disempunakan oleh YAM Tengku Sri Temenggung Raja Terengganu, Brigedier Jeneral Dato’ Seri Tengku Baharuddin ibni Almarhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah, serta Yang Berhormat Haji Hishamuddin bin Abdul Karim, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan NGO Negeri Terengganu dan YDH SAC Suffian bin Sulaiman, Timbalan Ketua Polis Terengganu.
Pada masa yang sama, MAYC Kuala Terengganu turut bersama mengendalikan acara sampingan sempena program ini iaitu penalti gol kecik dan shooting bola jaring.
Syabas dan tahniah kepada semua yang menyertai.
Hannah Yeoh Adam Adli Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara JBSNegara Rakan Muda
22 November 2025, Kuala Terengganu — Satu aktiviti motivasi bertajuk “Membina Peribadi Cemerlang, Menggapai Kejayaan Gemilang” telah dilaksanakan pada hari ini di Kompleks Belia dan Sukan Negeri Terengganu.
Slot motivasi ini merupakan sub-aktiviti akademik bagi Program Y-Hub Negeri Terengganu 2025 yang sedang dilaksanakan sepanjang bulan Oktober hingga November 2025.
Aktiviti penuh bermanfaat ini telah dikendalikan oleh penceramah yang berpengalaman iaitu Tuan Ahmad Sofwat bin Osman bersama pembantunya.
Penceramah jemputan memberi penekanan dalam pembentukan peribadi yang cemerlang bukan sahaja memberi kelebihan dalam bidang akademik, malah membantu peserta menjadi individu yang lebih matang, sopan dan berdaya saing.
Penyertaan seramai 190 orang pelajar dari SMK Tengku Bariah, SMK Sultan Ahmad, SMK Haji Abdul Rahman Limbong, SM Teknik Terengganu, SMK Chung Hwa Wei Sin dan SMK Ibrahim Fikri.
Semoga melalui pengisian motivasi ini dapat menyuntik semangat peserta untuk terus berusaha menggapai kejayaan yang gemilang.
Hannah Yeoh Adam Adli Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara JBSNegara Rakan Muda
Bertempat di Aras Bawah Paya Bunga Sentral Kuala Terengganu, satu Tayangan Skrin Besar sesi kelayakan Piala Asia 2027 diantara Nepal menentang Malaysia.
Pada perlawanan tersebut, Malaysia berjaya menjinakkan pasukan Nepal dengan kemenangan 1-0. Kemenangan ini meletakkan Malaysia semakin hampir mengesahkan tempat ke Piala Asia 2027 sebagai salah satu pasukan teratas kumpulan.
Cuaca yang baik dapat menghimpunkan lebih 400 penyokong sejati Harimau Malaya.
Turut hadir, Tuan Haji Asmadi bin Mohamad, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Terengganu untuk bersama-sama memberi sokongan pada perlawanan kali ini.
Hannah Yeoh Adam Adli Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara JBSNegara Rakan Muda
Demi lencana di dada! Malaysia perlukan sorakan anda dalam aksi penuh debar menentang Nepal.
Pusingan Kelayakan Akhir Piala Asia 2027 MALAYSIA VS NEPAL Selasa, 18 November 2025 | Jam 9.00 malam Aras Bawah Kompleks Paya Bunga Square Kuala Terengganu Buktikan sokongan anda selaku ekor Harimau Malaya, penuhi tempat Tayangan Skrin Besar, nyalakan semangat memburu kemenangan.
Satu Negara, Satu Semangat Kibarkan Jalur Gemilang! Hari untuk kita bangkit dan beri segalanya. Pelbagai acara sampingan Pelbagai hadiah menanti anda!
Kuala Terengganu, 15 November 2025 – Majlis Perasmian Youth Hub Negeri Terengganu berlangsung dengan membawa mesej Solidariti Palestin di Kompleks Belia dan Sukan Negeri Terengganu hari ini. Program yang menghimpunkan pemimpin, agensi serta komuniti belia ini bertujuan memperkukuh pembangunan generasi muda melalui ruang interaktif yang lebih moden, kreatif dan inklusif.
Majlis ini telah disempurnakan oleh Tuan Haji Asmadi bin Mohamad, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Terengganu, yang turut menzahirkan ucapan terima kasih dan penghargaan kepada MAYC Negeri Terengganu dan agensi-agensi yang terlibat di atas komitmen dalam menjayakan program ini.
Seramai 320 orang terdiri daripada wakil pertubuhan belia, pelajar institusi pengajian, komuniti setempat dan agensi kerajaan hadir memeriahkan majlis. Pelbagai pengisian turut diadakan seperti Youth Bike Gathering, Fardhu Kifayah Tanggung Jawab Ummah : Pengurusan Jenazah, Sesi Pocket Talk oleh Prof. Dr. Mohd Afandi bin Salleh (Sukarelawan Freedom Flotilla Coalition), pameran agensi, pemeriksaan kesihatan percuma dan perkhemahan belia di Kompleks Belia dan Sukan Negeri Terengganu.
Pelbagai aktiviti Youth Hub Negeri Terengganu telah dilaksanakan bermula Oktober hingga November 2025 seperti Kelas Asas Paluan Kompang, Kelas Asas Tarian, Kursus Seni Tangan, Kursus Asas Digital serta Youth Biz. Youth Hub ini juga dijangka menjadi pemangkin kepada pembentukan masyarakat belia yang lebih aktif, progresif dan berdaya saing dalam menghadapi cabaran masa kini. Ia juga menyediakan peluang kepada anak muda untuk menerokai bidang baharu seiring perkembangan teknologi dan industri kreatif.
Majlis perasmian yang berlangsung dalam suasana ceria dan penuh semangat ini menandakan langkah penting dalam usaha kerajaan memperkukuh ekosistem pembangunan belia secara holistik di Terengganu.
Hannah Yeoh Adam Adli Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara JBSNegara Rakan Muda
Kuala Terengganu, 13 November 2025 – Seramai 43 orang peserta telah menyertai Youth Upskill: Kursus Seni Tangan bagi Program Y-Hub Negeri Terengganu 2025 yang telah diadakan pada 12 & 13 November 2025 bertempat di Kompleks Belia dan Sukan (KOMBES) Negeri Terengganu . Kursus ini dianjurkan dengan tujuan untuk memberi latihan dan kemahiran asas kepada peserta dengan menjana pendapatan tambahan melalui keusahawanan.
Sepanjang kursus ini, para peserta telah diberi tunjuk ajar mengenai pelbagai teknik asas seni tangan iaitu dekorasi bingkai, keychain, rak tisu gantung dan tempat letak kunci. Kursus ini dikendalikan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (KEMAS) Negeri Terengganu yang berpengalaman dalam bidang tersebut.
Kami berharap kursus seperti ini bukan sahaja memberi peluang kepada peserta menambah kemahiran baharu, malah membuka ruang untuk menjana pendapatan melalui hasil tangan kreatif.
Hannah Yeoh Adam Adli Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara JBSNegara Rakan Muda
Sempena HKBM 2025, Jabatan Belia dan Sukan Negara (JBSN) menjemput semua belia Malaysia untuk menyerlahkan bakat dan kreativiti anda melalui tiga pertandingan menarik!
Pertandingan Video Pendek Pertandingan Fotografi Pertandingan Menulis Esei
Tarikh pertandingan: 10 – 21 November 2025 Imbas kod QR dalam poster untuk sertai!
Tertakluk kepada terma & syarat pertandingan. Yakin Boleh, Rakan Muda!
Kuala Terengganu, 10 November 2025 (Isnin) – Jabatan Belia dan Sukan Negeri Terengganu bersama Persatuan Kelab-Kelab Belia Malaysia (MAYC) Negeri Terengganu telah menganjurkan Youth Upskill: Kursus Asas Digital AI (Artificial Intelligence) bagi Program Y-HUB Terengganu yang berlangsung pada 10 November 2025 bertempat di Kompleks Belia dan Sukan (KOMBES) Negeri Terengganu.
Seramai 57 orang peserta telah mengambil peluang untuk mendalami pengetahuan dalam bidang teknologi Kecerdasan Buatan (Artificial Intelligence). Melalui kursus ini, para peserta berpeluang mempelajari penggunaan asas platform digital yang berteraskan AI bagi meningkatkan kecekapan dan daya inovasi dalam tugasan harian.
Kursus ini telah dikendalikan oleh Encik Che Amir Khairi bin Che Rosely, seorang tenaga pengajar yang berpengetahuan luas dan berpengalaman dalam bidang teknologi digital AI. Sesi pembelajaran ini meliputi pengenalan kepada AI, bagaimana ia berfungsi, serta cara-cara praktikal untuk mengintegrasikan alat digital berasaskan AI dalam tugasan harian dan kerja professional.
Kami berharap agar para peserta dapat memanfaatkan ilmu yang telah diperolehi untuk meningkatkan kecekapan kerja, seterusnya menyumbang kepada pembangunan belia terutamanya dalam sektor pekerjaan berteknologi tinggi.
Hannah Yeoh Adam Adli Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara JBSNegara Rakan Muda